Pasangan

“Kalau Besar Pun Ok” Saiz Comel Isteri Bukan Halangan, Suami Terima Seadanya!

Share

Gelagat comel pasangan pengantin baru, Nur Suriati yang mengangkat suaminya, Muhammad Syamir ketika bergambar kenangan di pelamin sewaktu majlis persandingan mereka menarik perhatian ramai.

Menyingkap kisah percintaan pasangan ini, Muhammad Syamir berkata, dia dan isterinya berkenalan sejak Januari lalu selepas diperkenalkan seorang rakan.

Walaupun isterinya bersaiz comel namun ia bukan halangan untuk menolak cinta gadis itu dan disunting menjadi isterinya.

“Waktu beritahu nak kahwin dengannya, memang ada orang terdekat minta saya cari orang lain, tapi saya tak ambil pusing dan terimanya sebab dia comel,” katanya berkongsi.

Katanya dia tidak memandang penampilan luaran kerana ikhlas menjadikan Nur Suriati Abu Bakar, 27, sebagai suri hatinya.

Bahkan suami penyayang ini tidak pernah meminta isterinya menurunkan berat badan. Berkat restu dan doa keluarga, pasangan ini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 25 Ogos lalu.

“Sebenarnya, saya memang minat dan lebih tertarik dengan wanita bertubuh besar. Isteri pula ada ciri wanita saya inginkan, jadi sejak awak lagi dia sudah buat saya jatuh cinta.

“Keluarga pun tak kisah dan serahkan bulat-bulat kepada saya untuk pilih pasangan, maka jadi tak ada masalah atau halangan.

“Isteri pun sama, terima saya seadanya dan saya tak pernah langsung minta dia kuruskan badan.

“Kalau badannya lebih besar pun saya okay saja kerana lagi seronok nak peluk. Paling penting bukan penampilan, tapi bagaimana dia jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri,” katanya.

Bagi Suriati pula dia pada mulanya tidak menyangka bakal menempuh alam perkahwinan dek kerana perasaan rendah diri dengan saiz badan.

“Mulanya ingat suami main-main dan tak berapa yakin sehingga saya tanya adakah dia nak saya kuruskan badan.

“Suami jawab tidak, malah selepas berkenalan lebih rapat, saya sedar yang dia (suami) memang ikhlas.

“Dia pun cakap tak kisah, malah terima saja kalau saya nak makan apa pun.

“Ikutkan, saya tak sangka akan berkahwin, malah pernah cakap dengan emak yang saya tak nak kahwin kerana sedar diri. Tapi syukur, ada juga lelaki terima dan daripada awal perkahwinan sampai sekarang, suami tetap begitu.

“Saya pun tertarik dengannya kerana dia penyayang dan pandai ambil hati. Jadi berdoa semoga perkahwinan kami berbahagia sampai syurga kerana kalau boleh nak kahwin sekali saja,” katanya yang turut bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!

Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Kredit: Harian Metro