Gelagat comel pasangan pengantin baru, Nur Suriati yang mengangkat suaminya, Muhammad Syamir ketika bergambar kenangan di pelamin sewaktu majlis persandingan mereka menarik perhatian ramai.
Menyingkap kisah percintaan pasangan ini, Muhammad Syamir berkata, dia dan isterinya berkenalan sejak Januari lalu selepas diperkenalkan seorang rakan.
Walaupun isterinya bersaiz comel namun ia bukan halangan untuk menolak cinta gadis itu dan disunting menjadi isterinya.
“Waktu beritahu nak kahwin dengannya, memang ada orang terdekat minta saya cari orang lain, tapi saya tak ambil pusing dan terimanya sebab dia comel,” katanya berkongsi.
Katanya dia tidak memandang penampilan luaran kerana ikhlas menjadikan Nur Suriati Abu Bakar, 27, sebagai suri hatinya.
Bahkan suami penyayang ini tidak pernah meminta isterinya menurunkan berat badan. Berkat restu dan doa keluarga, pasangan ini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 25 Ogos lalu.
Ads
“Sebenarnya, saya memang minat dan lebih tertarik dengan wanita bertubuh besar. Isteri pula ada ciri wanita saya inginkan, jadi sejak awak lagi dia sudah buat saya jatuh cinta.
“Keluarga pun tak kisah dan serahkan bulat-bulat kepada saya untuk pilih pasangan, maka jadi tak ada masalah atau halangan.
“Isteri pun sama, terima saya seadanya dan saya tak pernah langsung minta dia kuruskan badan.
“Kalau badannya lebih besar pun saya okay saja kerana lagi seronok nak peluk. Paling penting bukan penampilan, tapi bagaimana dia jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri,” katanya.
Ads
Bagi Suriati pula dia pada mulanya tidak menyangka bakal menempuh alam perkahwinan dek kerana perasaan rendah diri dengan saiz badan.
“Mulanya ingat suami main-main dan tak berapa yakin sehingga saya tanya adakah dia nak saya kuruskan badan.
“Suami jawab tidak, malah selepas berkenalan lebih rapat, saya sedar yang dia (suami) memang ikhlas.
“Dia pun cakap tak kisah, malah terima saja kalau saya nak makan apa pun.
Ads
“Ikutkan, saya tak sangka akan berkahwin, malah pernah cakap dengan emak yang saya tak nak kahwin kerana sedar diri. Tapi syukur, ada juga lelaki terima dan daripada awal perkahwinan sampai sekarang, suami tetap begitu.
“Saya pun tertarik dengannya kerana dia penyayang dan pandai ambil hati. Jadi berdoa semoga perkahwinan kami berbahagia sampai syurga kerana kalau boleh nak kahwin sekali saja,” katanya yang turut bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Jika betul caranya melayan suami, memang boleh mencairkan hati suami sehingga ke kamar. Ramai wanita menganggap untuk sentiasa cantik di hadapan suami adalah menerusi solekan dan kebijaksanaan dalam bergaya walhal dari sudut lain juga boleh menjadikan anda tetap cantik biarpun tanpa solekan. Tak percaya?
Masakan dari air tangan
Walau sesibuk mana pun anda sebagai seorang wanita yang bekerjaya, jangan lupa menghidangkan makanan hasil air tangan sendiri.
Bukan apa, kesibukan anda di dapur menyiapkan hidangan untuk keluarga membuatkan anda kelihatan ‘seksi’ di mata suami biarpun hanya melipat lengan baju!
Kesungguhan anda menyediakan makanan untuk suami bukan saja menunjukkan anda mahu makanan yang berkhasiat dan bersih tetapi secara tidak langsung air tangan seorang isteri mempunyai zat yang membolehkan suami semakin sayang.
Layanan setiap hari
Percakapan yang lembut, tutur kata yang perlahan dan layanan yang baik boleh membuatkan sang suami selesa berada di rumah berbanding lepak di luar bersama teman mahupun berada di pejabat lewat malam. Bayangkan jika anda bersikap garang dan bercakap kasar, sudah tentu raut wajah anda kelihatan lebih tua dan kurang cantik untuk menjadi tatapan suami.
Biarpun anda tidak mengenakan sebarang solekan, tetapi berbekalkan layanan yang cukup baik boleh membuatkan suami senang hati dan cantik dimatanya.
Sikap berdikari
Pernahkah anda terfikir bahawa anda terpilih menjadi suri hatinya kerana sikap anda yang berdikari? Seorang lelaki gemarkan wanita yang pandai berdikari ketika ketiadaan mereka. Ini terbukti apabila suami menyerahkan semua perkara kepada isteri bermula dari urusan anak-anak sehinggalah membantu mencari kunci kereta yang hilang! Jika anda pandai berdikari ketika ketiadaan suami kerana tugasan luar, suami tidak lagi perlu risau sebaliknya lebih menyayangi anda kerana pandai menjaga maruah diri dan keluarga.
Bijak urus rumah tangga
Menguruskan rumah tangga tidak hanya terhad kepada mengemas rumah, membasuh pakaian, tidurkan anak dan memasak. Anda masih boleh kelihatan menarik biarpun sudah mempunyai anak yang ramai dengan memenuhi keperluan suami. Tidak semestinya anak menjadi keutamaan sehingga mengabaikan suami. Tidak ada salahnya jika sesekali anda melakukan kejutan untuk suami. Misalnya, mengadakan makan malam berdua, menjadikan bilik tidur lebih romantis dan menyediakan bekalan untuk suami ke pejabat.
Cantik tidak semestinya dilihat dari segi luaran tetapi cantiknya seorang isteri boleh dinilai oleh suami dari banyak segi. Biarpun berkain batik, jika masakan sedap, layanan baik dan romantik juga boleh mencairkan hati suami sehingga ke kamar! Setuju?
Anak mana yang sanggup melihat ibu yang dikasihi ditimpa kesusahan. Jika selama ini, ibulah yang melindungi kita, namun sekiranya melihat ibu ditimpa kesusahan atau keperitan pasti anak akan tampil untuk melindungi.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memegang payung untuk melindungi ibunya dari terkena hujan sewaktu sedang solat terawih.
Momen yang menyentuh hati ini telah dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok @n0tyourhabibtii dan mendapat reaksi positif dari netizen. Ramai yang tersentuh melihat kesungguhan kanak-kanak ini memayungi ibunya agar tidak dibasahi oleh hujan.
“Dengan berhati-hati, dia mengikut gerakan ibunya bersolat demi memastikan ibunya tidak basah. Murni sungguh hatinya.” – Netizen
Dalam video itu tersebut turut kelihatan jemaah lain dibasahi hujan ketika menunaikan solat terawih di luar masjid sehingga lencun.
Pelakon popular, Nabila Huda berkongsikan sebuah video Outfit Of The Day (OOTD) bersama anaknya Keisha Laila di akaun media sosial miliknya.
Menerusi video itu, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil yang sudah pun berusia 38 tahun itu dilihat seperti adik – beradik apabila bergambar dengan anaknya, Keisha.
Dalam pada masa yang sama, netizen juga terkejut akan tumbesaran Keisha yang semakin cantik yang seiring dengan usianya yang sedang meningkat remaja. Keisha membesar menjadi seorang remaja yang cantik seperti ibunya.
Rata – rata netizen meninggalkan komen memuji akan kecantikan mereka berdua dan ada juga yang terkejut dengan pembesaran Keisha.
Untuk rekod, Keisha merupakan anak tunggal hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nabila dengan Zaidi Zailani. Nabila kini hidup bahagia dengam suami barunya iaitu Mohd Izwan.