Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan. Bagi paangan yang sudah mendirikan rumah tangga, takkan dapat lari dari berselisih faham. Ada sahaja benda yang tidak sependapat. Namun kena bijak untuk menanganinya supaya tidak menjejaskan hubungan suami isteri.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau punya cara tersendiri dalam menangani sebarang isu yang melibatkan hubungan bersama isteri. Akuinya, semua masalah diselesaikan sebelum tidur.
Jelas Fazley, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya.
Akui Fazley, wanita termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan.
“Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.