Kalau Beli Printer Nak Tahan Lama Dan Dakwat Tak Cepat Kering, Lelaki Ini Bagi Tip Pilih Cara Yang Betul.

Share

Sejak sesi persekolahan dijalan secara tidak bersemuka menerusi PdPR, ramai  ibu bapa membeli printer untuk memudahkan mencetak kerja sekolah di rumah. 

Bagaimanapun untuk membeli printer tentu ada yang keliru kerana pelbagai jenama terdapat di pasaran dengan rekebentuk tersendiri. Namun, apa yang penting, sebelum membeli perlu tahu jenis-jenis printer. 

Menurut perkongsian saudara , beliau menjelaskan bahawa terdapat perbezaan kegunaan mengikut dakwat printer. 

Seterusnya ikuti perkongsian beliau. 

Printer murah tapi kerap tukar dakwat. 

Sedikit panduan pembelian printer inkjet utk guru2 dan ibubapa. perbezaan catridge dan print head. ada dua kumpulan utama iaitu thermal dan piezoelectric. thermal digunapakai oleh canon dan hp. piezo pula ialah brother dan epson.

CANON/HP guna thermal iaitu letusan haba lebih panas daripada suhu matahari (tp hanya sekejap) untuk eject ink. kelebihan ialah printing lebih cepat dan kos teknologi lebih murah.printer boleh off dlm jangka masa lama. beli satu printer lebih murah. tapi perlu kerap tukar catridge sebab haba dlm catridge akan rosakkan catridge itu sendiri. nozzle pula sangat sensitif jika terkena objek asing.

Printer mahal tapi tahan lasak 

BROTHER/EPSON pula guna piezoelectric atau bahasa mudahnya guna sistem pam untuk eject ink. Kelebihannya, sistem ini tahan lebih lama dan lasak untuk heavy use sebab tiada unsur haba. laminate head lebih lasak dan dapat bertahan jika terkena kertas/objek asing. tersangkut. tapi kos pembuatan lebih mahal sekaligus harga satu printer jadi lebih tinggi. gambar dibawah ialah printhead dan catridge printer yg saya dah selongkar untuk repair


review peribadi.

Saya suka print gambar guna canon sebab lebih laju untuk high quality(glossy). dan sesuai utk cetak bahan yg sedikit dan double sided (jimat kertas).

Bila print bahan yang banyak, service brother akan diperlukan. dah masuk 6 tahun j100 saya masih berkhidmat.

Canon g2000 series dah rosak catridge.belum tukar sampai sekarang. kurang berkenan jika print double sided guna brother. paper feed tak sesuai utk double sided kecuali guna kertas double A.

Epson pula lebih friendly sbb paper feed senang double sided sama mcm canon. tapi selalu berlaku roller patah. simptomnya kertas masuk banyak2 sekaligus. klip kertas masuk dalam, memang naya. panjang karangan pilihan masing-masing.

Sumber: Joe Bohem

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520