“Kalau Aku Sakit, Siapa Nak Jaga Aku Ye?”-Pertanyaan Tok Abah, Jentik Hati Wargamaya!

Share

Setiap antara kita tentu sahaja inginkan rumah tangga yang bahagia dan hidup harmoni bersama pasangan.

Namun  ia bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya pasangan hanya tahu mementingkan diri sendiri tanpa berbuat baik dan ambil berat tentang pasangannya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian Al-Quran Al-Amin Tagging Premium Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Isu ini turut menarik perhatian Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah atau lebih mesra membahasakan dirinya Tok Abah dengan mengajukan beberapa soalan khususnya kepada lelaki bergelar suami agar mereka sedar.

Cuba kamu tanya pada diri sendiri

Wahai suami, buat baiklah pada isteri. Jangan berkira dan jangan buat sambil lewa. Walaupun kamu tengok dia boleh buat macam-macam.

Tetap. Jangan biar dia buat seorang diri. Ambil tahu emosi dan perasaannya.

Cuba kamu tanya pada diri sendiri, “kalau aku sakit, siapa nak jaga aku ye?”

Bayangkan sesuatu berlaku pada kamu. Kena admit masuk hospital, hilang upaya baik yang sementara atau kekal.

Siapa nak jaga kamu?
Siapa yang akan masak untuk kamu?
Suapkan kamu?
Siapa yang akan mandikan kamu, lapkan badan kamu?

Siapa pula nak ganti tempat kamu untuk cari rezeki?

Dah tentu isteri kamu.

Waktu kamu sihat ni, kamu jaga dia tak?
Waktu kamu sihat ni, kamu ambil tahu tak tentang dia.
Sihat ke badannya, sihat ke mental dan emosinya?

Kena tanya belaka. Kena tanya selalu.

Sekarang, benda tu mungkin tak jadi lagi. Maka kamu rasa tak apalah. Kenapa nak fikir sekarang. Tapi kalau nauzubillah berlaku?

Dan masa itu, tiba-tiba isteri pergi. Taknak jaga kamu.

Bila ditanya,

“Dulu waktu abang sihat, abang ada jaga saya tak? Sekarang bila abang sakit, saya nak jaga abang?”

Cuba bayangkan apa kamu rasa bila dengar macam itu?

Wahai para suami,

Tok abah bukan nak menakutkan. Jauh sekali mendoakan. Tok abah cuma nak kita beringat dan berfikir betapa besar jasa dan pengorbanan isteri kita.

Kena ambil berat dan selalu tanya keadaan mereka walau mereka ini hari-hari ada depan mata kita. Kerana, biasanya yang dizahirkan nampak okay, tetapi yang di dalamnya itu memendam keperitan yang tak selalu kita sedari.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Prihatin dan sayangi isteri setulusnya ya.

Sumber : Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah

 

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI