Aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin kala ini bersama cahaya mata comel, Nur Fatima Aisya sedang bercuti di Jerman.
Sejak berada di sana mereka berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga mencuri perhatian ramai.
Selain, keletah Fatima yang membuatkan ramai yang teruja melihat anak pasangan artis popular ini semakin membesar dan lincah, kejelitaan ibu kepada Fatima ini juga menarik perhatian wargama maya.
Pesona Fazura kelihatan terserlah menerusi penampilannya ringkasnya. Apa yang menjadi bualan adalah pemakaian tudung sarungnya membuatkan ramai kagum. Tetap cantik walau ringkas.
Tidak perlu lilit tudung dengan pelbagai warna dan corak, wajah Fazura tetap jelita. Apa yang lucu, pelbagai respon dikalangan peminatnya yang beranggapan jika diri mereka bertudung sarung penampilan menjadi sebaliknya. Nyata aura Fazura tetap menyerlah biarpun sudah bergelar ibu.
PAKAI TUDUNG SARUNG RAIH PERHATIAN
Ads
Memang terkenal dengan sikap sederhana dan sopan santun serta mengukir senyuman kala berjumpa peminatnya. Nyata tidak mustahil Fazura selesa hanya bertudung sarung ketika bercuti di Jerman. Menerusi perkongsian _tulipbelle membuatkan ramai yang teruja dengan cara simple Fazura.
PEMINAT KAGUM PAKAI TUDUNG SARUNG
Melihat foto Fazura ketika bercuti ramai peminatnya kagum cara pemakaian yang santai. Antara komen adalah seperti berikut.
Orang lelaki ni romantiknya tak sama dengan wanita. Ada 2 jenis romantik iaitu romantik tersurat & yang romantik tersirat. Hakikatnya nak jadi pasangan yang romantik bukanlah susah mana pun.
Jika dari awal kita boleh menerima lelaki atau suami sedemikian, kenapa nak ubah selepas berkahwin. Bahagia di dalam sesebuah rumah tangga bukan terletak pada tangga romantiknya pasangan.
Tetapi kasih sayang yang dicurahkan dan tanggung jawab yang dilunaskan sebaik mungkin. Bonus andai dapat yang jenis bertanggung jawab dan romantik seiring kan. Sebab tu, buat isteri hargailah suami kalian tak kira apa jua jenis romantiknya.
Akui Dr Say Shazril Shaharuddin sendiri, dia bukanlah suami yang romantik bahkan ucapan hari jadi isteri pun dia set alarm untuk menjadi orang pertama wish.
Namun yang cukup membanggakan isterinya bila bab tanggung jawab pada isteri dan anak adalah keutamaan Dr Say. Itulah yang beliau kongsikan menerusi laman instagramnya.
Terus terang saya cakap saya tak romantik langsung. Kekadang jeles saya tengok bf2/suami2 lain suprise kan gf/bini diorg pom pam. Pakai penutup mata bawak pegi tempat pom pam makan pom pam bagi hadiah pom pam siap hire photographer + videographer pom pam.
Terduduk saya dibuatnya dengan kepom paman mereka. Kalau besday bini, habis romantik pun pukul 12 malam hari besday die saya set alarm, alarm berbunyi, saya wish bini hepi besday, den kami tidur sopan2 tak nakal2. Romantik sebab yelah saya orang pertama wish.
Semalam masa saya teman baby di kecemasan dari 5 pagi sampai bini datang tukar shift 6 petang, mak mak kat situ pandang saya lain macam. Bila saya bangun ketatkan bedung, saya rasa diperhatikan. Bile lap poo poo & tukar diapers, saya rasa diperhatikan. Bila saya susukan Ace, saya rasa diperhatikan.
Den ade sorang makcik datang kepada saya bertanye “mak die mane?” saya pun jawab “maknye kerja, petang nanti habis kerja dia datang”. Terus makcik tu sengih cakap “jarang mak cik nampak laki buat semua ni”. No wonder mak2 ni pandang saya lain macam. “Suami takleh susukan anak, tukarkan diapers anak ke?” detik hatiku.
Bila bini sampai saya cerita kejadian ni kat die, terus die shayang saya saying “im lucky to have u, walaupun u tak romantik (ouch) tapi u pandai jaga baby kite”. Malam ni shift saya bermalam di ward ngn Ace habisla bakal di-judge lagi waduh, takpelah i’d do anything for my baby & bini.
Kesimpulan cerita ni laki ni romantiknya ade 2 jenis, ade yang romantik tersurat & ade yang romantik tersirat. Hargailah lelaki kalian tak kira apa jua jenis romantiknya. Kalau takde tersurat & tersirat simple, cari lain ahaha.
Anak adalah penyeri rumahtangga pasangan. Ia adalah sinar dan penyatuan hubungan kekeluargaan makin harmoni.
Namun, ada pasangan suami isteri yang sudah menunggu lama cahayamata tetap bersabar.
Sebagaimana perkongsian ini menerusi TikTok milik ainn_aisya sebak bercampur gembira apabila penantian selama 16 tahun berakhir apabila dirinya disahkan hamil.
Pasangan ini terdahulu telah dikurniakan anak pertama yang telah berusia 17 tahun melahirkan rasa syukur setelah menunggu sekian lama.
Suami terkedu tak percaya
Malah ketika membuat kejutan kelihatan suami beliau seakan tidak mempercayai sebaliknya berkali-kali bertanya untuk kepastian.
Setelah diterangkan oleh isteri barulah suaminya mempercayai dan melahirkan rasa syukur.
Hati mana yang tidak gembira dan sebak setelah penantian berbelas tahun akhirnya khabar gembira tiba jua.
Berkat doa dan sabar, pasangan ini melahirkan rasa syukur dikurniakan lagi zuriat penyeri rumahtangga .
Syukur alhamdulillah
Selepas solat subuh sis buat suprise dekat suami. Selamat hari lahir my darling. Hadiah tak ternilai buat abang.
Penantian hampir 16 tahun, Danial yang kini dah umur 17 tahun akan dapat adik. Alhamdulillah.
Makbul atau tidak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa. Doakan semoga sis dan baby sentiasa dilindungi Allah S.W.T
Anak adalah amanah daripada allah. Ibu bapa adalah orang paling penting untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri anak-anak supaya membesar sebagai individu yang cemerlang dunia dan akhirat. Dalam usaha mendidik anak ibu bapa sepatutnya mempunyai amalan asuhan yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan.
Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak inilah yang boleh menjadikan anak-anak genius dalam bidang tertentu. Namun adakah ibu bapa tahu bagaimana melatih anak itu berfikir seterunya menjadikan anak seorang itu genius. NORHASLIZA YUSOFF mendapatkan nasihat daripada DR ROZIETA SHAARY, Pakar keluarga dan kasih sayang atau dikenali sebagai ibu rose untuk membantu ibu bapa mengetahui amalan-amalan untuk mendidik anak menjadi seorang genius.
1.Didik anak nilai simpati
Apabila ibu bapa mendidik anak untuk menjadi seorang yang mempunyai sikap simpati dalam diri, ini bermakna telah merangsang daya pemikiran EQ atau kecerdasan emosional dalam diri anaknya. Ia adalah asas untuk kekuatan intelektual. Apabila anak dibentuk menggunakan pendekatan ini, ia akan menyebabkan anak itu berfikir untuk melakukan sesuatu atas sebab yang lebih besar untuk memberikan kebaikkan kepada orang lain , bukannya utk dirinya.
Ia juga mendidik anak ini menjadi seorang yang tidak pentingkan diri tetapi menjadikan dirinya untuk kepentingan orang lain. Malah Islam dalam pengajarannya menggalakkan setiap manusia untuk memikirkan orang lain. Apabila mempunyai emosi positif seperti ini, ia akan mengeluarkan endorfin yang membuatkan perasaan akan menjadi lebih tenang dan positif yang sekali gus memberi kekuatan dalaman untuk berfikir dengan lebih luas.
2.Biarkan anak berdikari
Kepentingan anak-anak berdikari memang di ketahui ramai ibu bapa. Berdikari adalah pendekatan perlakuan untuk membantu anak itu mampu melakukannya atau tidak. Ia melatih anak itu mempunyai perasaan bertanggungjawab dan bukannya kepada sikap pergantungan kepada ibu bapa. Bagaimanapun, perlu diteliti kepada usia anak itu terutama anak yang masih kecil. Oleh itu, ibu bapa perlu melihat kepada kemampuan anak itu untuk mencuba melakukannya. Jika anak itu ingin mencuba biarkan anak melakukannya asalkan mengikut kemampuannya. Apa yang berlaku apabila seorang anak itu , berasa dirinya mampu melakukan, ia akan menimbulkan rasa yakin diri dan rasa dirinya dihargai. Anak yang dilatih berdikari akan menjadi orang yang kuat jiwanya dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan suasana dan tempat. Inilah cara membantu anak berakhlak mulia dan mempunyai emosi postif sekali gus merangsang kecerdasan mindanya.
Bagi pendapat
Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak apabila mereka memberi pendapat. Apabila anak memberi pendapat, tidak bermakna dia melawan. Misalnya, ibu memberi arahan, “Pergi basuh kasut.” Anak berjawab, “ Mak boleh tak basuh kemudian.” Namun sikap segelintir ibu bapa beranggapan percakapan sebegitu sebagai ‘melawan’. Oleh itu, anda perlu faham apa yang dikatakan melawan atau apa yang dikatakan memberi pendapat. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang kita nak didik anak ialah perlu diberi peluang untuk memberikan pendapat secara berhemah dan bagaimana hendak memberi pendapat secara sopan. Biasanya anak-anak akan marah apabila tidak diberi peluang untuk bercakap. Seharusnya ibu bapa menjelaskan dengan berkata, “Nanti adik, mama sedang dengar, tak perlu tinggikan suara. Mama hargai pendapat adik”. Jadi anak akan bercakap sopan apabila memberi pendapat, bukannya secara tengking atau melawan ibu bapa. Kebiasannya anak-anak berusia enam tahun sudah mulai menunjukkan sikap sebegini kerana mereka mulai mempunyai sifat ingin tahu yang tingggi dan berkebolehan berdikari.
Beri penjelasan
Merangsang pemikiran anak melalui penjelasan yang berkaitan dengan diri anak. Penjelasan ini akan mengajar anak untuk berfikir sebab dan kesannya. Misalnya , jika anak sudah berpakaian cantik dan kemas, tetapi meminta kebenaran untuk bermain diluar rumah. Ibu bapa perlu menjelaskan bahawa dengan cara bermain diluar akan memberi kesan kotoran pada baju dan akan memberi tekanan kepada anak dan anda sendiri. Apa yang perlu ibu bapa didik kepada anak adalah memberi peluang kepada anak untuk faham situasi ini. Didik anak dengan komunikasi yang jelas supaya anak dapat berfikir, bukannya hanya mengikut kehendak anak semata-mata. Cara ini membantu anak untuk belajar membuat pertimbangan dan berdikari. Malah secara tidak langsung anak boleh berfikir dan mengetahui apa kesannya jika melakukan sebarang tindakan.
Harap anak sempurna
Setiap ibu bapa yang inginkan anak sempurna dan genius. Namun kita sepatutnya membuat anggapan sebegitu untuk anak. Ini kerana peranan kita sebagai ibu bapa belum tentu menjamin sempurna. Setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin ada anak yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berjaya dalam bidang yang lain. Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Setiap anak yang dilahirkan mempunyai ptotensi diri yang harus ibu bapa gilap. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potensi anak-anak agar dikembangkan secara optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...