Setiap pasangan mengimpikan untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Paling tidak, cukup sekadar dapat cahaya sepasang lelaki dan perempuan pun sudah memadai untuk melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.
Sama seperti pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengakui bahawa dia dan suami, pelakon Fattah Amin masih berusaha untuk memiliki cahaya mata kedua pada tahun ini.
Menurut Fazura, mereka juga berharap dikurniakan cahaya mata lelaki pula selepas ini.
“Memang kami merancang untuk memiliki cahaya mata kedua pada 2023 kerana anak pertama Nur Fatima Aisya akan mencecah usia 3 tahun nanti.
“Fatima petah bercakap dan pemikirannya seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.
“Kalau ada rezeki, kami mahu cahaya mata lelaki tetapi kalau dapat cahaya mata perempuan pun kami terima kerana yang penting bayi yang dilahirkan itu sihat,”katanya.
Ads
Bagaimanapun kata Fazura, dia dan suami juga menyerahkan soal untuk mendapat anak kedua adalah rezeki dari Allah.
“Kalau boleh saya nak bersalin pada penghujung tahun ini tetapi ada projek filem baru pula nak keluar,”katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara keluarga, bisnes dan kerjaya seni, kata Fazura, apa yang penting dia perlu bijak mengatur jadual supaya semuanya bergerak seiringan.
“Alhamdulillah, hidup saya sangat tenang sekarang.
“Sudah pasti saya perlu bijak mengatur masa untuk menguruskan Fatima, suami, bisnes dan kerjaya seni.
Ads
“Memang kami sibuk tetapi perlu cari masa untuk meluangkan masa berkualiti di rumah.
“Saya sangat bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya,”katanya.
Dalam perkembangan lain, Fazura berkata, dia juga bakal muncul dengan projek filem terbaru pada tahun ini.
Ads
“Filem itu akan diuar-uarkan oleh penerbit nanti.
“Selain itu, saya juga ada perancangan untuk buat projek drama bersiri. Projek album baru pula masih belum siap kerana saya sibuk dengan bisnes,”katanya.
Untuk rekod, Fazura berkahwin dengan Fattah pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Fatima pada 2 Oktober 2020.
Pelakon Nonny Nadirah mengakui dia pernah berada dalam keadaan jahil apabila mempersoalan mengenai tujuan dalam hidup dan kewujudan Allah.
Nonny menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Hijabistamy berkata persoalan itu timbul disebabkan dirinya tidak mempunyai pengetahuan agama yang luas.
“Apa sebenarnya tujuan kita dalam dunia ini.. apa sebabnya kita dicipta? Dulu Nonny tak tahu, kadang-kadang Nonny bertanya siapa ini terutama Allah itu siapa? Banyak kali Nonny tertanya macam itu.
“Kadang-kadang orang cakap jangan macam itu, nanti macam kita persoalkan. Tapi sebabkan kita tak ada basic agama yang betul, itu yang menyebabkan kita keluar dengan soalan-soalan yang pelik,” katanya.
Menurut Nonny, disebabkan itu juga dia mencuba untuk mencari orang sekeliling yang terbaik untuk membawanya ke arah yang lebih baik.
“Sebab itu Nonny cuba cari sekeliling Nonny yang terbaik, walaupun latar belakang saya bukan yang terbaik. Memang dari keluarga yang bercerai berai, yang memang hidup berasingan dengan keluarga.
“Lepas itu dengan bekerja pula dulu dekat club..latar belakang memang orang cakap tak baik. Tiba-tiba dapat rezeki masuk industri seni. Nonny pun teruskan macam biasa, tanpa ada guide yang betul.
“Apa yang Nonny rasa nak buat, Nonny buat,” ujarnya lagi.
Dalam video temu bual penuh, Nonny turut mengucapkan rasa syukur apabila dia didampingi dengan keluarga dan sahabat seperti penyanyi Mila Jirin dan Heliza yang membantu membimbing dirinya selain memperbanyakkan ibadah solat. Bukan itu sahaja, Nonny juga menitipkan nasihat untuk mereka yang menghadapi masalah supaya lebih mengutamakan Allah dalam kehidupan.
Mencuci cermin pintu, tingkat hinggalah cermin muka di meja solek tentunya menjadi satu perkara yang remeh untuk seseorang ibu lakukan. Apatah lagi, jika rutin hariannya sibuk mengurus anak-anak serta keluarga dan dalam masa yang sama turut bekerja.
Hal ini, tentu sahaja menyebabkan masa yang ada cukup terhad, dan semahunya bab membersihkan cermin ingin dilakukan dengan pantas. Jadi jom kita buat tips ini.
TEPUNG JAGUNG
Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebutke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.
SURAT KHABAR LAMA
Ambil sekeping surat khabar lama dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gumpal surat khabar tersebut dan bolehlah terus dilap pada permukaan cermin.
CUKA
Isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur pada cermin kemudian lap dengan menggunakan kain.
UBAT GIGI
Siapa sangka ubat gigi juga boleh mengilatkan cermin dengan cara meratakan sedikit ubat gigi pad apermukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian bila kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Malasnya nak sental.” Sebenarnya, memang susah jika ingin menyental periuk yang hitam hangus berkerak.
Memang sakit mata apabila lihat kuali yang belakangnya hitam. Nak masak pun kadang hilang mood.
Seorang pengguna akaun TikTok dikenali sebagai poyiegasi_ telah berkongsi petua bagi menghilangkan kesan hitam pada periuk di rumah dengan cara mudah tanpa menggunakan bahan yang mahal. Video sental kuali
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.