“Kalau Ada Pahalanya…” Peniaga Ini Kongsikan 9 Rahsia Resipi Kek Jualan Untuk Sedekah  Sahabat Yang Telah Meninggal.

Share

Setiap perbualan yang baik akan dibalas dengan pahala yang berganda. Begitu dengan amalan kita dengan kehidupan seharian. Jika ikhlas memberi apa sahaja ilmu dan menjadi manfaat kepada orang ramai, ia menjadi lubuk pahala.

Sebagaimana perkongsian seorang peniaga kek ini, beliau telah berkongsi rahsia resipi jualan keknya kepada warganet dengan niat sedekah kepada sahabatnya yang telah meninggal dunia. 9 keping kertas yang dikongsi dengan resipi cara membuat kek dan kuih. Beliau berharap berkat sedekah itu menjadi pahala buat Allahyarham.

Seterusnya ikuti perkongsian beliau.

Salam 1 zulhijah, Moklin kongsikan resepi yg Moklin guna tuk niaga Dan ajar baker2 kalau ada pahalanya Moklin infaqkan buat sahabat dunia Akirat Moklin allahyaraham Ustaz sallehudin bin Ali.
09/072021

Cara penyediaan sos Butterscoth: Masak gula atas api sampai perang. Masukkan uht cream dalam gula perang perlahan2. Masak hingga pekat. Masukkan butter dan white chocolate. Kacau sebati. Done

Cara penyediaan Congo Barr: 
1,Panaskan butter
2. Pukul brown sugar dgn telor sekadar gula cair sahaja,
3. Tambahkan garam Dan vanilla.
4 masukkan butter cair
5. Ayak tepung bersama baiking powder kemundian satukan dalam adonan.
Tambahkan bahan akhir coklat chip Dan badam slice atau kekacang.

Guna loyang rendah 10 x 10.
Bakar suhu 170° selama 35/45 minit.
Kek akan sedikit keras diluar lembut didalam.

Cara penyediaan Brownie Almond: Panaskan butter Dan coklat dgn cara Double boiler
Pukul gula Dan telor.
Masukkan butter Dan coklat cair tadi.
Kemundian masukkan tepung Dan Coco powder yg telah diayak
Hias dgn badam Dan cho chip atau kosong pun boleh

.masuk dalam loyang rendah 10 x 10, alas dgn kertas minyak,
Bakar suhu 170° Masa 30/40 minit

Sumber: Harlina Wahid

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club