“Kalau Ada Kuasa Jangan Berlagak” Ringkas Tapi Deep Ayat Mustapha Kamal

Share

Semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Oleh itu, jangan sesekali mendongak ke atas sampai tak kelihatan apa yang ada disekeliling kita.

Baru-baru ini, pelakon terkenal, Datuk Paduka Mustapha Kamal menitipkan pesanan dan nasihat di laman Facebook miliknya yang ringkas tapi penuh makna.

“Kalau kaya jangan sombong, kalau cantik jangan tergedik-gedik dan kalau ada kuasa jangan berlagak. Itu semua hanya sementara,” tulisnya di ruangan kapsyen pada gambar dirinya bersama isteri kesayangan.

Susulan perkongsian itu, orang ramai telah memberi pelbagai reaksi dan bersetuju dengan pendapat peribadi yang diberikan oleh pelakon yang berusia 61 tahun itu meskipun hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju mesej yang disampaikan ada maksud yang sangat mendalam dan boleh dijadikan sebagai peringatan yang baik untuk umum.

Sekadar info, Mustapha Kamal telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Paduka Susan Manen yang dipercayai mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurnikan empat orang cahaya mata.

Sumber: Facebook Mustapha Kamal