
Semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Oleh itu, jangan sesekali mendongak ke atas sampai tak kelihatan apa yang ada disekeliling kita.
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Datuk Paduka Mustapha Kamal menitipkan pesanan dan nasihat di laman Facebook miliknya yang ringkas tapi penuh makna.
“Kalau kaya jangan sombong, kalau cantik jangan tergedik-gedik dan kalau ada kuasa jangan berlagak. Itu semua hanya sementara,” tulisnya di ruangan kapsyen pada gambar dirinya bersama isteri kesayangan.
Susulan perkongsian itu, orang ramai telah memberi pelbagai reaksi dan bersetuju dengan pendapat peribadi yang diberikan oleh pelakon yang berusia 61 tahun itu meskipun hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju mesej yang disampaikan ada maksud yang sangat mendalam dan boleh dijadikan sebagai peringatan yang baik untuk umum.
Sekadar info, Mustapha Kamal telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Paduka Susan Manen yang dipercayai mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurnikan empat orang cahaya mata.
Sumber: Facebook Mustapha Kamal
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Isteri Sara Keluarga! Bolehkah Isteri Bayar Zakat Fitrah Untuk Suami Yang Tidak Bekerja? Ini Penjelasan Dari Mufti Selangor

Pada zaman sekarang, ramai isteri yang bekerja malah ada yang membuat extra kerja demi untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk menampung keperluan keluarga.
Jika dulu, isteri bekerja untuk membantu suami namun kini sudah lain jadinya. Ramai lelaki yang memilih untuk duduk di rumah dan hanya bekerja sambilan tanpa berusaha mendapat pekerjaan tetap.
Namun bagaimana dari segi hukum jika si isteri yang membayarkan zakat fitrah bagi suami yang tidak bekerja juga seisi keluarga. Ikuti penjelasan dari Mufti Selangor berhubung perkara ini.
Soalnya, bolehkah wanita seperti ini membayar zakat fitrah buat sang suami? Untuk menjawab persoalan tersebut, Mufti Selangor ada berkongsikan berkenaan penjelasannya. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti jawapannya seperti berikut:
Kewajipan membayar zakat fitrah isteri dan anak-anak adalah terletak kepada suami. Seandainya suami tidak berkemampuan, maka isteri dan anak-anak tidak diwajibkan membayar zakat fitrah walaupun isteri berkemampuan. Tidak menjadi kewajipan kepada isteri untuk membayar zakat fitrah bagi dirinya mahupun bagi suaminya sekiranya suami tidak berkemampuan. Tidak sah bagi isteri membayar sendiri zakat fitrahnya melainkan dengan keizinan suami. Tanpa keizinan suami, wang yang dikeluarkan oleh isteri dianggap sebagai sedekah biasa dan bukan zakat fitrah. Walau bagaimanapun, diharuskan kepada isteri yang berkemampuan untuk bersedekah atau menghadiahkan wang kepada suami agar suaminya mampu untuk membayar zakat diri, isteri dan anak-anaknya.
Zakat fitrah ini sebenarnya adalah sedekah yang wajib dikeluarkan oleh semua umat Islam yang cukup syaratnya. Ianya wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Zakat fitrah ini adalah bertujuan untuk memberi makanan kepada orang miskin dan mencukupkan keperluan serta permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
Sumber : Lembaga Zakat
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Rahsia Mi Kari Lebih Sedap, Kena Perasakan 2 Kali Macam Wanita Ni Kongsikan Tipnya. Memang Padu!

Mi Kari antara menu yang cukup digemari ramai. Tak kira waktu boleh dihidangkan kepada keluarga tercinta. Mungkin menarik juga untuk dijadikan menu berbuka pada hari ini atau dijadikan menu istimewa di Hari Raya nanti. Semuanya terserah pada anda.
Memandangkan menyediakan menu mi kari ini ada banyak cara dan resipi yang bermacam, boleh lah dicuba mana yang lebih memenuhi selera anda sekeluarga.
Contohnya seperti resipi mi kari yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi yang tidak asing lagi bagi peminat masakan di media sosial. Menu mi karinya dinamakan Mi Kari Netup Pong Pongg. Dan apa yang mencuri tumpuan warganet bukan sahaja kuah mi karinya yang nampak cukup menyelerakan malah perkongsian tip dan rahsia untuk mendapatkan rasa kuah yang padu, benar-benar mengujakan untuk dicuba.
Jadi usah tunggu lagi, tetapkan harinya untuk anda dapat sediakan menu mi kari istimewa ini untuk keluarga tercinta.
Selamat mencuba.
Resepi Mi Kari Netup Pong Pongg
Bahan-bahan
– telur rebus
– fishball putih (dicelur seketika)-beli online di sini
– fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
– tauhu (digoreng)
– kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– limau kasturi
– cili merah
– daun sup
– bawang goreng
Cara membuat:
Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai dan setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti
Panaskan sedikit minyak.
Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
(Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya)
Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar Rempah Kari Cikgu Afy-beli online di sini
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Masukkan rempah campuran tadi.
Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada.
Kacau sehingga sebati.
*cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu*
Guna api paling perlahan sahaja.
Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa
Masukkan perasa peringkat pertama;
– 1 keping bulat nisse@gula melaka-beli online di sini
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak.
Kira-kira 7-8 minit.
Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun tak mengapa)
Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Perasakan kuah peringkat kedua. Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.
Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Bila Mop Lantai Jadi Berkilat Macam Cermin, Memang Boleh Buat Ibu Tersenyum Lebar!

Mop lantai dilihat seperti suatu tugas yang mudah sahaja untuk dilakukan. Namun untuk pastikan hasil lantai terasa bersih dan berkilau semestinya memerlukan tenaga yang banyak untuk dilakukan. Maklumlah kena sental lebih daripada biasa bagi menanggalkan kesan kotoran yang melekat dilantai.
Pun begitu jika anda praktiskan petua atau tip ini, tenaga anda boleh disimpan untuk melakukan kerja-kerja lain untuk membersihkan rumah. Nak tahu bagaimana?
Ikuti perkongsian daripada Ezy Eizyanie dan Wan Azreen ini. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
“Before ni pernah baca petua kilatkan lantai guna softener + cuka. Tp mcm tak caye je. Hahaha. Lepas tgk kak @nisanain_ update kata dah try. Terus semangat nak cuba. Ni kali ke empat cuba. Amazing wehh. Bila jalan pun rasa licin je lantai.” -Ezy Eizyanie
Dan terbukti ini hasilnya. Keadaan lantai di ruang tamu rumahnya cukup berkilau sebagaimana yang dishare oleh Ezy di dalam akaun fbnya.
Dan ini pula beberapa komen daripada rakan-rakannya yang ternyata pernah dan sangat berpuas hati setelah menggunakan teknik ini setiap kali mop lantai.
sumber : Ezy Eizyanie
Manakala melalui perkongsian Wan Azreen Naser turut memberikan beberapa tip berguna untuk ibu-ibu membersihkan rumah. Dan salah satunya adalah tentang cara mencuci lantai sampai berkilat. Ini perkongsiannya :-
Tips² cuci rumah sempena nak raya !
1. Nak kilatkan lantai rumah sekilat²nya!
Pencuci lantai mix dgn cuka & air panas pastu mop lah lantai tu mcm biasa…
2. Nak bagi habuk tak senang lekat dekat perabot?
Lap perabot² pakai softener pakaian dgn kadar 1:10.. 1 penutup softener dgn 10 cawan air…air putih yer…bukan air sirap atau air kopi .
3. Nak bagi rumah bau harum melekat²…mix softener dengan cuka then sprayy laa umah u olss macam pewangi jenama² terkenal tu, spray kat langsir² dan sofa² jenis fabrik…bau wangi akan tahan lama.
4. Nak cuci bilah kipas siling yang berhabuk, boleh guna sarung bantal terpakai. Basahkan kemudian sarung bilah kipas tu. Tarik perlahan-lahan. Habuk tak berselerak & berterbangan. Semua masuk dalam sarung bantal tu. Cuci & lap bilah seterusnya.
5. Nak bersihkan lantai bilik air supaya berkilat. Senang sangat tau,campuran 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Lepas tu sental & cuci macam biasa.
6. Oven yang kotor dengan percikan kotoran boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat + air. Campuran tersebut tuang kat tempat yg terkena kotoran. Biarkan sekejap. Lepas tu boleh kikis kotoran tebal & lap macam biasa dengan air bersih. Berkilat you
Okay jom buat sekarang.
sumber : Wan Azreen Naser