Diuji dengan sakit, pening kepala, selesema atau demam, itu biasa sesiapa pun merasakannya. Malah anak-anak kita juga tahap kesihatannya tidak menentu, kejap ok sekejap sakit. Apatah lagi untuk ibu ayah kita yang semakin berusia, risiko untuk lebih kerap jatuh sakit itu lebih tinggi. Maklumlah imunisasi tubuh semakin merosot.
Bila setiap kali sakit, pasti kita akan pergi ke klinik atau pun hospital untuk dapatkan rawatan agar cepat sembuh. Dan bila menyentuh tentang kos rawatan yang perlu dibayar, boleh tahan juga jumlahnya.
Itu baru sakit yang biasa-biasa, cuba bayangkan berapa pula kos yang perlu ditanggung untuk merawat 36 jenis penyakit kritikal seperti kanser, koma, penyakit Paru-paru dan sebagainya? Sah-sah memerlukan kos yang jauh lebih mahal dan tidak semua antara kita mampu untuk menanggung kos tersebut.
Tapi bila adanya mySalam, iaitu skim yang menawarkan PERLINDUNGAN KESIHATAN TAKAFUL PERCUMA kepada 3.8 juta individu yang di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 dan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka sewajarnya boleh berasa lega dan perlu memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Mulai 1 Januari lalu, mana-mana yang telah tersenarai di dalam B40 dan jika menghidap antara 36 jenis penyakit kritikal ini, boleh datang menuntut RM8000 dengan syarat rawatan dibuat di hospital kerajaan. Ia dikendalikan oleh syarikat insuran Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patuh syariah.
Bukan sahaja bagi mereka yang tersenarai di dalam skim ini boleh dapat wang tunai yang akan dikreaditkan ke akaun penerima secara terus, malah penerima juga akan mendapat alaun hospital harian sebanyak RM 50 (maksimum 14 hari).
Ni Senarai 36 Penyakit Kritikal yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan Nasional B40:
1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
3. Meningitis Bakteria
4. Tumor Otak Benigna
5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
6. Pembedahan Otak
7. Kanser
Ads
8. Kardiomiopati Teruk
9. Anemia Aplasia Kronik
10. Koma
11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
13. Ensefalitis/encephalitis
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-Paru
16. AIDS Peringkat Teruk
17. Hepatitis Virus Fulminan
Ads
18. Serangan Jantung
19. Pembedahan Injap Jantung
20. HIV Akibat Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Pertuturan
24. Trauma Kepala Utama
25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
26. Penyakit Neuron Motor
Ads
27. Sklerosis Berbilang
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan / Paraplegia
30. Penyakit Parkinson
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
33. Strok
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
36. Pelecuran Tahap Ketiga
Nak Tuntut Senang Ke Susah ?
Boleh rujuk kepada arahan di laman sesawang mySalam, namun jika ibu dan ayah terasa sukar bolehlah minta bantuan anak yang dewasa untuk uruskannya.
Sumber : mySalam
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrah setiap manusia sukakan kecantikan. Sudah pastinya semua wanita sukakan kecantikan.
Cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Semua wanita ingin kelihatan cantik tidak kira tua atau muda.
Namun nak cantik tidak semestinya perlu berbelanja ratus ringgit. Hanya menggunakan bahan murah saje pun mampu kekal cantik.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, mengunakan bahan-bahan yang murah untuk kelihatan menawan. Menariknya petua cantik ini diperolehi daripada kawan berasal dari negara Jepun.
Rahsia gadis Jepun nampak lebih muda. Natural anti-aging mask guna kopi.
Selalunya bila pakai produk skincare kulit mesti mengelupas .Sis tanya la kawan dari jepun sebab nampak kulit dia cantik. .Dia share petua ni sebab dia nampak 10 tahun lagi muda dari umur dia.Terkejut kalau tau umur dia.
Jeles yakmat.Selain cuaca & makan yang banyak antioksida. Dia amalkan ni.. share la mana tau bermanfaat& selamat kan.
1 biji telur putih 1 sudu serbuk kopi /nescafe 1 sudu tepung jagung 3 titik vitamin E/ 1kapsul
P/s: Dah lama dah sebenarnya nak post video ni tapi takut kena kecam sebab main tik tok Sila abaikan suara latar tu.Malas nak mute.Begitulah kalau suruh budak lelaki umur 5 tahun ambil video.Mulut dia insurance belum cover.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Ingin memulakan projek menghias rumah, selain pemilihan dan perletakkan perabot menjadi keutamaan untuk menampakkan gaya dekorasi yang indah, kemasan lantai juga memainkan peranan agar keseluruhan ruangan nampak sempurna.
Memberi ilham pada penggunaan material dengan gaya bajet namun nampak hebat berkilat seperti mozek, perkongsian daripada DanialDannia Asone ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.
Lihat sahaja ruang tamu yang telah siap sepenuhnya ini. Nampak memukau bukan?
Jadi jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Saja nak sharing kat sini nak pakai mozek..belum ada rezeki….pakai tikar getah 2 tahun…dah koyak rabak pikir punya pikir…nak tukar tikar getah 2 tahun lagi kena tukar plk….letih nak angkut perabot oii….
2 pilihan dalam fikiran..nak pakai vinyl or cat epoxy pikir punya pikir….kami laki bini decide try epoxy paint dulu…sebab nampak lawa..bersinar macam mozek.
Dan…..bila selesai..rasa berbaloi jugak laa….dengan kos rm300+ dapat ruang tv..ruang tamu dan dapur…memang cantik….nak tngok ketahanan dia macam mana….menggelupas atau tidak..kita tengok nanti..tapi setakat ni memang rasa puas hati….
sebelum cat…sapu bersih-bersih….dan pastikan lantai betul-betul kering….
ni dah kering..cat pagi…malam baru tuan rumah boleh masuk rumah tapi perabot tak boleh bawak masuk lagi…kena tnggu 24 jam paling kurang untuk masukkan perabot…kasi cat betul2 kering….
ok..dah masukkan perabot…nampak la lawo banyok dari tikar getah
Ruang dapo ni kena rajin mop la plok…sebab lantai color cerah…taik cicak..tapak kaki tuan rumah memang mudah mencemarkan ia.
Jika perhatikan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci.
Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Perkongsian dari Facebook Mommy Daily tentang fungsi Soak/Tube pada mesin basuh yang digunakan untuk membesarkan tub mesin yang bekerja setiap kali membasuh pakaian. Ikuti perkongsian bermanfaat ini.
Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?
Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
1.Tekan ON 2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE, tekan START. 3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh?. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.
Luaran Mesin Basuh:
Selain bahagian dalam, mesin basuh di bahagian luar juga perlu diberi perhatian supaya tetap berkilat. Justeru, lap dengan cuka atau pembersih serbaguna. Gunakan nisbah 1:1 dengan air biasa jika menggunakan cuka pekat. Nak mudah pastikan beli cuka yang telah dicairkan sesuai untuk pelbagai kegunaan.
Drum:
Tuang dua gelas cuka atau perahan air lemon ke dalam drum cuci dan hidupkan mesin basuh pada temperature panas sehingga bau, sisa kotoran, dan bekas detergen akan hilang. Nak mudah lagi boleh beli pencuci drum mesin basuh macam dibawah ni.
INFO EKSTRA:
1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ini pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, kerana proses pembersihan ini memakan masa yang lama (anggaran 2 jam).
2. Pastikan bahan-bahan tersebut sesuai dengan mesin anda. Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
3. Kalau tidak yakin dengan bahan ini , cari di pasaran bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut.
Sumber: Facebook Mommy Daily & Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.