Kaki Sakit Nak Memijak Setiap Pagi, Biasakan 7 Cara Ni Untuk Legakan!

Share

Rasa sakit yang mencucuk di bahagian tapak kaki atau tumit memang memeritkan.

Lagi-lagi bagi siapa yang selalu sakit pada tapak kaki setiap kali hendak memijak lantai pada mula-mula bangun dari tidur.

Sakitnya kadang- kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit.

Makan panadol pun tak jalan. Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit, sakit tu hilang.

Jika ya, anda mungkin ada plantar fasciitis.

Penyakit radang fascia plantar kaki ini disebabkan pemendapan calcium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.

Ianya sering terjadi pada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, yang bekerja berdiri/berjalan lama, berumur >40 tahun dan mereka yang memakai high heels.

Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan.

Kami sharekan beberapa dan senaman untuk mengurangkan risiko untuk mendapat radang plantar fasia ini.

Malam ni jangan lupa cuba sebelum tidur.

Cara 1 : Cengkap objek menggunakan jari kaki.

2. Kerut tuala dengan menggerakkan menggunakan jari kaki.

3. Lakukan teknik jinjit kaki dalam satu masa selama beberapa saat. Lakukan 10 kali sehari.

4.  Boleh juga lakukan teknik ini, gulingkan benda bulat di tapak kaki.

5.  Jalan jinjit beberapa minit sehari.

6. Berdiri satu kaki dan lakukan ini  selama 5 minit, dua kali sehari.

7. Tarik guna tuala seperti ini juga dapat membantu memberi kelegaan pada kaki.

Sumber : Public Health Malaysia

Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : Buat Je Almari Tudung Ni Boleh Muat Beratus Helai, Nampak Kemas & Tersusun. 

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club