Dengar saja nama penyakit ‘athlete’s foot’ dalam bahasa mudah yang bermaksud kaki makan air atau jangkitan kutu air boleh mengundang tawa dalam kalangan individu yang pernah menghadapi jangkitan kulat pada kaki khususnya di celah jari.
Jangkitan ini menyebabkan kulit kaki biasanya di celah jari menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Jika tidak ditangani, kulit tadi akan melepuh dan pecah menyebabkan tisu dalam terdedah sehingga berlaku bengkak dan radang yang lebih teruk. Apa yang membimbangkan, keadaan ini boleh merebak ke bahagian lain seperti paha.
Masalah ini disebabkan jangkitan kulat Tinea perdis pada kaki yang selalu dalam keadaan lembap atau terendam. Antara lokasi kegemaran bakteria ini ialah anggota yang sering terlindung dan sentiasa dalam keadaan lembap. Malah sikap sesetengah individu yang jarang memberi perhatian kepada kebersihan kaki dan mengeringkannya juga boleh meningkatkan risiko mengalami jangkitan kulat.
Walaupun ia menjadi masalah yang biasa dialami ramai orang, namun masih ada yang salah anggap mengenai penyakit ini. Antara mitos yang perlu dibetulkan ialah:
Mitos: Hanya atlet saja yang menghidapi penyakit kaki makan air.
Hakikat: Ia dipanggil ‘athlete’s foot’ kerana jangkitan ini biasanya berlaku pada kaki atlet yang boleh merebak ke kuku kaki dan tangan. Namun sesiapa saja boleh mengalami jangkitan ini terutama individu yang sering berkaki ayam di bilik mandi awam, bilik persalinan pakaian dan kolam renang.
Selain itu orang yang berkongsi stoking, kasut dan tuala dengan orang yang dijangkiti juga boleh mendapat jangkitan. Individu yang suka memakai kasut ketat dan tertutup, kaki selalu dalam keadaan lembap dan kaki kerap berpeluh juga berisiko mengalaminya.
Ads
Mitos: Kerap mandi mencegah penyakit kaki makan air.
Hakikat: Anggapan ini sama sekali tidak benar. Walaupun kulat sukakan kawasan yang lembap, tetapi menjaga kebersihan diri adalah penting dalam mencegah kebanyakan jangkitan penyakit. Bagaimanapun mandi saja tidak akan membersihkan fungus atau kulat pada kaki tidak kira berapa cermat pun anda menjirus kaki. Apa yang penting, lap celah jari kaki hingga kering setiap kali selepas mandi atau mencuci kaki.
Mitos: Individu yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah cenderung untuk mempunyai masalah ini.
Hakikat: Sebenarnya penyakit ini tiada kaitan dengan kebersihan. Walaupun anda mencuci kaki dengan sabun beberapa kali sehari, anda masih boleh mendapat jangkitan – apatah lagi jika kaki dan celah jari tidak dikeringkan sebaiknya.
Mitos: Anda hanya akan menghidapi penyakit ini jika berjalan di kawasan yang ada kulat.
Ads
Hakikat: Berjalan berkaki ayam bukan satu-satunya cara anda mendapat jangkitan kulat ini. Orang yang berkongsi tuala, stoking dan kasut dengan individu yang dijangkiti juga berisiko mengalami masalah sama.
Mitos: Penyakit ini hanya menjangkiti bahagian kaki.
Hakikat: Penyakit kaki makan air tidak hanya berlaku pada anggota kaki sebaliknya boleh merebak ke bahagian badan lain termasuklah celah paha dan bawah lengan. Ia juga boleh merebak ke badan lain melalui sentuhan dengan pakaian yang dicemari kulat.
Mitos: Jika tiada rekahan atau keruping di celah jari, ia bukan penyakit kaki makan air.
Hakikat: Gejala yang dialami setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami masalah kulit merekah dan berkeruping pada jari. Orang lain pula alami gejala kemerahan atau kekeringan yang teruk. Jika anda tidak pasti, pergilah berjumpa doktor.
Ads
Mitos: Anda tidak akan dapat jangkitan jika kaki ditutupi stoking dan kasut sepanjang hari.
Hakikat: Kulat yang menyebabkan penyakit ini sukakan keadaan yang gelap dan lembap. Stoking dan kasut lembap adalah habitat yang tepat untuk pembiakan kulat. Kaki anda akan terlindung jika ia kering. Sesekali beri kaki anda bernafas dengan memakai sandal apabila berada di pejabat.
Mitos: Jangkitan ini akan sembuh sendiri.
Hakikat: Tanpa rawatan, masalah kaki makan air akan berlanjutan dan semakin teruk seterusnya merebak ke kawasan lain. Kaki akan terasa lebih gatal dan ia boleh membuatkan anda semakin tidak selesa. Jadi, jangan biarkan keadaan ini berterusan. Sapu krim antikulat mengikut yang disarankan doktor.
Mitos: Anda tidak akan dijangkiti lagi selepas jangkitan pertama.
Hakikat: Semua orang mengharapkan perkara ini benar. Bagaimanapun, jika tidak menjaga kebersihan dan mengeringkan kaki dengan baik, ia boleh berulang pada bila-bila masa
Kredit : Dr Zubaidi via Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kantung atau lebam di bawah mata perkara biasa bagi anda yang tidak cukup tidur. Walaupun ia tidak mengganggu tugas harian, namun sedikit sebanyak ‘mencacatkan’ wajah kerana tampak tidak bermaya dan membuatkan anda kelihatan seperti seseorang yang tidak mendapat rehat.
Jom cuba petua yang dikongsikan ini. Hanya dengan menggunakan sudu sahaja. Mudah dan murah tapi hasilnya menakjubkan.
TIPS MURAH DAN MUDAH HILANGKAN EYE BAG
Akhirnyaaaa. Kak Bib jumpa gak ngan petua yang senang dan serasi nak hilangkan eyebag ni.
Eye bag ni dah lama sangat bergantung kat bawah mata ni. Nak jual takde sapa nak beli. Nak sedekah pun takde yang sudi.
Dah cuba macam macam petua. Tepek timun, letak kentang, letak teh uncang. Eye bag ni tak jugak kurang. Degil yakmat.
Last last, jumpa tips omputeh ni. Guna sudu jekk. Pergh, tak sangka. Yang paling simple ni la yang paling best. Sekejapan jek eyebag tu jadi kurang sesangat.
Korang cuma kena ada sudu makan tu ha. Masukkan kejap dalam freezer. Agak agak dalam 5 minit jek dah cukup.
Pastu, keluarkan. Belah belakang yang melengkung tu kita tekapkan kat mata. Biar jek sampai sudu tu hilang sejuk.
Aritu eyebag kak Bib size L. Bila ulang ulang buat, terus jadi size S. Memang amazing betul la.
Ingat tau. Tekapkan sudu tu kat mata. Bukan korek mata. Kang, lain lak jadinya.
Di Malaysia, terdapat dua spesies pokok kopi yang utama, iaitu Coffea arabica dan Coffea robusta. Robusta adalah kopi yang mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi. Ia lebih pahit dan lebih berasid.
Kopi bagus untuk kesihatan terutamanya.
1. Rendahkan risiko mendapat diabetes mellitus. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Archives of internal Medicine pada tahun 2009, mendapati pengambilan kopi sebagai minuman harian dapat merendahkan risiko mendapat diabetes sebanyak 7%. Kopi mengandungi polyphenol, chlorogenic acid dan caffeic acid yang bersifat antioksidan yang membantu dalam mengawal kadar gula dalam darah.
2. Rendahkan risiko mendapat penyakit Alzheimer’s dan Parkinson Dalam kajian diterbitkan dalam journal Nutrition, dikatakan peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum kopi untuk mendapat penyakit Alzheimer dan Parkinson.
3. Bertindak seperti stimulant yang merangsang fungsi otak. Kopi mengandungi kafein yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir. Kafein juga meningkatkan kemampuan fizikal seseorang bagi mengelakkan cepat rasa letih dan lesu. Kopi juga memberikan kesan positif terhadap mood seseorang dan mengelakkan penyakit kemurungan.
4. Bertindak sebagai anti-keradangan bagi mengelakkan kesan anti- penuaan Proses penuaan adalah proses yang melibatkan keradangan. Pengambilan kopi secara rutin mampu melambatkan proses ini kerana antioksidan yang dimilikinya. Sebagai kesimpulan, amalan meminum kopi setiap hari baik untuk kesihatan, namun tetap harus berhati- hati dengan pilihan kopi.
Elakkan kopi 3 in 1, dan pilihlah serbuk kopi atau biji kopi yang perlu di brew sendiri. Hal ini dapat memaksimakan manfaat kopi yang diminum. Ambillah kopi secara bersederhana. Dos kafein yang disarankan adalah sebanyak 400 mg sehari sehari. Semoga bermanfaat.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meletakkan jambangan bunga pada sudut tertentu di dalam rumah pastinya menaikkan lagi keserian. Kalau guna bunga hidup tidak tahan lama, mahal pula harganya.
Jadi lebih baik guna bunga palsu. Tapi yang lecehnya bunga ni kena selalu cuci sebab cepat kotor. Jangan pula anda terus buang nanti membazir. Kotoran pada bunga ini boleh saja dibersihkan.
Ini antara cara mudah untuk mencuci bunga hiasan yang dikongsikan oleh puan Hani Mynis.
Langkah-langkah deep cleaning artificial plants and flowers.
1. Kumpulkan semua pokok/ bunga palsu yang ada.
Kumpul semua bunga termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah. Sebelum tu, tip ini khas utk pokok @bunga dari latex atau plastik @polyester sahaja. Dari baldu kena buat dry cleaning sahaja.
2. Susun ikut kategori
Sama ada kategori jenis material pokok/bunga. Plastik, polyester, silk, baldu, latex dan lain-lain . Susun juga ikut kategori jambangan bunga, dedaun sahaja, berpasu dan sebagainya.
3. Ambil gambar kalau bunga gubah di kedai
Untuk jambangan bunga yang perlu digubah, ambil gambar gubahan dulu sebelum dicabut. Lagi-lagi yang digubah siap di kedai. Sebab nanti kira nak leraikan gubahan, basuh dan gubah semula. Kecuali mmg berbakat menggubah bunga, abaikan langkah ni.
4. Ikat sejambak bunga jenis tangkai panjang mengikut pasu.
Ikat guna getah atau cable tie. Hani memang ikat siap-siap dengan cable tie. Masuk je sejambak dalam pasu terus.
5. Boleh mulakan mencuci
Sediakan besen berisi air paip. Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut /pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut /pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis). Kacau campuran tadi sehingga berbuih.
6. Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan
Jangan campur dan jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gam nya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.
7. Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci tu dengan jari.
Tak perlu diberus. Kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai. Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sangat. So bila nak cuci pun tak amik masa lama dan insyaAllah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak macam baru je.
8. Kalau bunga berpasu
Untuk bunga berpasu, boleh kena air tapi jangan direndam dalam air pasu nya. Takut gam kat pasu kembang. Kena air lalu sikit semasa bilas tak pe. Tapi cepat-cepat tos.
9. Bilas dan jemur.
Semasa membilas pun tak perlu lama. Kalau boleh tak nak bau pewangi fabrik tu hilang. Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu. Langkah terakhir, jemur sehingga kering. Tak mau lembap sebab nanti boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.