Selepas seluruh dunia diserang pandemik Covid-19, kerajaan Arab Saudi menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah, bertujuan membendung jangkitan wabak.
Terbaru, Arab Saudi membenarkan semula ibadat umrah dilakukan sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober lalu selepas tujuh bulan ditangguhkan.
Dr Ahmad Samhan berkongsi perasaan teruja, gembira dan sebak tatkala diberi kesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci untuk mengiringi jemaah sekali gus berpeluang melakukan umrah bersama isterinya.
Sampai sekarang masih rasa macam bermimpi.
Dua hari lepas saya terima panggilan telefon dari sahabat saya, Dr Faizan Irdawaty.
“Samhan, nak pergi umrah tak? Ada orang nak sponsor?”
“Hah, nak sponsor? Tapi kenapa?”
“Travel agency nak cari doktor untuk iring jemaah. Lepas tu awak kan doktor selebriti”
Terkedu.
“Bila tu?”
“Lusa”
Hah!
“Kena tanya isteri dulu,nak bincang. Saya call lagi setengah jam untuk bagi jawapan”
Banyak perkara diuruskan dalam masa terdekat. Selepas berbincang, isteri nak ikut sekali.
“Boleh ke isteri saya ikut sekali? Untuk isteri, saya bayar”
“Saya dah bincang dengan CEO, dia sponsor sekali dengan isteri”
Ya Allah! Rezeki.
Malam itu juga staff dari EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd terus hubungi saya. Terangkan dokumen apa yang diperlukan dan urusan apa yang perlu saya selesaikan.
Keesokkan harinya, terus ke imegresen untuk buat passport. Ambil gambar untuk umrah. Buat swab test. Cop sijil nikah di pejabat agama.
Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan dan staff EMRAZ travel sangat membantu. Semuanya selesai dalam 1 hari. Syukur.
Berjurai air mata.
Bilamana saja kaki menjejakkan bumi Madinah, terus berjurai air mata.
Dari tadi menahan sebak.
Walaupun sudah berkali-kali datang Madinah, perasaan tetap sama seperti kali pertama datang.
Masa belajar di Mesir, asal ada cuti mesti datang Saudi jadi Mutawif bawa jemaah. Cari pendapatan buat tampung belajar sambil rebut peluang buat umrah.
Syukur masih dipanjangkan umur untuk menziarahi Rasulullah s.a.w. Kerinduan yang sekian lama dipendam, akhirnya hari ini terubat.
Syukur masih berpeluang menapakkan kaki di bumi Madinah. Tanah yang penuh berkat. Tanah yang sama dipijak oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Tanah yang menjadi saksi di akhirat kelak.
Kota Madinah yang sebelumnya dikenali Kota Yathrib. Kota yang diduduk oleh penduduk yang lemah lembut dan peramah. Sedikit berbeza dengan penduduk Mekah.
Kota Madinah merupakan tempat yang dimuliakan oleh Allah dan Nabi s.a.w sangat mencintai kota ini dan penduduknya. Baginda sering mendoakan kesejahteraan penduduk kota Madinah. Di antara doa yang dipanjatkan baginda:
“Ya Allah, berkahilah mereka dalam timbangan mereka, dan berkahilah mereka dalam sha’ dan mud mereka, maksudnya bagi penduduk Madinah”(HR Bukhari dan Muslim).
Nabi SAW bersabda, “Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih utama dari seribu kali solat di masjid lain.” (HR Bukhari dan Muslim).
Di bumi barokah ini, saya doakan semua followers saya juga dipilih Allah untuk datang menziarahi Rasulullah s.a.w.
Amin.
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club