“Kaki Berkudis, Bengkak & Bernanah, Tidak Boleh Berjalan.” Ayah Jual Kopi & Ibu Suri Rumah, Rayu Bantuan Anak Derita Ekzema Kronik

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalma usia sekecil ini dia sudah diduga dengan ujian yang cukup berat. Kita yang melihat terasa begitu pilu dan tidak dapat bayangkan betapa beratnya penderitaan si kecil ini.

Perkongsian mengenai adik Hana ini diperoleh menerusi Facebook Sya Rosyada yang memuat naik beberapa gambar si kecil ini yang dilihat menderita penyakit kulit dibahagian kakinya.


BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL..???

Syada tak boleh tengok… tulis ni pun menitik air mata..YA Allah tolong la hambamu..sembuhkan penyakit adik hana.

NAMA NUR HANA HUMAIRAH BINTI ABD RAHIM BERUSIA 3TAHUN..

SEORANG KANAK-KANAK YANG AKTIF DULU DAN SEKARANG NI SUSAH NAK BERGERAK DENGAN MASALAH KAKI MACAM TU..

 

DAH BANYAK KALI BERUBAT MERATA2..HOSPITAL N PERUBATAN KAMPUNG..DAH SEMBUH PASTU NAIK LAGI..

MINTA TOLONG SHARE BERAMAI2 BAGI MEMBANTU INSAN DALAM KESUSAHAN.

Menurut ibunya, hasil pemeriksaan doktor, Hana Humairah menderita ekzema dan perlukan rawatan bagi memulihkan kesihatannya.

Walaupun diuji dengan dugaan yang begitu berat, namun Zainab Othman, 33,  tetap tabah menghadapi ujian Allah SWT.

Menurut Zainab, anak ketiganya itu  terlantar kerana menghidap penyakit gatal yang dialaminya sejak sebulan lalu. Awaklnya, dia hanya mengalami gatal-gatal ketika berusia dua tahun dan hanya pada badan saja.

“Tetapi sejak sebulan lalu penyakit kulit ini merebak dari seluruh badan sehingga kepala.

“Paling teruk apabila kedua-dua kakinya berkudis serta membengkak dan bernanah sehingga tidak boleh berjalan.

“Anak asyik menangis kerana sakit dan gatal malah kulit mengelupas selepas digaru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkuang Hujung, Kuala Pegang, Baling hari ini.

Katanya, dia dan suami, Abdul Rahim Che Sa, 35, sudah membawa anak mereka berubat di merata tempat termasuk perubatan moden dan tradisional tetapi penyakitnya tidak berubah.

Zainab berkata, pada mulanya Nurhana Umairah hanya gatal-gatal kecil saja pada badan sebelum mengambil ubat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Selepas habis makan ubat yang diberikan penyakitnya berjangkit semula ke seluruh badan dan paling teruk sejak sebulan lalu apabila merebak kedua-dua kaki.

“Dia menggaru sehingga berdarah kerana terlalu gatal dan terasa sakit selepas itu sehingga ditahan di wad selama seminggu sebelum Aidilfitri di Hospital Baling (HB),” katanya.

Katanya, keadaan penyakit anaknya tidak berubah dan semakin teruk terutama pada kedua-dua kaki.

“Semakin hari semakin teruk dan saya hanya menyapu krim serta makan ubat yang diberikan doktor bagi menahan sakit dan gatal, ” katanya.

Zainab yang juga suri rumah bergantung kepada suami yang mencari rezeki dengan menjual kopi kampung diproses sendiri.

“Saya terpaksa menjaga anak yang sakit dan dua lagi yang masih bersekolah rendah.

“Saya tidak dapat membantu suami untuk mencari rezeki bagi merawat anak dengan perkhidmatan rawatan yang lebih baik.

“Kalau ada yang dapat membantu merawat anak… saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kasihan melihat keadaannya,” katanya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi ibu Hana di alamat yang tertera ini.

Zainab binti Othman
No.29B Kg Mengkuang Hujung
Kuala Pegang 09110 Baling Kedah
no.tel +60 13-431 5537

Atau anda boleh terus memasukkan sumbangan ke akaun nomber 152050022262
Maybank. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Aamiin.

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang dialami adik Hana ini. Ada yang memberi cadangan dan petua berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah melalui situasi tersebut.

Ziela Ismail Ziela Ismail Allahuakbar.semoga cepat sembuh..cuba cari daun kandang rusa belanda pekat boh..atau daun bambu. Lpas tu tampal bahagian yg luka tu.ikhtiar insyaallah klu izin dri allah sembuh.

Azamk Jaya Hurm…leh tolong ni. Je lh… Cri pucuk daun kekabu… Ramas sampai hncur…. Try sapu

Ahmad Abu Bakar Assalamualaikum Tuan d puan dulu mass kecil saya selalu kena kudis api .jd nenek saya but kan minyak sapu cubala mana tau berkesan.caranya ambil kulit bawang merah d bawang putih d goreng sekali.biar DLM 10 minit.kasi sejuk Dan sapukan pada yg berkudis.mudahan sembuh dgn pertolongan ALLAH.sblm.sapu selawatlah.ins…..

Rosnah Kasim Subhanallah..moga cpt sembuh..cuba rebus akar seruntun bgi pekat skit cuci kudis2 tu msa air mseh suam

Noor Jihan Tahu x daun cabai kurab blander bagi halus campur dgn bdak sejuk inshaallah dlm seminggu baik.msa nak sapu baca ayat nabi yunus selawat srkali baca fatihah 1 x baca ayat 3 qull 1 x kemudian sapu .buat 1 hari 2x pgi dn mlm

Norpaifzah Sulaiman assalamualaikum…cuba cari sarang angkut2 n bancuh dgn air zam2..sapukan d seluruh tpt yg sakit tu..selawat..baca fatihah..cuba lah..insyaAllah

Faridah Nordin Maaf saya bagi petua saja dg kuasa allah ..ambil kulit ambra rebus dg air sampai mendidih kemudian suam2 kuku bagi mandi. Pas tu kain baju adik rebus dg air panas dg campur dg apa2 bahaan cucian

Sumber: Sya RosyadaHarian Metro