Setiap kali si ayah mahupun ibu berkongsi perkembangan bidadari kecil kesayangan rakyat Malaysia ini, pasti ramai yang melahirkan rasa sebak. Tak kurang yang mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah supaya membesar dan sihat seperti kanak-kanak lain seusianya.
Terbaru, ibunya Nurul Erwani Zaidi berkongsi gelagat Ainul bersama adiknya, Umar yang cukup mencuit hati. Dalam video pendek tersebut, kelihatan si adik cuba menarik dan mengambil botol yang berada dalam pegangan Ainul.
Waktu itu, Ainul sedang minum susu sambil memegang botol. Manakala si adik sedang bermain-main di tepinya.
Yang menjadi pujian bila mana Ainul nampak tenang dan langsung tidak marah walaupun si adik menarik-narik botol ditangannya.
Bahkan, Ainul membiarkan adiknya mengambil botol tersebut. Malah Ainul siap menutup botol tersebut sebelum diberikan kepada adiknya itu. Sweetnya kak Ainul ni!
Nampak penyayang dan sabar layan adik
Gelagat dua beradik ini mengundang perhatian daripada warga maya. Rata-rata memuji tindakan Ainul yang nampak cukup penyayang dan sabar melayan adiknya.