“Kakak Tak Pandai, Kakak Semua Tak Boleh” Anak Rasa Diri Tak Cerdik, Nasihat Achey Raih Pujian!

Share

Anak-anak yang dalam fasa belajar, jika tidak dapat atau mampu membuat sesuatu pasti akan cepat rasa putus asa dan diri tak pandai. Waktu itu, sokongan kita sebagai ibu bapa ini penting untuk membina semula semangat mereka dan singkirkan rasa putus asa tadi.

Itulah yang dirasai oleh Nur Tiara Zinnirah Nasir, puteri kepada pelawak terkenal, Achey Bocey yang diceritakan kembali olehnya dalam kapsyen sebuah gambar yang dikongsikan di laman Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah menzahirkan ucapan tahniah buat puteri kesayangannya yang kini berusia 5 tahun itu yang sedang memakai jubah konvokesyen berwarna hijau.

Namun begitu, rentetan dari luahan anaknya itu, Achey menasihatinya supaya menjadi seorang insan baik kemudian, akan adanya rezeki diberikan oleh Allah pada kemudian hari.

“Tahniah kakak, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin, tiba-tiba mama rasa sebak. Kejap je masa berlalu, anak mama makin besar.

“Pernah keluar daripada mulut dia, kakak tak pandai, kakak semua tak boleh. Kalau macam itu kakak jadi baik dulu, inSya-Allah pandai menyusul,” ujarnya.

Sekadar info, Achey telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada tahun 2011 dan mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberi semangat kepada Tiara supaya tidak putus asa dari awal. Malah, ada yang memuji Achey untuk ajar anak utamakan jadi baik dahulu dari segalanya.

Sumber: Instagram @acheykintangkintung