Kakak Sulung Berpakat Buka Tabung Online Untuk Hantar Mak Buat Umrah, Raih Perhatian Warganet!

Share

Lahir sebagai anak sulung tentunya penuh dengan tanggungjawab, sering dijadikan harapan oleh ibu ayah agar dapat menunjukkan tingkah laku yang baik kepada adik-adik untuk dicontohi.

Lantaran itu apabila menggalas tanggungjawab selaku anak sulung menjadikan diri seseorang itu sangat matang dan bertindak rasional.

Begitulah juga buat Puan Herny Henry, selaku kakak sulung daripada 4 beradik ini telah  merancang untuk menghantar ibu tercinta menunaikan umrah dan perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet.

“Bila jadi anak sulung, macam jadi ketua kelas pun ada.”

Kami ada 5 orang beradik, tapi seorang mak ayah dah bagi makcik. So sekarang kami tinggal 4 orang lah kan.

Alhamdulillah berjaya beli rumah untuk mak ayah, sebulan kami kongsi bayar RM380 seorang. Kami ada 4 orang, jadi total kami bayar rumah RM1520. Alhamdulillah semoga saya dan adik- adik saya dilipatgandakan rezeki.

Selain itu, masing-masing memberi duit belanja juga kepada mak ayah. Walaupun tak banyak, ikut kemampuan masing- masing. Mak bagi lain, bapa pun bagi juga. Alhamdulillah semoga semuanya diberkati.

Nie, mak nak pergi umrah dahulu. So kami berempat diketuai oleh saya planning kongsi duit lah juga untuk hantar mak pergi umrah.

Sebenarnya, bukan apa saya libatkan adik-adik saya, supaya mereka diberkati rezeki dan sentiasa dilipatgandakan rezeki.

Sebenarnya, masing- masing ada komitmen juga. Ada yang struggle, ada yang okay. Tapi bila fikir balik, mak ayah hidup dengan kita pun, kita tak tahu sampai bila kan? Dulu mereka besarkan kita susah payah. Jadi, ada rezeki sedikit sebanyak kita berkongsi.

Bukan senang jadi anak sulung, kadang-kadang bergaduh juga ni kami adik beradik. Haha! Tapi itulah, kena kuat semangat.

Jangan lupa, mak ayah ada bahagian masing- masing. Inshallah makin berlipat ganda rezeki nanti. Aishemen macam penceramah pula.

Semoga berjaya impian kami menghantar mak dan bapak pergi umrah. Pelan-pelan kayuh lah kan. Saling bantu membantu.

CARA BUAT TABUNG DI MAE

  1. Buka apps MAE
  2. Tekan HOME
  3. pilih simbol TABUNG
  4. Tekan Create TABUNG
  5. Pilih Category
  6. Tekanlah what you are saving for
  7. Nanti tekan tempoh masa
  8. Add friend untuk tabung sekali, pastikan dia pakai Maybank lah dan ada save dalam contact kita
  9. Nanti just confirm. Lepas cek masa dan monthly payment
  10. Done

Sumber: Herni Henry