Kakak Mengidam Makan Nasi Lemak Mak. Adik Naik Motor Hantar Dari Kulim Ke Ipoh Walaupun Terpaksa Tolak Motor

Share

Niat murni seorang pemuda untuk menghantar makanan kepada kakak tersayang sepertinya berdepan liku-liku dan dugaan.

Dalam satu video tular di TikTok, perjanalan seorang pemuda dari Kulim di Kedah menuju ke Ipoh, Perak dengan menaiki motosikal terhalang apabila enjinnya mati di pertengahan jalan.

Pada video berkenaan , Luqman menunjukkan situasi lebuh raya yang dilalui sambil menolak motor.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana lokasi motosikal Luqman terhenti.

Namun Luqman meletakkan tekad di hati iaitu makanan yang dibawa di dalam raga depan motosikalnya akan dipastikan tiba ke pangkuan kakak dengan apa jua cara.

“Nak pergi hantar makanan dekat kakak sebab dia mengandung teringin nak makan nasi lemak mak.

@manrelax99 Nak pi hantar makanan kat kak sebb dia mengandung teringin nak makan nasi lemak mak❤️tapi masa perjalanan tuh moto rosak💔nak buat mcm mna untuk anak buah dalam perut paksu sampai #fyp #fy #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Cinta Bukan Hanya Harapan – ADE

Artikel Berkaitan

“Tapi tengah perjalanan tu motor rosak. Demi anak buah dalam perut, paksu bagi sampai juga,” tulis Leman di ruangan kapsyen.

Setelah kudrat dibanting dan panas terik mentari diredah, akhirnya perkarangan Plaza Tol Ipoh dapat dilihat di dalam video Luqman.

Walaupun begitu, ‘pengembaraan’ menolak motosikal masih jauh kerana paparan aplikasi Waze di telefon pintarnya menunjukkan jarak perjalanan masih berbaki 19 kilometer (km).

“Ya Allah, tak jauh dah, berapa minit je lagi,” Luqman menunjukkan anggaran masa ketibaan iaitu 28 minit di aplikasi Waze.

Apa yang lebih menyentuh hati apabila Luqman sempat menunjukkan keadaan lututnya yang terketar-ketar akibat berjalan jauh sambil menolak motosikal.

Di penghujung video, rintangan yang menggunung ternyata bukan menjadi alasan apabila Luqman menunjukkan dia selamat tiba di kediaman kakaknya.

“Pada tengah hari 28 November saya selamat sampai di rumah kakak. Sampai di sana saya hanya tidur satu malam sahaja.

Motosikal milik Luqman dihantar pulang ke Kulim dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

“Pada pagi kemudian hari, kakak dan suami hantar saya ke stesen bas Ipoh. Saya terpaksa balik sebab tidak ada sesiapa yang menjaga ibu bapa saya di rumah.

“Motosikal saya terpaksa tinggalkan di Perak sebab kekurangan wang tunai,” kata Leman dalam video kedua bagi berkongsi tentang perkembangan perjalanannya ke Ipoh.

Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat si kakak hadir untuk berterima kasih di atas pengorbanan Luqman.

“Terima kasih adik kakak, semoga Allah memberikan ganjaran untuk adik. Doakan kakak cepat bersalin dan dipermudahkan urusan,” ujar si kakak.

Sumber : Mstar

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club