Niat murni seorang pemuda untuk menghantar makanan kepada kakak tersayang sepertinya berdepan liku-liku dan dugaan.
Dalam satu video tular di TikTok, perjanalan seorang pemuda dari Kulim di Kedah menuju ke Ipoh, Perak dengan menaiki motosikal terhalang apabila enjinnya mati di pertengahan jalan.
Pada video berkenaan , Luqman menunjukkan situasi lebuh raya yang dilalui sambil menolak motor.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana lokasi motosikal Luqman terhenti.
Namun Luqman meletakkan tekad di hati iaitu makanan yang dibawa di dalam raga depan motosikalnya akan dipastikan tiba ke pangkuan kakak dengan apa jua cara.
“Nak pergi hantar makanan dekat kakak sebab dia mengandung teringin nak makan nasi lemak mak.
“Tapi tengah perjalanan tu motor rosak. Demi anak buah dalam perut, paksu bagi sampai juga,” tulis Leman di ruangan kapsyen.
Setelah kudrat dibanting dan panas terik mentari diredah, akhirnya perkarangan Plaza Tol Ipoh dapat dilihat di dalam video Luqman.
Walaupun begitu, ‘pengembaraan’ menolak motosikal masih jauh kerana paparan aplikasi Waze di telefon pintarnya menunjukkan jarak perjalanan masih berbaki 19 kilometer (km).
“Ya Allah, tak jauh dah, berapa minit je lagi,” Luqman menunjukkan anggaran masa ketibaan iaitu 28 minit di aplikasi Waze.
Ads
Apa yang lebih menyentuh hati apabila Luqman sempat menunjukkan keadaan lututnya yang terketar-ketar akibat berjalan jauh sambil menolak motosikal.
Di penghujung video, rintangan yang menggunung ternyata bukan menjadi alasan apabila Luqman menunjukkan dia selamat tiba di kediaman kakaknya.
“Pada tengah hari 28 November saya selamat sampai di rumah kakak. Sampai di sana saya hanya tidur satu malam sahaja.
Motosikal milik Luqman dihantar pulang ke Kulim dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
“Pada pagi kemudian hari, kakak dan suami hantar saya ke stesen bas Ipoh. Saya terpaksa balik sebab tidak ada sesiapa yang menjaga ibu bapa saya di rumah.
Ads
“Motosikal saya terpaksa tinggalkan di Perak sebab kekurangan wang tunai,” kata Leman dalam video kedua bagi berkongsi tentang perkembangan perjalanannya ke Ipoh.
Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat si kakak hadir untuk berterima kasih di atas pengorbanan Luqman.
“Terima kasih adik kakak, semoga Allah memberikan ganjaran untuk adik. Doakan kakak cepat bersalin dan dipermudahkan urusan,” ujar si kakak.
Mencuci pakaian ada caranya. Jangan pakai masuk semuanya ke dalam mesin tanpa mengasingkannya terlebih dahulu. Namun, kadangkala kita tidak sedar tercampur pakaian berwarna dengan baju putih ketika merendam atau mencuci pakaian. Akibatnya warna baju itu melekat pada pakaian berwarna putih.
Contoh lain, denim dan baju putih tidak boleh direndam bersama kerana warna denim boleh mencacatkan baju putih anda.
Sayang kan jika nak dibuang sedangkan baju itu masih baru dan lebih penting lagi mungkin ia salah satu baju kegemaran anda. Jadi, jangan cepat kecewa, nah kami sediakan tip apa yang anda perlu buat sekiranya warna baju sudah melekat pada pakaian lain.
1. Rebus Baju
Rebu baju? Jangan terkejut kerana kaedah ini menjadi. Rebus sehingga hilang warna yang melekat pada baju itu. Tapi anda perlu lihat juga jenis fabrik yang ingin direbus. Kalau fabriknya tebal dan tidak sensitif tidak mengapa. Sekiranya fabrik nipis dan sensitif, rendamkan saja dengan air panas selama beberapa minit.
2. Perahan Limau
Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas yang telah dicampurkan dengan perahan limau. Sekiranya kotoran banyak, anda mungkin memerlukan perahan yang banyak. Ianya bergantung kepada tahap warna yang melekat pada baju anda.
3. Clorox Lemon
Letak 1 skop sabun basuh baju dalam baldi. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Isikan lima penutup botol clorox lemon. Kemudian, kacau air sabun dan clorox sehingga sebati. Masukkan baju anda. Rendaman yang lama untuk baju berwarna manakala pakaian putih mungkin dalam masa 10 jam.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Waktu PKP ini pasti sedikit sebanyak membuatkan anak-anak terkurung di dalam rumah. Belajar pun sekarang semuanya dilakukan di rumah. Kalau sebelum ini pulang dari sekolah, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Bermain di padang bersama kawan-kawan dan sebagainya. Tetapi pasti tak berpeluang berbuat demikian.
Tetapi jangan risau, nak menghiburkan anak-anak tak perlukan modal yang banyak. dengan DIY dan modal yang sikit anak-anak pasti suka.
Penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba membuat Giant Bubble. Hanya dengan bahan mudah ini, anda boleh buat sendiri. Jom ajak anak-anak tolong. Pasti lebih seronok.
Selain menjimatkan kos bukan saja anak teruja dengan aktiviti ini.
DIY GIANT BUBBLE.. Homemade!!
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main😁#jimat
BAHAN-BAHAN
(AIR SABUN) 1)1.5 Liter Air 2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu 3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk
(BUBBLE WAND) 1) Tali Kain 2) Tape hitam 3) Hanger Besi 4) Gunting
CARA-CARA
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita😊 2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat. 3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih. 4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Tujuh tahun menjalin cinta, akhirnya pasangan sama cantik sama padan ini disatukan dalam satu majlis sederhana tapi meriah. Dengan sekali lafaz, Pelakon Titian Cinta, Farah Nabilah kini sah bergelar isteri kepada juruterbang Mohammed Amirul Yunus, kira-kira jam 9.04 malam semalam.
**media[100928]**
Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1000, tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama dan wang hantaran bernilai RM77,777.77.
**media[100926]**
Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling,
Terdahulu pada majlis sama, pasangan ini turut melangsungkan pertunangan.
“Alhamdulillah permulaan fasa dan tanggungjawab baru untuk saya dan suami. Moga semuanya dapat dipermudahkan.
“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran. Tak sangka, nombor tujuh itu juga simbolik tempoh percintaan kami,” kata Farah usai selesai majlis nikah.
**media[100929]**
Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31berkata sepanjang tempoh bercinta, suami cekal dalam usaha memenangi hatinya.
“Hubungan saya dan Amirul sebenarnya dijalin secara jarak jauh kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk dengan komitmen seni, manakala dia pula memenuhi tuntutan tugasnya sebagai juruterbang termasuk yang memerlukan dia selalu berada di luar negara.
“Maka, apa yang boleh mengikatkan kami untuk terus yakin dan setia pada hubungan percintaan dibina adalah kepercayaan antara satu sama lain.
“Satu perkara yang menyenangkan saya ialah sikapnya yang pandai mengambil hati,” katanya.
**media[100927]**
Pasangan itu bakal diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin perempuan pada 21 Disember, disusuli 28 Disember untuk sebelah pengantin lelaki. Mereka juga bakal diraikan dalam satu lagi majlis pada 5 Januari depan.
Pasangan ini juga menjadi artis pertama yang kisah perkahwinan mereka dipaparkan di portal Mahligai Cinta.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.