Melihat perkembangan bidadari kecil ini, buat ramai tersentuh hati dan tak kurang yang bersyukur. Manakan tidaknya, keadaanya kini jauh berbeza sewaktu sebelum dibedah bagi mengeluarkan ketumbuhan di mulutnya.
Itulah yang dikatakan takdir Tuhan, tiada siapa yang mampu menduga. Si kecil Ainul Mardhiah kini sudah menjangkau tiga tahun dan sudah pun bergelar kakak.
Setiap kali si ayah berkongsi perkembangan bidadari kecil kesayangan rakyat Malaysia ini, pasti ramai yang melahirkan rasa sebak. Tak kurang yang mendoakan kesihatan Ainul.
Terbaru, Ahmad Saifuddin berkongsi gelagat Ainul bersama adiknya yang cukup mencuit hati.
Yang kecik ni sekarang dah ikut je ekor kakak dia. Kakak dia kebelakang, dia sehabis baik kejar kakak dia. Kakak dia ke depan, dia pun ke depan. Kakak dia keluarkan barang, dia tukang sepahkan.
Nasib baik maknya tak ada darah tinggi. Walid dia cool je memerhati. Tapi end up, walid dia jugak kena bebel.
Demikian coretan ayah Ainul yang mendapat reaksi ramai. Rata-rata terhibur dan suka membaca setiap perkongsian bagi mengetahui perkembangan Ainul.