Adik beradik adalah anugerah yang begitu bermakna, mereka ibarat harta berharga dalam hidup kita. Bahkan istimewanya bila bercerita tentang kasih sayang antara adik beradik, ianya tidak mungkin pudar. Biarlah apa keadaan sekali pun, baik atau buruk adik beradik  mereka tetap istimewa di hati kita. Tiada galang gantinya!

Begitulah juga yang cuba dizahirkan oleh seroang kakak ini terhadap adik istimewanya yang dijaga selepas pemergian ibu tercinta ke negeri abadi.

Kasih sayang Saiyidatul Syahirah Jasney terhadap adiknya, Saiyidah Fatimah Nabihah cukup mendalam kerana tidak hanya menjaga amanah arwah ibu, bahkan wanita berusia 32 tahun itu juga memberi peluang kepada adik untuk hidup berdikari dengan membukakan Kedai Seringgit untuk adiknya.

Idea Kedai Seringgit Tarik Perhatian

Perkongsiannya baru-baru ini di group Autisme Malaysia, benar-benar mencuri perhatian dan  komen bertalu-talu daripada ibubapa yang ada di dalam group tersebut. Rata-rata begitu  terinspirasi untuk mendidik anak-anak autisme mereka agar turut belajar berniaga dengan kaedah yang dikongsiknnya.

Kakak Bukakan Kedai Seringgit Bukti Sayang Adik Autisme, Raih Perhatian!

“Sangat terkejut apabila begitu banyak maklum balas positif diterima terutama daripada ibu bapa dengan rata-ratanya mengatakan idea diketengahkan sangat menarik dan sesuai bantu anak istimewa belajar berdikari.

“Diharap, adik dapat gunakan kemahiran diajar itu sepanjang hayatnya dan terus berdikari walaupun selepas saya sudah tiada nanti.

“Ia kerana salah satu tujuan saya bawa adik menceburi bidang perniagaan adalah supaya dia lebih terbuka dan tidak mengehadkan cara berfikir walaupun dia dilahirkan istimewa,” katanya.

Jana Pendapatan Sendiri

Ads

Difahamkan Kedai Seringgit yang dibuka di  Kampung Bebuloh Laut ini  dibuka di halaman rumah dan mula beroperasi sejak 10 Jun lalu.

Menurut Saiyidatul Syahirah, sebagaimana memetik berita Harian Metro, idea itu tercetus selepas melihat adik bongsunya, seorang autisme, obses dengan gajet ketika mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Enggan membiarkan adiknya terus leka, Saiyidatul Syahirah berusaha bantu dengan membuka perniagaan menjual makanan ringan, pizza burger dan aiskrim bagi mengajar adiknya menjana pendapatan sendiri.

“Sebelum ni adik saya bersekolah di madrasah tahfiz dan tinggal di asrama sebelum mengikuti sesi PdPR di rumah ketika pandemik.

“Pada waktu itu, nampak minat adik terhadap seni doodle dan sebab itu belikannya ‘chromebook’ sebagai tanda sokongan.

“Bagaimanapun, itu hanya aktiviti sampingannya dan kerana itu saya buka Kedai Seringgit bagi membolehkan adik bekerja tanpa tekanan.

Ads

“Nama Kedai Seringgit itu diberi kerana adik autisme, cepat keliru dan mudah lupa. Jadi, saya letak nama mudah ingat bersesuaian dengan barangan jualan yang semuanya dijual pada harga RM1 saja,” ceritanya panjang lebar.

Perkenal Cara Rekod Jualan Mudah

Bagi melancarkan urusan perniagaan Saiyidatul Syahirah menyediakan rekod jualan mudah yang mudah difahami dan tidak mengelirukan.

Kakak Bukakan Kedai Seringgit Bukti Sayang Adik Autisme, Raih Perhatian!

Saiyidatul Syahirah berkata, caranya adalah dengan mengajar dan meminta Saiyidah Fatimah Nabihah menanda pada rekod jualan disediakan.

“Kami tidak hanya berniaga di depan rumah tetapi ada juga tawarkan khidmat pembayaran ketika penghantaran (COD).

Ads

“Buat masa ini, saya tak sasarkan sangat hasil jualan yang terlalu tinggi sebab niat asal buka kedai itu adalah untuk ajar adik berniaga.

Kakak Bukakan Kedai Seringgit Bukti Sayang Adik Autisme, Raih Perhatian!

“Tapi Alhamdulillah, sokongan dan maklum balas diterima daripada semua pihak termasuk jiran sekeliling sangat positif,” katanya yang mengambil tanggungjawab menjaga Saiyidah Fatimah Nabihah sejak dua tahu lalu iaitu selepas ibunya, Azizah Salleh meninggal dunia.

Kakak Bukakan Kedai Seringgit Bukti Sayang Adik Autisme, Raih Perhatian!

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kakak Bukakan Kedai Seringgit Bukti Sayang Adik Autisme, Raih Perhatian!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI