Mengandung dan melahirkan anak adalah momen yang paling dinantikan oleh setiap wanita yang sudah berkahwin. Lengkap sudah fitrah hidup, detik demi detik dinanti penuh debaran.
Namun tidak semua berakhir dengan kegembiraan, si kecil yang dinanti akhirnya dijemput kembali pada Sang Pencipta. Kisah pelakon kecil molek bernama Sari Yanti yang keguguran bulan lalu rupa-rupanya cukup memilukan
Dalam diam-diam, rupa-rupanya isteri kesayangan Jep Sepahtu ini sudah 5 kali mengandung. Namun ketentuan Yang Maha Esa, dua darinya keguguran.
Dalam satu perkongsian, sari Yanti bercerita mengenai isu kehamilan dan kegugurannya. Dia yang sebelum ini pernah hamil luar rahim terpaksa akur bila mana satu tiubnya pecah dan terpaksa di buang.
Kehamilan ke 5
Sari atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari membuka peluang untuk peminatnya bertanyakan soalan di laman sosial Instagram miliknya.
Di dalam catatannya, Sari memberitahu kandungan ketiganya berada di luar rahim sehingga terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang satu tiub fallopian.
Jantung baby berhenti tiba-tiba
Walaupun terkejut dan sedih kehilangan bayi yang dikandung, namun Sari pasrah dan reda. Baginya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Ada hikmah tersendiri
Tidak dapat mengawal rasa sedih, Sari mengakui menangis di hadapan doktor. Namun Jep banyak membantu menenangkan hatinya kembali.
Nangis depan doktor
Mengakui kehamilannya baru-baru ini adalah yang kelima, Sari reda dan mengakui dia dan Jep kini sudah ada 2 ‘anak syurga’ yang menanti mereka.
Ada 2 ‘anak syurga’ menunggu
Sumber: OH My Media via IG sariyanti