Anak sulung memikul tanggungjawab yang amat besar dalam keluarga. Apatah lagi bila ibu ayah telah tiada, siapa lagi yang boleh diharapkan dalam adik beradik selain kakak atau abang yang sulung meskipun mereka masih muda untuk menggalas tanggunjawab menjaga adik-adik.
Ini sebagaimana kisah ujian hidup yang ditempuh oleh Puan Nurul Shahida, di mana kisahnya tular di aplikasi Tiktok.
Difahamkan dia sebagai kakak sulung mengambil tugas menjaga tiga adiknya sejak ibu, Siti Aminah Abdullah meninggal dunia kerana kanser rahim pada 2008 manakala bapa, Baharudin Dollah meninggal dunia kerana komplikasi darah tinggi dua tahun selepas itu sebagaimana memetik perkongsiannya bersama Harian Metro.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Alami Kecederaan Melecur
“Kak Long, Yas sakit sangat,” itu rintihan Mohammad Alias Baharudin, 24, yang meruntun hati kakaknya, Nurul Shahida, 30.
Mohammad Alias atau Yas kini terlantar di rumah kerana mengalami kecederaan melecur dari atas punggung hingga ke kaki, kedua-dua tangan selain muka dan leher selepas terbabit insiden kebakaran di tempat kerjanya di Perak, bulan lalu.
Ads
Nurul Shahida berkata, dia mengambil tugas menjaga tiga adiknya sejak ibu, Siti Aminah Abdullah meninggal dunia kerana kanser rahim pada 2008 manakala bapa, Baharudin Dollah meninggal dunia kerana komplikasi darah tinggi dua tahun selepas itu.
Menurutnya, biarpun sudah mempunyai keluarga sendiri namun naluri sebagai kakak sulung melebihi segalanya walaupun dia terpaksa membahagikan masa menjaga adik ketiganya itu.
“Ayah meninggal dunia ketika saya masih belajar di sebuah politeknik dan sejak itu Yas terpaksa dihantar ke rumah anak yatim selama tiga tahun manakala adik bongsu dijaga ibu saudara dan adik kedua pula sudah merantau mencari kerja.
“Selepas tamat belajar saya mengambil Yas dan adik bongsu tinggal bersama di rumah kami di Sik, Kedah dan sejak itu melalui susah senang bersama dengan ihsan keluarga dan jiran.
“Selepas berkahwin saya ikut suami (Mohd Afif Fahmi Mat Jamil, 30) berpindah ke Langkawi dan turut membawa mereka bersama,” katanya yang tinggal di Temoyong di sini, ketika dihubungi.
Nurul Shahida memuat naik kisah adiknya dan menceritakan ujian yang menimpa sejak kehilangan ibu bapa di Tik Tok.
Tindakan wanita itu mengundang sebak warganet apabila dia menceritakan adiknya berulang kali memohon maaf dalam keadaan menahan kesakitan kerana bimbang membebankannya.
Ads
“Yas berterima kasih kerana menjaganya dan hati saya ketika itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu kerana saya tidak akan biarkan ketiga-tiga adik saya melalui ujian seorang diri.
“Kini Yas semakin pulih namun masih memerlukan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar termasuk mencuci kesan terbakar setiap tiga hari.
“Saya bersyukur suami dan anak memahami situasi saya ketika ini, malah majikan Yas juga selalu bertanya khabar, memberi sokongan dan bantuan sepanjang Yas di hospital,” katanya.
Berhubung video Tik Tok yang dimuat naiknya itu, Nurul Shahida berkata, dia hanya menjadikan ‘kisah’ itu sebagai kenangan keluarga mereka.
“Saya buat video itu ketika di hospital kerana sedih dan risau melihat keadaan Yas. Mungkin kerana penat saya terlalu fikirkan yang bukan-bukan termasuk jika Yas tinggalkan kami dan saya bersyukur keadaannya semakin baik,” katanya.
Ads
Sementara itu, Mohammad Alias berkata, dia juga sangat berterima kasih dengan kakaknya yang menjaga dan menguruskannya sepanjang dia terlantar di hospital selama hampir sebulan.
Katanya, anggota badannya terbakar 35 peratus dan kulit di paha serta lengannya diambil untuk ditampal di kawasan yang melecur.
“Saya risau membebankan Kak Long kerana dia ada anak dan suami yang perlu diberi perhatian. Saya berterima kasih kerana dia tidak pernah mengeluh menjaga termasuk ketika saya memakai pakai lampin buang.
“Alhamdulillah, sekarang semakin baik cuma saya tak boleh duduk terlalu lama dan sukar nak tidur malam kerana badan gatal tetapi tak boleh digaru kerana tidak baik untuk kesan melecur itu,” katanya sambil memberitahu itu ujian paling getir.
Boleh dikatakan sepanjang masa anak-anak akan menggunakan gajet untuk mengisi masa mereka sama ada untuk bermain game, bertik tok, malah menonton pelbagai video kegemaran mereka di youtube.
Senario ini sebenarnya membimbangkan kita sebagai ibu bapa. Memandangkan dunia internet tanpa sempadan, jika tidak dipantau atau dikawal oleh kita sebagai orang tuanya tidak mustahil anak-anak dapat melihat perkara yang tidak sepatutnya pada usia yang kecil dan sekali gus merosakkan minda mereka.
Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga agar anak-anak tidak menatap content yang ada unsur lucah, ada baiknya buat seperti yang dikongsikan oleh CT Hajar Zorodi ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan. Ini perkongsiannya;
Ramai yang suruh aku ajar cara nak setting YouTube supaya anak-anak tak boleh buka YouTube cartoon yang ada unsur unsur ‘lucah’. Jadi aku ajar step by step. Boleh la buat panduan.
Sebelum tu bukak aplikasi YouTube dulu. Kita setting Kat YouTube
Step 1 : Click Kat simbol ‘s’ sebelah kanan atas sekali.
Step 2 : Kemudian keluar senarai macam gambar di bawah. Click setting
Step 3 : Selepas itu click general. Perkataan yang atas sekali
Step 4 : Akhir sekali click button restricted mode. Selesai.
Dah jadi kebiasaan kalau jumpa seseorang yang popular, tambah pula individu tersebut pula orang yang kita minat, pasti kita akan rasa teruja.
Itulah yang dihadapi oleh pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro menceritakan kembali kisahnya saat bertemu dengan beberapa orang peminat kecil baru-baru ini.
Menurut Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, kanak-kanak tersebut dilihat amat teruja ketika terserempak dengannya yang pada ketika itu sedang memberhentikan keretanya di bahu jalan.
Enggan menghampakan kanak-kanak tersebut, Ajak kemudiannya turut daripada keretaya lalu menyantuni kanak-kanak tersebut yang juga merupakan pasangan adik beradik itu.
“Kebetulan tengah bersembang dalam renyai, aku ternampak tiga beradik ni. Dari jauh aku nampak diorang excited ternampak pelawak suam kuku ni.
“Aku terus lintas jalan sebab tak nak diorang yang lintas. Dapatlah bagi hadiah raya sikit kat adik ni. Nampak dekat muka diorang yang diorang happy,” tulisnya di hantaran laman Instagram.
Katanya lagi, momen-momen seperti itu sebenarnya yang membuatkan dirinya berasa puas bergelar seorang anak seni.
“Aku puas. Serius aku puas dapat gembirakan diorang. Semoga membesar jadi anak soleh solehah dan insan yang berjaya. Doakan rezeki pakcik ye Dik. Pakcik simpan sini buat kenangan,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji sikap Ajak yang sentiasa mesra ketika bersama dengan peminat. Malah ada yang mempunyai nasib yang sama seperti anak-anak ini jumpa Ajak di tepi jalan.
Sumber : Instagram Ajak Shiro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kerap sangat kita dengar bila musim perayaan mulalah harga barang naik mendadak. Bahkan serai, kunyit, halia juga terkesan.
Maklumlah ketika itu banyak sangat permintaan. Semua ibu-ibu akan membeli bahan-bahan tersebut dan sebagainya untuk menyediakan menu istimewa di musim perayaan.
Jadi apa kata sebagai satu persiapan sebelum Raya Haji nanti, kita tanam siap-siap pokok kunyit dan halia sekarang.
Untung-untung raya nanti nak masak daging korban, kita tidak perlu lagi membeli serai, halia, kunyit atau sebagainya. Bukankah itu lagi menjimatkan?
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nor Rabiah Abdul Rahman berkongsi cara menyemai dan seterusnya menanam dengan cepat dan bolehlah kita praktikkan.
Cara tanam kunyit
1. Beli kunyit hidup di kedai.
2. Potong razom (ubi) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.
3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup (tipuware). Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
5. Apabila razom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.
6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya.
Daun kunyit dah mahal sekarang ni. So, boleh la try tanam sendiri. Mudah je kan.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...