Menerusi akaun Instagram Shakil Aryan Shah, posting terbaru telah meraih perhatian ramai. Akaun Instagram ini merupakan akaun anak kedua kepada artis Emma Maembong dan suaminya, Shazli Azhar. Pasangan ini berkongsi pertumbuhan dan perkembangan Shakil di akaun ini untuk tatapan para peminat.
Baru sahaja diwujudkan, akaun Instagram ini sudah mempunyai sejumlah 14 ribu pengikut. Wah, nampaknya Shakil juga sepopular seperti abangnya, Shariq Gabriel. Perkongsian terbaru ini memaparkan gambar dan video Shakil bersama ibu bapanya.
Seperti abangnya, Shakil juga mempunyai kulit yang putih gebu. Apa yang nampak berbeza ialah pada bahagian mata yang mana mata Shakil kelihatan agak sepet. Sekali pandangan seperti anak orang Cina dan ada juga menggelarkan seperti anak orang Korea.
Sebenarnya, Shakil banyak mewarisi wajah di sebelah neneknya yang merupakan seorang berbangsa Cina. Jadi tidak hairanlah apabila melihat wajah Shakil seperti anak Cina. Anak-anak yang memiliki d4rah k4cukan sememangnya comel-comel belaka.
Ads
Bak kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Walaupun tidak mewarisi wajah ibu bapa sepenuhnya, ada juga yang mewarisi menerusi keturunan nenek moyang mereka. Semoga Shakil Aryan Shah membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.
Untuk rekod, Emma maembong dan Shazli Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang Putera bernama Shariq Arshan Gabriel dan Shakil Aryan Shah.
Belum reda kisah kematian pelakon drama Gerak Khas, Nizen Ayob tempoh hari, persoalan mengenai tarikh 11 Ogos 2018 yang dikatakan cukup bermakna buat dirinya di muat naik oleh Allahyarham meninggalkan tanda tanya dikalangan peminat.
Ada yang membuat spekulasi kononnya allahyarham mahu mendirikan rumah tangga, tetapi rupa-rupanya itu adalah tarikh ulang tahunnya yang ke-34. Perkara tersebut diakui oleh ibunya sendiri.
“Tarikh 11 Ogos bukan tarikh arwah bernikah, sebaliknya itu adalah hari ulang tahunnya ke-34. Arwah tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Memang dia ada mengakui sudah mempunyai teman wanita tetapi kami belum mengenali siapa wanita berkenaan.
“Sebelum kematiannya, arwah juga tidak putus-putus meminta maaf kepada saya dan ayahnya 10 hari sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan. Malah, dia juga merancang untuk membawa saya dan suami mengerjakan umrah selepas dia bermimpi berada di hadapan Kaabah bersama beberapa orang yang tidak dikenalinya.
“Tetapi , saya pujuk dan cakap boleh pergi ke sana apabila sudah sembuh sepenuhnya dan tidak disangka ia sebahagian petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga. Sebenarnya dia mula demam sejak awal Ramadan lalu, namun kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Pekan Layang-Layang dan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, keadaan yang sama berulang semula ketika Syawal yang lalu. Disebabkan keadaannya yang semakin teruk dan lemah, kakaknya menyarankan arwah mendapatkan rawatan di HSA sebelum ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir,”cerita ibu arwah lagi.
Tidur yang baik merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa untuk anak mereka. Ini untuk memastikan kecerdasan akal dan minda yang baik untuk anak anda.
Dalam proses untuk tidur yang baik waktu malam telah ditunjukkan cara daripada doktor, pakar tidur, dan penyelidik di Institut Kesihatan Kebangsaan di Bethesda, MD. Ada beberapa tips yang ibu bapa boleh amalkan.
1. Elakkan Makan Besar Sebelum Tidur
Pemakanan yang diambil sebelum tidur amat tidak baik untuk anak anda dan harus dielakkan. Apatah lagi makanan yang diambil dalam kuantiti yang baik. Sebagai ibu bapa, mereka harus elakkan anak mereka daripada mengambil makanan yang berat sebelum mereka tidur.
Lebih-lebih lagi makanan atau minuman yang mengandungi kafein. Makanan ini harus dielakkan oleh anak mereka seeloknya 6 jam sebelum tidur.
2. Elakkan Aktiviti Yang Merangsangkan Selepas Makan Malam
Selepas makan, jauhi anak anda daripada aktiviti yang boleh membuatkan mereka segar seperti menonton televisyen, atau aktiviti lain. Ini kerana ia akan buat anak anda tidak ada mood untuk tidur dan ingin berjaga sepanjang malam.
Amalkan anak anda untuk buat aktiviti yang boleh beri mereka mengantuk seperti membaca dan sebagainya.
3. Memberi Amaran
Beri amaran anak anda untuk tidur dalam masa lima minit, atau memberinya pilihan – “Adakah anda mahu pergi tidur sekarang atau dalam masa lima minit anda akan…”. Sedikit sebanyak cara ini akan buat mereka takut membuat aktiviti lain dan terus tidur.
Tetapi jangan sehingga memaksa atau menggunakan tangan anda untuk menyuruh mereka tidur.
4. Membuat Rutin Tidur Yang Konsisten
Ibu bapa boleh menubuhkan rutin tidur yang konsisten dan santai yang berlangsung antara 20 dan 30 minit dan berakhir di bilik tidur anak anda. Elakkan daripada bercerita tentang perkara-perkara yang menakutkan atau rancangan TV.
Adalah lebih baik untuk beri anak anda membaca buku kegemaran setiap malam daripada buku yang baru kerana mereka sudah biasa.
5. Elakkan Menyanyi Atau Goyang Anak Anda Ketika Tidur
Ibu bapa harus elakkan menyanyi atau goyang anak anda untuk tidur, kerana jika dia terjaga di tengah-tengah malam dia mungkin memerlukan anda untuk menyanyi atau goyang mereka kembali untuk tidur. Secara tidak langsung akan mengganggu tidur anda.
Jika anda telah melakukan ini, cuba untuk menghentikan tingkah laku ini secara beransur-ansur. Sebaliknya, cuba gunakan dengan objek peralihan seperti selimut kegemaran atau haiwan(patung) untuk tidurkan anak anda.
6. Pastikan Anak Anda Selesa
Ibu bapa harus memastikan anak mereka berada dalam keadaan selesa ketika tidur. Elakkan pakaian atau selimut yang boleh menyekat pergerakan mereka. Pastikan suhu bilik berada tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas supaya anak anda menikmati tidur mereka.
7. Tunggu Sebentar Jika Anak Anda Memerlukan Anda
Jika anak anda memerlukan anda selepas anda meninggalkan biliknya, tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas. Ini akan mengingatkan bahawa anak anda harus tidur, dan ia akan memberi peluang untuk mereka menenangkan dirinya dan juga kembali tidur semasa dia sedang menunggu untuk anda datang.
8. Suruh Anak Anda Tidur Jika Mereka Keluar Dari Biliknya
Jika anak anda keluar dari biliknya selepas anda meletakkan mereka untuk tidur, berjalan kembali dan perlahan-lahan kepada mereka dan tegas mengingatkan mereka untuk tidur semula. Bercakap dengan lemah lembut kepada mereka dan bawa mereka semula ke bilik untuk tidur.
9. Berikan Sesuatu Kepada Anak Anda Untuk Tidur
Berikan alat atau sesuatu benda untuk mengatasi kebimbangan anak anda. Ibu bapa boleh berikan anak mereka lampu suluh, botol semburan dipenuhi dengan “semburan raksasa,” atau seekor haiwan atau ‘teddy bear’ besar untuk ‘melindungi’ anak anda ketika mereka tidur.
10. Berikan Ganjaran
Ibu bapa boleh membuat sistem ganjaran. Ini bermaksud setiap malam anak anda pergi tidur pada masa dan waktunya di tempat tidur sepanjang malam, mereka akan mendapat bintang. Jadi mereka harus mengumpulkan bintang tersebut dengan banyak.
Mandi sauna sememangnya banyak kelebihannya pada tubuh. Sauna dikatakan dapat membersihkan kulit malah meningkatkan perjalanan darah dan oksidasi sel-sel, tisu dan organ.
Menurut kajian, sauna juga mampu mengurangkan tekanan dengan mengurangkan paras hormon adrenalin dan noradrenalina serta meningkatkan paras endorphin beta.
Malah ada juga yang mengatakan aktiviti mandi sauna ini mempercepatkan proses pemulihan tenaga dan stamina tubuh badan. Memang hebat.
Pun begitu aktiviti yang satu ini sebenarnya kurang sesuai buat lelaki. Jadi kalau ada suami-suami yang mengajak untuk ke sauna, isteri bolehlah berikan fakta di bawah ini.
Lemahkan Fungsi Sperma
Mandi wap sebenarnya boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar). Rawatan sauna memerlukan kepanasan wap antara 60 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius dan menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.
Suhu badan normal bagi setiap individu adalah sekitar 37 darjah Celcius manakala suhu testis pula adalah sekitar 35 dan 36 darjah Celcius”. Sebenarnya suhu panas sauna bukan sahaja mengganggu malah mencacatkan proses penghasilan sel sperma bagi kaum lelaki.
Bukan sahaja sauna, malah suami juga dilarang terlalu kerap mandi air panas atau suam kerana ia turut menjejaskan kesuburan malah mengganggu proses penghasilan sperma. Senang cerita sperma yang dihasilkan tidak berkualiti.
Jadi bagi suami yang baru berkahwin atau bercadang untuk punya anak dalam masa terdekat, elakkan mandi air panas dan melakukan aktiviti sauna ini sama sekali. Ini penting.
Jaga kualiti sperma suami anda. Isteri tolong alert ya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.