Bahagia itu sederhana, tak perlu banyak duit atau pangkat yang tinggi semata-mata untuk bahagia. Yang penting dapat bersama dengan orang yang kita sayangi. Kesenangan duit takkan kekal selamanya tapi kasih sayang kekeluargaan itu yang perlu diutamakan.
Melihatkan kebahagiaan keluarga kecil penyanyi Tomok ini membuatkan ramai yang kagum. Lebih-lebih pasangan ini memiliki anak-anak yang comel dan cerdik.
Tetapi perkongsian terbaru Tomok menerusi sebuah video di laman Instagram miliknya baru-baru ini cukup menyentuh hati.
Video tersebut memaparkan Tomok dan isteri serta anak-anaknya ketika menaiki kereta pertamanya miliknya iaitu Kancil. Dalam masa yang sama, Tomok turut berkongsi kenangan dahulu bersama keluarga dan pasangan.
alhamdulillah kereta dah siap
suka betul anak anak…sejuk katanya..haritu aircond rosak..tapi ending video agak menyeramkan buat ayah..aduh pening
Namun, menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, sebelum ini kereta Kancil tersebut mengalami kerosakkan bahagian penghawa dingin tetapi sudah dibaiki. Malangnya selesai betulkan bahagian tersebut, lain pula yang berlaku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Tomok mendidik anak-anaknya. Selain itu ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri waktu kecil.
Sumber: tomokofficial