Kailan Ikan Masin, Menu Sayur Paling Simple Tapi Boleh Buat Seisi Keluarga Makan Berselera!

Share

Boleh dikatakan kalau berbuka puasa di restoran Thai, menu sayur kailan ikan masin memang menjadi salah satu menu wajib dipesan untuk melengkapkan lagi hidangan. Keenakan dan kerangupan rasa sayur kailan yang dimasak bersama ikan masin, sukar untuk ditandingi dengan menu sayuran yang lain. Senang cakap, bila ada menu kailan ikan masin ni boleh membangkitkan selera.

Jadi untuk anda yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri, di sini dikongsikan resipi oleh Ameera untuk anda cuba.

Kailan ikan masin by ibu. Senang dan sedap yang kita mahukan.

Rasanya macam kedai siam tau. Cara dan bahan bahan disetiap gambar.

Step 1 : Goreng ikan masin dulu ye. Garingkan

Gunakan ikan masin tenggiri

Step 2 : Masukkan bawang besar 1 biji

Step 3 : Bawang putih 3 ulas

Step 4 : Sos tiram 1 sudu makan

Step 5 : Masukkan sayur

Step 6 : Masukkan cili padi

Step 7 : Cili besar merah 1 biji

Siap.

Sumber : Ameera Via MAHN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club