Kahwin Usia 23 Tahun, Duit Dalam Akaun Bank RM20, Wanita Ini Kongsi Cerita Susah Senang Awal Rumahtangga, Raih Hingga 29k Share!

Share

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui suatu akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga.

Malah perkahwinan menemukan pasangan untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.

Alam rumah tangga memang penuh dengan pancaroba apatah lagi pasangan muda yang baru mendirikan mahligai bersama.

Begitu juga dengan perkongsian ini. Kisah suka duka yang dilalui pasangan ini bergelar suami isteri ketika usia masih muda menjadi inspirasi.

Biarpun melalui detik kesukaran hidup selepas berkahwin, namun mereka tabah dan bersabar harungi bersama.

Perkongsian yang mendapat share sehingga 29K ini meraih perhatian warganet.

2014

Lepas kahwin, Amer mintak aku tinggal dengan dia – aku kahwin pada usia 23 tahun 20 hari (Jun, 2014). Agak muda dan sangat mentah dalam ilmu rumah tangga. Dalam akaun bank ada RM20 yang tak boleh dikeluarkan lagi. Limit akaun bank Islam.

Waktu tu ada lagi seminggu nak final exam. Aku kahwin masa study week. Sepatutnya masa final exam, aku boleh je nak stay dengan housemate dan lepas final exam terus balik kampung buat sementara waktu. Tunggu semua reda. Tunggu dia cari duit dulu untuk support semua.

Tapi dia nak kami tinggal bersama. Lepas kahwin harini, lusanya balik Damansara sebab aku dah nak exam dan terus ke rumah sewa angkut barang-barang aku.
Kami duduk sebumbung dengan member-member dia buat sementara waktu. Kami menyewa medium room – bilik lama dia. Mereput aku sorang-sorang dalam tu. Nak keluar ke ruang tamu aku rasa segan. Hampir 3 bulan aku mereput dalam bilik.

Permulaan, kami hanya mampu menyewa bilik berharga RM250 sebulan.

Member-member dia nak keluar rumah sebab nak bagi peluang pada orang yang baru mendirikan rumah tangga. Seronoklah aku sebab sewa lama still RM600 walaupun sewa rumah sepatutnya RM1200-RM1500. Apartment agak luas dan master room ada bilik air lagi.

Kisah sedih bermula bila owner nak jual rumah. Dan dia dah pun jualkan pada orang lain.
Aku cakap biar aku menyewa bilik dengan member kat Bukit Angkasa, lagi pula member tengah cari partner. Dan biar dia stay dengan member-member dia balik. Menyusahkan dia je kena hantar ambil aku dari damansara ke UM.

Tapi siapa yang nak lepaskan bini? Baru kahwin kot. Kalau dulu masa bercinta boleh datang dari Damansara ke Bukit Angkasa, kenapa bila dah kahwin tak boleh buat? Kata dia.

Part cari rumah sewa. Kami terjah masuk 7-Eleven, masuk kawasan flat-flat. Kami tak pernah mintak tolong orang untuk carikan rumah sebab aku tahu takkan ada siapa yang sudi membantu. Selagi ada kudrat dan tayar motor boleh bergerak, kami akan buat sendiri.

Kadang-kala kita tak perlu tunjukkan betapa sengsaranya hidup kita, sebab nanti akan ada orang akan cakap “who the fuck cares about your life?”

Kita juga kena ingat, takde untungnya kalau kita meluahkan masalah kita pada orang ramai, 80% langsung taknak ambil tahu, yang 20% lagi sedang bertepuk tangan sebab mereka memang mengharapkan kita merana.

Alhamdulilah kami dapat rumah flat yang macam sekarang tapi blok lain. Tiba-tiba owner nak rumah dia balik – anak sedara dia nak rumah, datang dari kampung nak kerja. Masalah berlaku bila penyewa lama nak keluar rumah tapi owner tak mahu bagi deposit balik.

So penyewa lama terpaksa cari penyewa baru untuk dapatkan deposit mereka dari kami. Dan mereka bertengkar pasal deposit. End up, kami yang jadi mangsa.

Aku menangis seorang diri dalam bilik air. Aku bukak air paip laju-laju. Sedih sangat. Aku basuh muka aku dan keluar dari bilik air dan aku nampak dia termenung, aku peluk dia dari belakang dan aku cakap, jom kita keluar masuk 7-Eleven (cari rumah sewa), rasa rindu pulak.

Disinilah peranan seorang isteri untuk tenangkan hati suami dan bukannya menyesakkan lagi. Aku taknak salahkan penyewa lama, owner rumah dan sesiapa. Benda dah jadi. Ada sebab kenapa Allah bagi ujian pada kami.
Aku jenis manusia yang selalu cakap “benda kecik je”, “no hal”, “ok je”, “boleh je”, “aku tak kisah”

Aku depan dia je nampak kuat, sebab aku tahu dia akan kuat bila aku kuat. Kalau aku lemah, dia dua kali ganda akan lemah. Kalau aku nak nangis bab kehidupan atau ujian, aku kena nangis sorok-sorok, nanti dia akan rasa bersalah sebab dia dah buat aku tak bahagia dan ikut susah sekali.

Orang kata kalau nak cari bini cari yang kuat agamanya. Tapi ada orang selalu terlupa, carilah pasangan yang tidak mudah melatah, tidak cepat down dan sentiasa kuat.
Aku tak pernah nak menyusahkan mak ayah kat kampung. Tak pernah call cakap aku ada masalah. Dah nak kahwin sangat, pandai-pandailah bawak diri. Jaga diri sendiri dan suami baik-baik.

Tapi mak ayah tahu aku bukan jenis yang cepat putus asa. Kalau aku putus asa, macam mana aku boleh terlepas kahwin masa orang sibuk dengan study week.
Kami masuk 7-Eleven, masuk kawasan flat balik. Member Amer dapat tahu kami cari rumah dan alhamdulilah kami dapat rumah baru.

Dan sehingga sekarang Amer rasa terhutang budi dengan member dia. Boleh dikatakan dia selalu bawa balik pizza domino untuk bagi anak bini member dia makan pizza. Aku rasa sekarang mereka pun dah muak makan pizza. Dah tak nak pandang dah kot. Hehe.
Kami angkut barang-barang guna motor. Kenangan sangat. Pakai beg Ikea. Dalam masa 5 bulan 2 kali pindah rumah. Penat sangat.

First, kami beli kabinet TV. Kami tengok TV beralaskan toto yang orang hadiahkan pada kami di hari perkahwinan. Berguna sangat.

Kemudian kami beli karpet harga RM50 kat jalan tar. Harga sebenar karpet RM200. Kami dapat murah sebab bulu karpet banyak gugur.

Bila punggung terasa sakit , belakang badan rasa kejang urat, kami beli sofa. Takde peti sejuk? Takde masalah. Kami beli bekas polisterin putih untuk tahankan lama ikan dan ayam.

Firstly, kami tentukan tema rumah. Macam aku, aku nakkan rumah like hipster style macam cafe hipster. So, warna-warna mestilah hitam, kelabu dan putih, ada elemen kaca dan kayu pallet.

Aku yakin yang Ikea adalah tempat yang paling tepat untuk menghipsterkan rumah kami. Waktu ni aku teringin nak beli barang Ikea tapi kami tak mampu. So aku decide untuk kerja di Ikea sebab staff akan dapat diskaun 15%.

Pada usia 23 tahun, aku buat kerja part time sebagai cashier Ikea, seorang student full time, seller bisnes online dan buat personal shopper Ikea dalam satu masa. Hinggakan aku hampir nak pengsan sebanyak 5 kali kat kaunter Ikea sebab kepenatan, dehydrated, tekanan darah rendah.

Boleh dikatakan 80% barangan Ikea dan barang hiasan aku beli guna duit sendiri. Aku biarkan dia uruskan apa yang patut seorang suami uruskan. Rumah, kereta, motor, segala bil-bil.

Amer tak bagi aku kerja dan buat online bisnes buat masa sekarang. Mungkin dia tercabar dengan kegigihan dan kekuatan diri yang ada pada diri aku. Yang tak mudah menyerah kalah. Yang terbiasa hidup susah.

Ibarat kalau takde lelaki dalam hidup pun still boleh hidup lagi. Ceh! Tapi aku tak boleh hidup tanpa dia tau. Dia kena tahu yang ni.

Kami nak cat rumah. Masa ni aku blur sikit. Banyak cat lawa-lawa. Tapi alhamdulilah aku terinspirasi bila tengok cat kondominium depan kedai cat. Nak duk kondominium tak mampu, so aku hanya mampu tiru warna cat.

Part ni paling best. Kami pinjam tangga domino kat tempat kerja Amer. Angkut tangga guna motor. Aku galas kat bahu. Pandai aku handle tangga. Kalau tak, boleh pecah cermin kereta orang kat jalan raya. Hiks.

Rumah flat sempit yang dideko yang diupload dalam wall aku semalam adalah rumah yang disewa oleh suami seorang mat despatch, runner dan rider domino piza dan isteri seorang pengganggur a.k.a graduan UM tetapi seorang isteri yang serba boleh dan serba guna. Hiks.

Aku pernah update satu status dengan ayat “pelamin mewah atau rumah, mana pilihan korang?”

Aku tahu pelamin mewah tak semahal rumah, tapi aku sebagai orang yang dah pernah makan asam garam untuk cari tempat berteduh tahulah bagaimana susahnya hidup lepas kahwin. Tak seindah pelamin yang gah.

Aku tak cakap pula kahwin ni tak best. Best. Tapi dalam masa yang sama yang best tu tetap ada dugaan yang ditimpakan agar hidup ini jadi lebih best selepas diuji.

Ada setengah orang lebih suka kalau lepas kahwin, isteri masuk rumah just cuci kaki je. Tapi aku lebih suka susah senang sama-sama macam ni – ada moment untuk dikenang. Dan baru ada rasa – appreciate each other dan bersyukur dengan apa yang ada.

Kalau kau nampak benda-benda yang best pasal rumah tangga (relationship goals misalnya) dalam facebook, jangan sesekali tag atau mention pasangan seolah-olah kita mitak mereka sediakan untuk kita, tunjuklah effort kita yang sanggup susah senang sama-sama.

Bacalah dengan mata hati, di sini banyak aku simpulkan tentang realiti rumah tangga (part cari rumah je) selain rumah besar, kereta mewah dan makanan best-best. Walaupun aku masih muda, tapi pengalaman hidup banyak mengajar aku dan degree is nothing kalau kau malas usaha

Degree – kasta untuk membezakan siapa pandai, siapa bodoh. Tapi rezeki Allah – tak kira kau pandai atau bodoh asal kau rajin dan kuat berusaha – semua boleh rasa. Rezeki Allah itu luas. Seluas-luas rezeki Allah di dunia ini hanyalah 1 nikmat dari Allah saja, 99 nikmat yang lain semuanya ada di syurga nanti. Jadi, janganlah masing-masing dengki dan busuk hati dengan rezeki orang lain.

Rezeki is mean kemewahan, kesihatan, kesempurnaan, kecantikan, kepandaian, kezuriatan, kebahagiaan, ketenangan dan apa jenis ke-an lagi. Kau dengki dengan rezeki bersamaan 1 nikmat dunia padahal kau dah terlepas 99 nikmat kat syurga. (Tiba-tiba berceramah pulak)
Berkahwinlah when you’re ready, not when you’re lonely
Aku, Aten, bini Amer yang sangat sweet -24 TAHUN 8 BULAN.

2018


Hai harini 10 Feb 2018. Alhamdulilah. Umur aku dah 26 tahun 8 bulan. Posting ni sudah berusia 2 tahun. Rasa cepat sangat. Banyak pencapaian yang aku dah dapat dalam masa yang singkat ini. Tak sangka bukan?
Aku pun tak sangka.

2020
Hai harini 11 Ogos 2020. Aku berusia 29 tahun. Aku sudah memiliki 2 orang anak. Aisyah dan Hajar. Aku masih lagi seorang suri rumah tangga yang buat business online dan work from home. Sudah ada company sendiri, Atenn Inspire Works Sdn Bhd. Seminggu hanya 2-3 kali aku masuk office. Aku masih lagi seorang isteri dan ibu yang cekal.

2022
Hi harini 2 Feb 2022. Aku berusia 31 tahun. Anak kami telah bertambah seorang jadi tiga orang, Emir Miqdad. Aku masih lagi seorang suri rumah sepenuh masa, buat business online dan freelance content creator, social media dan poster.

Sumber: Noor Fathin Azlan

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara