Kahwin Kali Kedua Dengan Bekas Suami, Ras Adiba Akui Jodoh Masih Kuat!

Share

Jodoh itu misteri dan setiap antara kita apabila berjodoh dengan seseorang mahukan ianya kekal hingga ke Jannah. Namun jika takdirnya ada juga hubungan suami isteri terkandas di tengah jalan, masing-masing ingin mencari haluan berbeza.

Meskipun begitu andai masih ada jodoh tidak mustahil hubungan yang terputus bertahun-tahun lamanya, bertaut semula. Inilah orang kata, jika jodoh masih kuat.

Hal yang sama terjadi kepada bekas personaliti TV Datuk Ras Adiba Radzi yang kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhamed Azam Ali buat kali kedua. Perkahwinan ini berlangsung di dalam majlis serba ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.

Jodoh Masih Kuat

Ras Adiba berkata tiada lain jodoh mereka masih kuat meskipun pernah bercerai sebelum ini.

Baginya, perkahwinan umpama satu persahabatan dan perlu saling toleransi.

“Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut.

“Tidak ada orang yang sempurna justeru kami sependapat untuk menghormati kekurangan dan saling bertoleransi.

“Perkahwinan seperti persahabatan, mesti beri ruang untuk satu sama lain menjadi diri masing-masing,” katanya.

Rahsiakan Penceraian 

Menurutnya lagi, dia perlu menghargai setiap saat yang dilalui sekarang ini dan harus bijak sesuaikan diri dengan pasangan dalam sesebuah perkahwinan.

“Kita tidak boleh mengubah sifat seseorang, kita sesuaikan diri dengan pasangan, sambil pastikan kita tidak hilang keunikan diri kita sendiri,” katanya.

Pasangan itu sudah berkenalan sejak 1986 sewaktu Ras Adiba masih bertugas di stesen TV3. Mereka kemudian berkahwin pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Ras Adiba memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka sebelum ini kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Dia juga pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Sumber : MyMetro & IG @rasadibaradzi

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Sumber : Mymetro & IG @rasadibaradzi