Semangat kejiranan merupakan aspek penting dalam kehidupan supaya dapat menjalin hubungan yang akrab sesama jiran. Malah ia banyak memberi manfaat kepada kita.

Biarpun kita tinggal di bandar, semangat kejiranan perlu ada supaya saling mengenali antara satu sama lain. Malah bertuah jika mempunyai jiran yang baik, pembersih, rajin dan saling membantu.

Begitulah yang dilalui oleh lelaki ini, saudara Khairul Abdullah atau lebih dikenali sebagai superdaddy. Menerusi perkongsiannya, beliau menyifatkan jirannya yang dilihat sebagai seorang yang rajin dan pembersih.

Kagum dengan sikap jirannya yang berbangsa Cina yang dikenali sebagai Mr Lee, Khairul turut inspirasi untuk mengemas rumah walaupun vakum di laman rumah.

Ikuti perkongsian menarik ini.

IKLAN

Kagum Jiran Pembersih Dan Rajin Hingga Vakum Depan Rumah, Lelaki Ini Ikut Kemas Rumah. Inspirasi!

Aduhh, jiran aku ni awal-awal pagi tadi dah buat hal.Tak boleh jadi ni, terus aku bawak keluar vakum juga. Mana taknya, nanti dia vakum depan rumah aku wehh. Takkanlah tiap Sabtu aku nak biar dia vakum depan rumah aku.

Jatuhlah air muka aku. Kali ini biar aku sendiri yang vakum. Hahaha, padan muka dia.
Dia takde chance, lalu dia vakum sampai ke seberang jalan sana. Yer rumah yang depan jalan tu pun dia pergi kutip dulu semua daun kering yang luruh pakai tangan okeh dan masukkan dalam plastik. Lepas tu dia vakum.
Rumah depan tu kosong tau, siapa nak sewa mai lekaih. Untung oihh ada jiran macam Mr. Lee ni.

IKLAN

Kagum Jiran Pembersih Dan Rajin Hingga Vakum Depan Rumah, Lelaki Ini Ikut Kemas Rumah. Inspirasi!

Dia tegur aku sebab nampak aku rajin kemain hari ni.“Wahhh, manyak rajin aah ini hari?”
“Kena rajin oihh, kalau tak nanti you vakum sampai dalam saya punya rumah pulak.”
“Hahaha. Ehhh, itu rumput kecik-kecik kasi cabut ahh. Nanti itu akar besar pecah you punya simen semua. Saya boleh tolong tu.” 
Kah kah kah, rumput kecik yang tumbuh celah-celah simen tu pun dia nak cabutkan weh.
Malu lah Superdaddy kalau gini.

IKLAN

Kagum Jiran Pembersih Dan Rajin Hingga Vakum Depan Rumah, Lelaki Ini Ikut Kemas Rumah. Inspirasi!

Dengan kekuatan luarbiasa yang aku ada pagi ni, habis semua rumput kecik celah simen tu aku cabut semua.Padan muka dia sekali lagi. Untung ada jiran yang bersih gini. Kita pun termotivasi untuk rajin membersih sedetail-detailnya. Thanks Lee for keep inspiring me. Siapa nak jadi jiran kami, datanglah. Yang nak jadi teman serumah,Boleh apply.

Sumber: Khairul Abdullah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI