
Biasanya daun sup atau sayuran hijau lain mudah busuk dan tidak bertahan lama. Tapi ada cara andai anda mahu sayuran ini tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh pembaca dalam Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Langkahnya adalah seperti berikut;
1. Basuh bersih daun sup.
2. Racik daun sup lalu masukkan dalam bekas kiub ais.
3. Kemudian, tuang air hingga menenggelami daun sup.
4. Bekukan dalam peti sejuk menjadi kiub ais.
5. Apabila mahu digunakan untuk masakan sup ambil 2-3 kiub ais daun sup lalu masukkan ke dalam kuah sup yang sedang menggelegak.
Mudah kan, selamat mencuba.
Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ni
Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung Bikin Ketagih. Buat Banyak Simpan Dalam Peti, Nak Minum Panaskan Je. Sedap!

Penggemar kopi memang tak boleh nak ‘lari’ dari kebiasaan minum minuman ini. lebih-lebih lagi awal pagi kan, aromanya menusuk ke hidung membuatkan hati rasa tak sabar nak menikmatinya.
Bukan sahaja buat kita jadi segar bertenaga awal hari, bahkan mood pun bertambah baik kan.
Jenis kopi latte antara yang digemari ramai. Kalau asyik membeli je tak syok juga kan. Belajar buat sendiri nak tak. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Madihah Hamid.
Mengopi jom 🤩🤩Kopi latte ala kampung ketagih.. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya..hihi
Resepi kopi ketagih :
1- Serbuk kopi (apa2 jenama kopi kampung)
2- Susu kotak @ susu segar apa2 jenama
(Pling sedap meadow, farm fresh, ducthlady)
3- gula melaka
4- air
Cara – caranya:
Masakan kopi.Tunggu sehingga berbuih (gelegak).
Biarkan dlm seminit ( dlm keadaan gelegak)
Tutup api, tuang dlm jug sambil tapis serbuk kopi, masukkan gula.
Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk.
Saya guna jug ini anggaran 1 liter
Campurkan air kopi (perlu ditapis serbuk kopi) dan susu..sedia untuk di minum.
Tuang kan secawan untuk di minum. Selebihnya simpan dalam peti. Lagi lama dalam peti lagi sedap.. saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Selamat mencuba 🥰🥰
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ros Jepun Bila Jadi Begini, Petanda Kena Tanam Semula Untuk Kekal Subur!

Ramai juga antara kita suka menanam pokok bunga ros jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora.
Alang-alang sudah suka tu, apa kata ketahui lanjut lagi tentang info penanaman dan penjagaan pokok ros jepun untuk pastikan pokok bunga ini kekal subur dan berbunga sentiasa malah tidaklah pula mati setelah merimbun di dalam pasu.
Nak tahu caranya, jom baca perkongsian ini.
TIPS ROS JEPUN
Bila pokok korang jadi macam tu, korang memang kene tanam balik atau keratkan pokok.
Kali ni dikna kongsi cara tanam semula…
1. Tanah asal tu gembur2 balik..balik2kan tanah … kalau tanah tu keras siram sikit air
ok dah siap gembur.
2. Pokok korang yg nak kene buang tu, kerat dulu siap2 … boleh tanam balik ..bukan pi buang semua kerat dlm 2 ruas kat jari tu ok …
3. Pastu cucuk ja kat tanah … letak sepah2 dalam 1 pasu tu … letak ja banyak2 biar nanti subur cantik.
ok gambar tu hasil lepas 2 minggu
SEMOGA ILMU NI BERMANFAAT
Sumber : Nur Farahana Mohd Johan II
Jangan Biasakan Isteri Terlalu Berdikari, Tak Belai Hatinya Dengan Kasih Sayang. Awas, Jangan Jadi Suami ‘Papa Kedana’!

Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada sikap memberi dan menerima dari kedua belah pihak baik suami mahupun isteri tidak boleh hanya sekadar menerima namun tidak mahu memberi. Itu menyebabkan rumah tangga menjadi pincang sekali gus mengundang konflik.
Usah terlalu membiarkan isteri melakukan semuanya sendirian, mungkin ada antara wanita yang suka berdikari namun kena ambil tahu juga. Elakkan ego yang tinggi melangit, andai berlaku perbalahan usah dibiarkan berpanjangan.
Isteri merajuk minta dipujuk namun suami hanya endah tak endah sahaja patut membaca perkongsian dari wanita bernama Marliya Ramli. Hadam apa yang ingin disampaikan.
SUAMI YANG PAPA KEDANA.
1 – Memanglah… Kita rasa remehnya bila isteri merajuk. Rimasnya dah lama kawen masih mengada-ngada.
2 – Malas eh nak pujuk-pujuk cam zaman bercinta dulu. Tak de masa. Lagipun isteri kita sekarang garangnya bukan kepalang. #apeni
3 – Isteri marah namun sebenarnya isteri cuba bagitau. Kenapa kita tak seperti dulu? Mana hilang kelembutan kata-kata dan pujukan? Namun kita ego… Kita cuba menjustifikasikan kebodohan kita.
4 – Dah lama kawen. Anak pun dah berderet empat lima. Tak payah la nak pujuk-pujuk. Lantak pi lah isteri pujuk diri sendiri.
5 – Kita rasa ini isu kecik bukan? Alah.. Dah jadi isteri bukannya perlu dihargai hatinya lagi. Tanpa kita sedar perlahan-lahan cinta isteri bertukar menjadi benci.
6 – Isteri tarik muka kita buat tak cakna. Hingga bermula dari bebelan biasa suara isteri mula meninggi. Amukan isteri mula berbisa di hati kita.
6 – Biadapnya isteri bukan? Tanpa kita sedar puncanya apa? Apa salah kita? Tak nak sejenak kita gunakan akal sembilan untuk membuat penilaian?
7 – Kita bukan suami yang kaya raya. Bukan tahap raja yang mampu petik bintang atau permata untuk dihadiah pada si dia. Nak hadiahkan dinar emas atau goldbar berketulenan 999 sebulan sekalipun kita tak mampu. Tak apa…
8 – Isteri tak mahu pun. Jika isteri mahukan kekayaan, sejak awal dia tidak mengahwini kita. Isteri cuma harapkan perhatian. Tak kaya tak apa tapi jangan papa kedana dengan kasih sayang.
9 – Jangan kedekut dengan pujukan. Ini bukan pertandingan yang perlu kita menegakkan bahas itu ini. Ini perkahwinan yang memerlukan pengertian. Jika kita tidak mampu berikan harta, berilah cinta.
10 – Awas suami! Jangan biasakan isteri terlalu berdikari. Jangan biasakan isteri hatinya tidak dibelai dengan kasih sayang. Jangan! Jangan membuat kesilapan ini jika tidak mahu rumahtangga kecundang.
11 – Kerna suatu hari nanti, pada saat hatinya telah hilang cinta, yang bersisa hanyalah benci. Waktu itu ruangan untuk suami semakin sempit. Waktu itu terimalah hakikat bahawa perpisahan adalah ehsan yang terbaik berbanding terus mendera emosi isteri.
12 – Ya… Isteri kita nampak lembut, lemah dan tidak kuat hatinya. Tapi percayalah bila berkali-kali diuji, bimbang nanti tiada ruang untuk diperbaiki lagi. Akan tiba masa dia lebih bahagia tanpa kehadiran kita.
13 – Tak ada rupa dan tidak berharta tak apa. Tapi jangan miskin dengan ucapan baik dan pujukan yang menyejukkan hati. Jangan asalkan buka mulut pemilihan perkataan kita mencalarkan jiwa.
14 – Hanya kata-kata yang baik, kelembutan dan pujukan. Percuma bukan? Jika itupun tidak mampu diberi, layaklah kita dianggap SUAMI YANG PAPA KEDANA. Menyedihkan, malang dan hinanya kita.
Salam sayang