
Biasanya daun sup atau sayuran hijau lain mudah busuk dan layu. Tapi ada cara andai ibu-ibu mahu pastikan ia dapat tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh pembaca dalam Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Langkahnya adalah seperti berikut;
1. Basuh bersih daun sup.
2. Racik daun sup lalu masukkan dalam bekas kiub ais.
3. Kemudian, tuang air hingga menenggelami daun sup.
4. Bekukan dalam peti sejuk menjadi kiub ais.
5. Apabila mahu digunakan untuk masakan sup ambil 2-3 kiub ais daun sup lalu masukkan ke dalam kuah sup yang sedang menggelegak.
Mudah kan, selamat mencuba.
Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ni
“Dia Tidak Ingat Saya, 4 Anak Kami.” Isteri Hilang Ingatan, Bertukar Agresif Lepas Kemalangan, Lelaki Ni Mohon Doa Orang Ramai!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sekelipi mata kehidupan mereka sekeluarga berubah. Isteri tercinta yang sama-sama melayari alam rumah tangga kini ibarat ‘orang asing’.
Tragedi kemalangan yang menimpa mereka baru-baru ini menyebabkan isterinya hilang ingatan.
Menurut Imam Baydowi Sumardi, 32, isterinya berubah sejak kemalangan itu kerana berlaku pendarahan dalam kepala yang menyebabkan tempurung kepala terpaksa dibuka.
“Mohon semua doakan isteri saya supaya sihat semula. Kami berdua terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membeli barangan dapur dan makanan dengan menaiki motosikal di Jalan Impian Emas, Johor Bahru.
“Rantai motosikal saya putus dan terbelit pada tayar yang menyebabkan isteri tercampak, manakala saya terseret beberapa meter.
Selepas dirawat di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama tiga hari, isteri dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu,” demikian luahan Imam Baydowi suami kepada Nur Hana Ismail, 27, yang hiIang ingatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 8 Ogos lalu.
Imam Baydowi yang bekerja sebagai penghantar barang berkata, sejak kemalangan itu, dia tidak bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri.
“Empat anak dan anak saudara yang berusia 6 tahun, ibu mentua berusia 61 yang tinggal bersama, ada tolong menjaga. Manakala adik ipar saya seorang yang bekerja buat masa ini.
“Keadaan isteri memang berubah 100 peratus, tidak sama seperti dahulu. Dia tidak ingat saya, anak kami yang berusia antara setahun hingga 7 tahun dan ibunya sendiri. Malah isteri juga bersifat agresif sehingga ada kala terpaksa mengikat tangannya kerana cuba beberapa kali mencabut tiub di leher dan hidung,” katanya lagi.
Menurut Imam Baydowi, keadaan isterinya hari ini, menunjukkan peningkatan apabila memanggilnya dengan panggilan ‘abah’.
“Malah, Nur Hana juga menunjukkan respon untuk duduk. Alhamdulillah hari ini ada respon yang bagus daripada isteri. Tetapi dia semakin agresif dengan cuma menggigit diri sendiri dan juga saya.
“Memang tidak sama perwatakan isteri yang dahulunya periang, ceria dan lemah lembut. Sejak kejadian yang menimpa keluarga saya ini menjadi tular, Alhamdulillah bantuan yang diterima sangat membantu keluarga. Segala barang keperluan makanan serta keperluan mencukupi.
“Keluarga saya juga dapat kunjungan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan jiran yang turut menyumbang katil hospital serta kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan keselesaan isteri saya,” katanya.
Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Chong Fat Full ada melawat bersama NGO serta memberi sumbangan kepada mereka sekeluarga, semalam.
“Alhamdulillah sumbangan mencukupi. Saya harapkan rakyat Malaysia mengirimkan doa supaya isteri saya sembuh sepenuhnya,” katanya.
Sumber: Imam Baydowi & Harian Metro
Bukan Hanya Suburkan Tanaman, Rupanya Air Cucian Beras Juga Bertindak Untuk Cantikkan Wajah!

Kuasa semulajadi memang banyak manfaatnya dalam kegunaan harian kita. Air cucian beras misalnya, jangan anggap ia hanya baik untuk tanaman sahaja.
Apa yang anda perlu tahu, air cucian beras ini cukup baik untuk merawat wajah dan menjadikannya kulit lebih cantik.
Beras yang mengandungi enzim semulajadi baik untuk merawat kulit malah bertindak memberi pelbagai kelebihan lain untuk kulit. Apa kelebihan lain yang mampu dilakukan oleh air cucian beras ini buat kulit kita? Kena baca ni.
Mencerah & Tanggalkan Bintik Hitam
Air cucian beras ini cukup baik untuk mencerahkan kulit. Malah bintik-bintik hitam jeragat juga akan dapat dikurangkan daripada biasa. Bukan itu sahaja malah nutrisi penting dan protein yang terdapat dalam air beras juga dapat meningkatkan produksi kolagen pada kulit. Cantik!
Pembersih Semulajadi
Ya air cucian beras memang pembersih semulajadi. Selepas membasuh beras buat kali ketiga, ambil airnya dan basuhlah kulit wajah. Tepuk-tepuk pada wajah dan biarkan kering. Jangan dilap dengan kain sebaliknya biarkan ia kering dengan sendirinya. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit lebih segar.
Hilangkan Jerawat
Bagi anda yang mengalami masalah jerawat dan sudah tidak tahu apa ubat yang patut dicuba, anda bolehlah mencuba lakukan pencucian dengan air cucian beras ini. Gunakan air basuhan beras kali ketiga ke wajah dan biarkan ia mengering dengan sendirinya. Muka akan teras sedikit pedih dan lama kelamaan akan pulih dan mengecutkan jerawat. Kena cuba!
Kawal Minyak
Bukan hanya baik untuk jerawat, air basuhan beras ini juga baik untuk mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah. Mulakan dengan mencuci muka dengan pencuci biasa kemudian barulah dibilas dengan air cucian beras ini. Biarkan hingga ia mengering dengan sendirinya. Buat setiap hari!
Cerahkan Kulit
Bahan pemutih semulajadi yang terkandung di dalam beras mampu bertindak memutihkan kulit dengan pantas. Untuk memutihkan kulit wajah dengan cepat, lakukan basuhan ini sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.
Bukan hanya lebih cerah, kulit juga akan lebih lembut dan halus. Basuhan beras kali ketiga diasingkan dan dibiarkan semalaman. Keesokkan harinya, ambil mendapan putih dan gosokkan pada kulit muka. Biarkan kering dan basuh bilas bersih.
Ubati Kulit Radang
Kalau muka terasa gatal, radang dan kemerahan ada baiknya anda cuci dengan air beras. Sewaktu mencuci, kulit akan terasa pedih namun ia merawat dan memulihkan dengan pantas. Masalah kulit terbakar atau sunburn, cucian beras juga mampu buat kulit lebih segar dan mengurangkan kepedihannya. Kulit akan kembali segar dan cerah dengan pantas!
Tip Didik Anak Ada ‘Common Sense’ Di Rumah Dengan Cara Mak ‘Malas’. Wanita Ini Kongsikan Kaedahnya.

Anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya. Andai betul cara kita, maka betullah perjalanan hidup anak-anak. Kerana itu, dalam mendidik anak-anak perlu mengikut cara yang betul.
Tidak salah jika mahu memanjakan anak, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai memijak kepala kita suatu hari nanti. Belajar berdikari dari awal itu penting supaya anak-anak tidak hanya bergantung pada ibu bapa sahaja dalam segala aspek.
Wanita bernama Nurul Ilyani berkongsi tip dalam mendidik anak-anak. Semoga ilmu yang diberikan ini bermanfaat untuk kita semua. Usah biarkan anak menjadi raja dan ibu menjadi hamba kepadanya. Didik dan tanamkan rasa tanggung jawab di hati mereka insyaAllah kelak pasti akan menjadi anak yang berguna.
5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’.
Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja?.
Justeru wahai ibu-ibu:
#1 Sebelum tidur, mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
#2 Anak makan. Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
#3 Anak main
Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.
#4 Anak mandi. Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
#5 Spring cleaning rumah. Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
Pesan mak ‘malas’,
Ummu Ilham