Setiap orang ujiannya berbeza-beza. Ada yang diuji dengan anak, ada pula ujiannya melalui harta benda . Yang pasti setiap ujian yang kita lalui itu adalah penanda aras sejauh mana kita reda dan sabar menerima segalanya.

Allah uji tanda Dia sayangkan kita dan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Usah kita melihat dari sudut yang negatif. Seperti mana yang kita semua lalui kini dek penularan Wabak Covid-19.

Disebalik segala kesulitan, ada manisnya kerana waktu inilah kita dapat habiskan masa bersama keluarga, merehatkan tubuh dan minda dari diasak dek tuntuan kerja sehari-hari dan sebagainya. Jadi, pandang ujian itu dari pelbagai sudut, dan jangan hanya nampak yang negatif sahaja.

Kadang Tuhan Nak Bagi Kita Rehat Daripada Buat Benda Lain & Tumpu Pada Dia.  Deep Perkongsian Ni!

 

 

 

Perkongsian yang cukup bermanfaat dari saudara Firdaus Mokhtar  ini juga baik untuk kita manfaatkan bersama.


Atas nasihat doktor aku pergilah buat x-ray. Sakit dekat tulang rusuk belah kanan yang dah seminggu lebih. Syukur urusan daripada tunggu giliran sampai dipanggil masuk ke bilik x-ray tu kejap sahaja. Tak sampai 20 minit.

Nak tunggu laporan x-ray tadi jururawat minta tunggu sekejap dekat ruang menunggu. Dah tahu mesti kena tunggu, aku dah siap bekalkan tangan aku dengan sebuah buku. Buku Cerita Bilik Guru, tulisan 4 orang cikgu yang femes dekat fesbuk.

Tengah aku selak muka surat demi muka surat, datang seorang lelaki berkerusi roda. Ada perempuan tolak dia. Aku jangkakan itu isteri dia. Mereka bersembang tak sampai 2 minit, bersalaman lepas tu perempuan tadi pergi. Tinggal dia seorang.

Ads

“Mesti warded sini ni,” aku bercakap dalam hati. Nampak gelang putih plastik dekat tangan kiri dia tanda dia pesakit dekat KPJ Damansara ni. Aku tengok ke kaki dia ada kesan lebam dekat semua jari kaki. Biru kehijauan. Kiri kanan sama sahaja.

Aku pandang dia, kebetulan dia pandang aku juga. Kami bertukar senyuman.

“Eksiden ke bang?” Spontan aku tanya. “Tak. Saya jatuh tangga,” balas abang tadi. Dia kenalkan diri dia, abang Zul.

Dia ceritalah macam mana jadi sampai kaki dia jadi macam tu.

“Allah. Allah. Allah..” itu je mampu aku balas. Ngeri woih. Kecil kelopak mata aku dengar cerita abang Zul. Kejap kejap aku tutup mata, pejam sekejap. Nak menghilangkan bayangan cerita dia.

Hari tu dia balik rumah. Lepas parkir kereta naik tangga apartmen dia tinggal dekat Mutiara Damansara. Masa tu hujan. Kawasan tangga itu basah sikit sebab banyak tempias air.

Kadang Tuhan Nak Bagi Kita Rehat Daripada Buat Benda Lain & Tumpu Pada Dia.  Deep Perkongsian Ni!
Gambar hiasan

Entah macam mana dekar hujung tangga dia tergelincir. Jatuh berduduk daripada anak tangga yang paling atas. Terus terhentak menggelongsor atas satu anak tangga ke anak tangga bawah. Satu satu anak tangga tu dia terhentak dalam keadaan terduduk.

Ads

Tak boleh berhenti sebab tangga basah. Dan tak sempat nak capai apa-apa dia kata. Punya licin dia menggelongsor sambil terhentak tu sampai anak tangga paling bawah. Agaknya sebab laju dia sampai bawah tu kaki dia tahan dinding depan tangga. Masa ni setakat rasa sakit belakang pinggang. Iyalah satu tingkat juga dia jatuh.

Dia kata dia bangun lah. Bangun macam biasa. Elok dia bangun dia terjatuh lagi sekali, terhentak menggelongsor lagi macam tadi. Kali ini ke tangga setingkat bawah lagi.

Allahu akbar. Rupanya masa dia tahan ke dinding tadi tu, tulang tumit dia patah dah kiri kanan. Dia tak rasa lagi, terus berdiri. Kaki tu dah tak boleh berdiri. Itu yang terus longlai kaki dia jatuh ke bawah setingkat lagi.

“Dekat bawah tu tak larat langsung dah. Masa tu rasa sakit tak tahu macam mana. Nasib ada cleaner dengan pekerja apartment tu. Saya minta tolong panggilkan ambulans,” nampak tenang dia bercerita.

“Benda tak sangka kan bang?” Aku sambut cerita dia tadi.

“Itulah. Dah seminggu saya dekat sini. Seminggu ni juga tak merasa nikmat berjalan,” dia senyum. Pandang tepat ke mata aku. Abang Zul sambung, ”Kadang Tuhan nak bagi kita rehat daripada buat benda lain dan tumpu ke Dia. Kenalah banyak ibadah lepas ni.”

Ads

O Tuhan. Tepat ke rusuk aku yang sakit tu rasanya. Menikam sekejap sekejap. Sikit pun tak ada riak wajah kecewa atau sedih kaki dah tak dapat berjalan. Senyum dan tenang sahaja.

Kadang Tuhan Nak Bagi Kita Rehat Daripada Buat Benda Lain & Tumpu Pada Dia.  Deep Perkongsian Ni!
Gambar hiasan

Begitulah kawan-kawan, kalau kita kenal sesuatu ujian itu sebuah kebaikan yang Tuhan tentukan untuk kita, kita tak akan senang-senang nak geram geram, lebih lagi lah nak marah marah ye dak.

Kita memang bakal diuji. Jenis atau bentuk ujiannya sahaja yang berbeza. Semuanya sesuai dengan kita.

“Encik Muhamad Firdaus!” suara akak kaunter panggil nama aku. Aku minta izin untuk uruskan bayaran dan ambil laporan x-ray sekejap.

Sebelum balik sempat aku tanya dia kerja mana. Rupanya dia pemilik satu kedai makan dekat The Strand Kota Damansara. Mujur dia kerja sendiri, tak adalah terganggu urusan kerja dia sangat sebab ada ramai pekerja. Kalau tidak payah juga, nak elok kaki tu makan bulan rasanya.

Nak gerak balik aku hulur tangan ke dia, nak bersalaman. “Sedap nama Firdaus. Nama syurga. Moga dapat syurga lah nanti,” itu kata-kata akhir dia ke aku.

Amin, amin, amin.

Firdaus Mokhtar,
Hargailah setiap langkah kaki kita. Selagi boleh berjalan, syukurlah.

Sumber: The Solusi

Penulis asal: Firdaus Mokhtar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI