“Kadang Saya Terpaksa Tebalkan Muka…”-Hidup Dalam Kesempitan, Mohon Diberi Bantuan!

Share

Pernahkah anda lalui situasi tersepit dalam kehidupan kerana kekurangan wang? Kisah kali ini mengenai sebuah keluarga yang dilanda kesusahan yang tidak dapat dielak kecuali dengan bantuan orang ramai. Kisah sebuah keluarga yang mengalami ziro wang.

Keluarga Nurie

Tersebutlah kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Nurie Azzarina Noor Abdullah.

Nurie seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang anak. Bekalan makanan dan kewangan kini terputus habis.

“Dulu suami memang bekerja dan suami start tidak dapat kerja dari tahun 2020 sebab dia kerap masuk hospital. Dulu dia bekerja sendiri macam ambik order dari bank untuk tarik kereta orang yang tidak bayar. Gaji suami masa tu dalam RM800” kata Nurie

Suami Nurie tidak mampu bekerja sekarang oleh sebab penyakit yang dialaminya dan kekerapan mendapat rawatan di hospital.

Keadaan suaminya tidak bertambah baik malah semakin teruk disebabkan ususnya yang bocor bercampuran dengan najis dan air kencingnya sendiri.

Suaminya hanya bergantung kepada ubat untuk teruskan kehidupan dan adakalanya suami tidak dapat mengambil ubat kerana tiada wang.

Anak-anak Nurie pula yang berumur 13 tahun dan 14 tahun terpaksa ponteng sekolah berulang kali kerana kehabisan wang.

Bukan setakat duit belanja sekolah yang tidak mampu diberi, duit minyak untuk menghantar mereka ke sekolah pun tidak mencukupi.

Dimanakah saudara-mara keluarga Nurie?

Pada asalnya, keluarga Nurie dapat hidup dengan menggunakan pencen bapa mertua tetapi sudah habis sekarang.

Keluarga mertua tinggal di bawah bumbung yang sama bersama keluarga Nurie.

Bil api dan air keluarga Nurie dibayar oleh adik iparnya.

Jika anda tertanya-tanya kenapa saudara-mara keluarga Nurie tidak memberi bantuan yang lebih, bukan kerana sikap kedekut, tetapi saudara-maranya juga merupakan golongan yang susah.

Jadi keluarga Nurie pun tidak boleh meminta lebih kerana saudara-maranya perlu mengutamakan keluarga mereka sendiri.

“Kadang saya terpaksa tebalkan muka untuk berhutang demi membeli beras, makanan basah buat masak” kata Nurie

Bagaimanakah kami boleh bantu keluarga Nurie?

Kita sebagai rakyat boleh membantu keluarga Nurie dengan sumbangan.

Kalau anda tidak mampu beri sumbangan dalam bentuk wang, anda boleh menjalankan tanggungjawab anda sebagai netizen yang prihatin dengan mengongsikan kisah keluarga Nurie di platform media sosial anda.

“Saya mencuba nasib mohon bantuan dekat Marhaen saja dan andai bukan rezeki saya pun saya faham sebab situasi saya masih boleh ditanggung oleh pihak mertua biar pun hanya ala-ala kadar sahaja. Semoga ada Hamba Allah yang sudi merenungkan nasib saya dan keluarga dan saya doakan agar penderma-penderma sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah” kata Nurie

Untuk membuat sumbangan wang kepada keluarga Nurie, sila layari laman web ini: https://marhaen.my/campaign/512?ref=nurie1

Terima Kasih.

Sumber: Yati (@hyyatii) di Twitter

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!