Bergelar ibu dan dalam masa yang sama memiliki kerjaya bukanlah semudah yang disangkakan. Apatah lagi, masa untuk kedua-duanya penting. Mana yang nak didahulukan dan mana pula yang nak diutamakan. Tapi andai ibu itu bijak membahagikan masa, tidak timbul masalah.
Demikian juga dengan selebriti yang satu ini. Disebalik kesibukan dengan urusan bisnes, akui Mawar Rashid, terselit rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan anaknya yang masih kecil di rumah. Apabila berjauhan dengan anaknya,hati seorang ibu mula dibaluti rasa rindu dan hampir-hampir mahu give up.
KADANG2 RASA NAK GIVE UP EVERYTHING SEBAB RINDU ANAK @radenrafaelraf . CAREER sbgai CELEBRITY & USAHAWAN bukan mudah.. perlukan bnyak masa untuk settle VIDEO SHOOT, LIVE DLL (thank you to my manager @beydatorashid bnyk memudahkan kerja i) , perlukan banyak masa untuk meeting business @mawarosehq , kene perah otak untuk @mawarosehq lagi..
UNTUK my family mawarose squad lagi.. masa ngan suami ok lagi, sbb suami sentiasa setia menemani.. tapi.. rafael ni.. rinduuu.. kdg2 pagi sampai mlm x dpt jumpe 🥺 ni nak masuk anak ke-2 dah @mawarafjunior .. kadang2 terlampau busy sampai rasa nak give up🥺
Perkongsian yang disertakan dengan sebuah rakaman video bersama Rafael itu dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini. Malah, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid akui tidak boleh berhenti separuh jalan demi mencapai cita-citanya untuk membayar zakat sebanyak RM1 juta dan juga membina sebuah masjid.
TAPI…
I CANNOT GIVE UP!!!
Mawar x boleh STOP! Mawar WAJIB TERUSKAN demi BIG Y MAWAR. DEMI FAMILY MAWAR. DEMI MAWAROSE SQUAD. DEMI CUSTOMER TERSAYANG MAWAR. DEMI NAK BAYAR ZAKAT SATU JUTA! DEMI NAK BINA MASJID BERSAMA2 kalian semua!
Akui Mawar lagi, ibu bapa mana yang tak rindukan anak-anak namun demi kehidupan keluarga yang lebih baik maka pengorbanan ini harus dilakukan.
KaMawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa korban rasa ‘RINDU’ kat anak2 ni demi mencari rezeki dan demi membantu org diluar sana, sama macam Mawar.. tapi YAKINLAH..
PENGORBANAN YANG PALING MENYAKITKAN NILAH YANG AKAN MENDATANGKAN HASIL & BEKALAN UNTUK KE AKHIRAT NANTI.. i’m with you.. be HAPPY, KEEP ON GOING, YOU ARE A GREAT MOM, A GREAT DAD, your kids are PROUD OF YOU! THEY LEARN A LOT FROM YOU! PROVE TO THEM! YOU ARE AMAZING!
.
LOVE YOURSELF 🤍