Buat penggemar kacang kuda yang direbus biasanya kalau pergi ke pasar malam, mesti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli sebungkus dua. Rasanya yang empuk membuatkan hingga leka untuk menjamahnya.
Pun begitu, tidak dinafikan jika dibeli jumlahnya tidaklah banyak hingga menyebabkan kita rasa tidak puas menjamahnya. Jadi lebih baik dibuat sendiri. Modal tak sampai beberapa ringgit, bukan sahaja kita sendiri boleh makan malah dapat dinikmati bersama seisi keluarga.
Resipi Kacang Kuda
Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan) – BELI DI SINI
Bawang merah (hiris-hiris je)-BELI DI SINI
Bawang putih (hiris-hiris je)-BELI DI SINI
Cili kering (potong 2 atau 3)-BELI DI SINI
Daun kari (ikut suka nak bape pelepah)
Bancuhan serbuk kari 1 sudu (kalau banyak, pahit)
Air
Garam
Cara-cara:
Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kering, daun kari. Kacau-kacau, masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang.
Bagi menggelegak, masukkan garam. Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.
P/s: Lebih sedap kalau dah masuk peti ais then baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup resap.
Oh ye, ada jugak yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Saya buat sesimple mungkin je. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap.
Sumber : Atiqah Zaki
Manakala meninjau perkongsian daripada Ani Zam rupa-rupanya ada tip yang boleh dipraktikkan untuk pastikan kacang kuda yang direbus cepat empuk.
Bahkan bukan itu sahaja, dikatakan dengan menggunakan teknik yang dikongsikan olehnya hasilnya rebusan kacang kuda lebih empuk dan cantik kejadiannya.
“Ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat di masak , empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan ogos haritu 😀😀😀” Tulisnya di ruangan kapsyen.
Caranya:
Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman , kemudian paginya cuci bersih , toskan …lalu masukkan ke dalam rice cooker ..tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.
Bila kacang telah empuk Offkan suis periuk , angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan… Sedia untuk di nikmati.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club