
Buat kudapan makan sambil menonton atau berborak, tak sedar boleh habis sebalang ni. rasanya yang spicy di tambah dengan kerangupan pasti buat anak-anak tertarik. Nah cuba resipi Kacang goreng crispy spicy dari puan Zita Samat
Sedap giler. Nah ada yg tnye resepi tadi. 3 bahan je.. Semudah ABC. 15 minit je siap bleh telan trus 🤣🤣
3 bahan utama :
-Kacang tanah ( basuh dan keringkan dlu )
-telur sebiji
-tepung bestari pedas
Cara membuat:
- Gaulkan kacang dengan telur hingga rata
- Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata
- Panaskan minyak
- Goreng dalam minyak panas , api sederhana
- Rajin2 kacau supya masak sekata dan xhangus.
- Angkat dan toskan minyak
Wajib biarkan sejuk dlu, dan tos minyak supaya rangup
- Dah sejuk bru makan dan simpan dalam bekas kedap udara
Taraaaaaaa….. Untuk yg diet jangan buat ! Siyesss ni 🤣🤣🤣
Edit tambahan : boleh tambah sdikit gula kalau nk rs manis2.. Sy mmg xletak sbb nk mkn masin2 pedas… Tepung ni da masin ye jgn tmbah garam dah..
Setahun Lebih Tunggu Buat Majlis, Akhirnya Merisik Secara Maya. Ramai Puji Erma & Keluarga Tetap Jaga Adat!

Adat merisik ini telah lama dipraktikkan di dalam masyarakat Melayu dengan tujuan asalnya untuk wakil pihak lelaki mengenali anak gadis keluarga pihak perempuan dan seterusnya mencapai kata sepakat untuk kedua-dua belah pihak bagi menyatukan anak teruna dan anak gadis mereka.
Apa yang pasti melalui majlis merisik ini sendiri sebenarnya akan menjadi satu permulaan pengalaman yang manis dan indah sama ada buat ibu ayah mahupun anak-anak yang bakal diraikan sebagai raja sehari kelak.
Baru-baru ini, pelakon, penerbit dan usahawan terkenal iaitu Erma Fatima berkongsi momen indah majlis merisik anak lelaki sulungnya iaitu Syamil Ikhwan yang dilangsungkan secara online namun penuh dengan adat dan budaya Melayu, nyata menerima pujian daripada peminat dan wargamaya.
Menurutnya, “Setahun lebih tunggu..ada aja alasannya..PKP lah..itulah..inilah..jadi majlis semalam aku plan 3 hari sebelumnya dan syukur settle. Walaupun dah langgar adab..takpelah. Yang penting benda baik kita cepatkan. Insyaallah.”
Bahkan merakamkan rasa bahagia dan syukur, Erma turut menulis caption yang cukup membahagiakan di instagramnya bila selesai urusan merisik dilakukan. Ucapnya, “Yeahhhhhhh nak dapat menantu…walaupun majlis merisik ni stress dengan line teruk..tapi alhamdulillah…”
Majlis yang dipercayai berlangsung pada petang Sabtu lalu turut disempurnakan dengan kehadiran bekas suami Erma, Bade Azmi dan isterinya, Aida.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, majlis merisik tersebut dilihat berjalan dengan lancar dan indah walau pun talian internet terputus-putus seketika.
Dilihat juga Erma dan anak-anaknya mengenakan pakaian sedondon dengan tema warna merah & hitam, terpancar kegembiraan dan tenang semasa majlis tersebut berlangsung. Rata-rata rakan artis dan netizen berkongsi rasa bahagia dan saling memberi ucapan tahniah dan tidak kurang juga ingin menjadikan sebagai inspirasi bagi menjayakan majlis secara maya memandangkan negara masih dalam tempoh ‘lockdown’.
Sumber : @ermafatima
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Dia Bangga Nak Tunjuk Dekat Mama…”-Anak Pakai Topeng Balik Sekolah, Hati Ibu Ni Terhibur!

Kalau hendak dikenang-kenang tentang ragam anak sepanjang kita membesarkan mereka memang penuh warna warninya. Ada yang menguji kesabaran, ada yang cukup menyenangkan malah banyak perkara juga cukup menghiburkan hati.
Begitu juga halnya dengan video yang tular di media sosial baru-baru ini bila seorang ibu berkongsi video di aplikasi TikTok tentang ragam anaknya yang memakai topeng ketika keluar dari sekolah.
Video ini dilihat cukup melucukan dan telah menarik perhatian wargamaya untuk menonton gelagat anaknya itu.
@aiqanzainuddinibu x jadi turun keta amik hang anak oiiii… sakit Perot gelak♬ Minions Laughs – Minions Laughs
Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang ibu sedang menunggu di perkarangan sekolah untuk menjemput anaknya pulang.
Namun tanpa diduga, anaknya berjalan menuju ke arahnya dengan mengenakan topeng yang dihasilkan sendiri dengan yakinnya.
Difahamkan topeng tersebut adalah hasil diy sendiri oleh anaknya untuk subjek Pendidikan Seni.
“Dia bangga nak tunjuk kat mama hasil kerja dia tu” – Netizen
Meninjau di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dan memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.
Sumber : TikTok @aiqanzainuddin
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Simpan Ubat Untuk Kekal Berkualiti & Selamat, Ni Saranannya!

Bab pengambilan dan penyimpanan ubat-ubatan tidak boleh dibuat mudah. Bimbang ubat dimakan bukan jadi penawar tetapi bahaya pula jadinya.
Tidak mahu itu terjadi, ikuti perkongsian bermanfaat daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
TIPS PENYIMPANAN UBAT YANG BETUL
Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini.
Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
Berikut adalah tips cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:
1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan.
Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.
3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
• Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
• Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
• Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu. Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.
4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.
5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.
1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian.
5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad