Bila waktu lapang begini membayangkan dapat mengunyah kacang sambil menonton tv bersama keluarga menarik juga jika direalisasikan.

Jadi usah tunggu lagi, apa kata sediakan resipi kacang goreng  yang dikongsikan dari peniaga yang ingin bersedekah resipinya untuk lebih ramai dapat manfaatnya. Selamat mencuba

IKLAN

Saya  takdak duit nak sedekah tapi saya mampu share resepi bagi hampa boleh cari makan sama-sama saya.. ada saya share baru2 nih dlm group nih.. ramai yang pm dan wasap nasihat.. kenapa bagi resepi terbuka… nanti kak ah tak boleh cari makan!!Allah…. kak ah tak sangka hampa pikir sampai macamtu…  rezeki Allah kan luas… hari ni kita kongsi… esok-esok Allah ganti lagi banyak… kak ah ikhlas…. yang mana nak wat niaga pon boleh… rakyat malaysia ada berjuta-juta…. mana mampu kak ah wat untuk 1 malaysia..

Dulu Pernah Susah

Dulu kak ah pernah susah… macam-macam dugaan… sekarang pon bukan kaya… cuma senang belanja…buat kacang nih orang hina… tak kan hang buat kacang nih sampai berpuloh-puloh kilo seminggu… ??? ya… jujur kak ah cakap… seminggu kadang 30 kilo…

Hari ni kita sedekah senyum pon Allah dah catit pahala kita… tambah kita sedekah untuk orang cari makan… pahala lagi berganda-gandakan… panjang pulak kak ah taip… ok2 bai2 semua.. ambik jer resepi2 tu tau..

IKLAN

RESEPI KACANG CINTA KETAGEH
BAHAN-BAHAN : 

KACANG TANAH 1 KG
TELOR AYAM 2BIJI
GULA 2CAWAN
GARAM 2 SB
SERBUK CABAI IKUT CITARASA MASING-MASING
TEPUNG GANDUM

CARA-CARA

KISAR MENGGUNAKAN PENGISAR KERING
GULA
GARAM
SERBUK CABAI
( GAUL )

1. PECAHKAN TELOR DALAM BAHAN YANG DIKISAR

2, GAUL SEBATI DAN MASUKKAN KACANG TANAH GAUL LAGI SEHINGGA SEMUA TERKENA BAHAN-BAHAN YANG DIKISAR

3. MASUKKAN KACANG TADI DALAM TEPUNG GANDUM SEDIKIT-SEDIKIT… DAN BERSALUT SEBIJI-SEBIJI…. KEMUDIAN DAH BOLEH DIGORENG… MENGGUNAKAN MINYAK YANG PANAS…

SELAMAT MENCUBA…

SAYA HALAL RESEPI INI DUNIA AKHIRAT…
MOHON DOAKAN PERNIAGAAN SAYA SEMAKIN MAJU… AMIN… DAN SAYA JUGA SENTIASA DOAKAN ANDA SEMUA…

Sumber : Shazirah Omar Via MAHN