Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.

Semalam, pengacara Nabil Ahmad membuat kejutan di konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (6V9) dengan mengajak isterinya Nazirah Ayup ke atas pentas untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 pada malam Ahad.

Isteri Nabil kelihatan sangat terharu dan sebak dengan kejutan tersebut yang turut diserikan dengan sebiji kek tiga tingkat di atas pentas.

Ads

Nabil turut memberi ucapan romantis dengan mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang sanggup bertahan serta bersabar menjadi seorang ibu kepada tiga orang anak perempuan mereka

“Malam istimewa, selepas 11 tahun melayari perkahwinan bersama seorang wanita bernama Nazirah Ayup, hari ini saya nak ajak dia ke pentas. Tak sempat nak buat majlis anniversary, hari ni ramai penyanyi, kek pun ditaja.

Ads

“Bukankah hari ni anniversary terindah. Terima kasih sayang sebab sudi bertahan dan bersabar. Menjadi ibu kepada tiga orang anak bukan mudah. Saya nak minta semua yang menonton, doakan kebahagian kami,” kata Nabil.

“Kaburkan Mata Saya Dari Perempuan Lain” Nabil Buat Kejutan Untuk Isteri Sempena Anniversary!
Kredit foto : Media Hiburan

Nabil yang juga seorang pelawak itu juga berharap dia mampu menjadi seorang suami yang sentiasa setia bersama isterinya sehingga hujung nyawa.

Ads

“Jadikan saya seorang suami yang istiqamah. Kaburkan mata saya kepada wanita lain. Jadikan wanita ni terindah buat saya. Saya sayang awak sehingga tiba masa Allah pisahkan kita,” kata Nabil.

Untuk info, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayup pada 30 September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Leyla Medyna serta Mishall Imani.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI