Semuanya boleh berlaku sekelip mata sahaja, hari ini kita sihat mungkin esok lusa boleh diuji dengan masalah kesihatan yang boleh membataskan aktiviti harian.
Ini sebagaimana yang menimpa penyanyi terkenal Justin Bieber, baru-baru ini mendedahkan beliau mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.
Disebabkan itu, penyanyi berusia 28 tahun ini mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.
Bintang pop berusia 28 tahun itu yang pernah mempopularkan lagu ‘Baby’, berkata demikian melalui akaun Instagramnya pada Jumaat dengan berkongsi video tentang keadaan kesihatannya selama tiga minit.
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, menurut Mayo Clinic, kehilangan pendengaran dan kelumpuhan muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt berlaku buat sementara namun ia boleh menjadi kekal.
Ads
Mata kanan Bieber tidak dapat berkelip dan bahagian kanan mukanya tidak bergerak semasa dia muncul dalam video tersebut.
“Hai semua Justin (Bieber) di sini, saya ingin memaklumkan anda tentang apa yang sedang berlaku. Jelas sekali seperti yang anda boleh lihat wajah saya.
“Saya mempunyai sindrom yang dipanggil sindrom Ramsay Hunt dan ia adalah daripada virus ini yang menyerang saraf di telinga dan saraf muka sehingga menyebabkan muka saya lumpuh,” katanya menerusi akaun Instagram. – Agensi
Sumber : Sinar Harian & IG @justinbieber
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki anak istimewa itu kurniaan terindah dari Yang Maha Esa, bukan semua ibu bapa terpilih oleh Tuhan untuk melalui pengalaman tersebut. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan masyarakat, bahkan anak-anak lain juga turut merasai situasi ini.
Justeri, pendekatan terbaik harus diambil oleh ibu bapa bagi menerangkan kondisi anak istimewa ini kepada anak-anak yang lain supaya mereka faham dan tidak timbul masalah terutama dalam bab ‘layanan istimewa’ yang diberikan kepada anak istimewa ini.
Dalam satu perkongsian di laman instagram udeyismail, si ayah ini berkongsi kisah anak lelakinya yang sebelum ini tidak sukakan kakaknya, namun segalanya berubah selepas si ayah ini menerangkan keadaan si kakak.
Mesti antara korang kat sini membesar dengan adik,akak, abang yang istimewa kan, waktu kecik kita belum faham, even aku sendiri pon membesar dengan seorang abang yang istimewa, macam mana aku rasa, mungkin indra akan rasa satu hari nanti terhadap kakak dia.
Pernah dia cakap dengan aku, dia tak sayang kakak, lepas tu aku tanya balik.
Ayah : kenapa Indra tak sayang kakak Indra : Sebab kakak tak boleh cakap Ayah : bukak akak tak boleh, mungkin ambik masa, kalau la kakak tak boleh cakap, kat syurga nanti pasti kakak cakap, kalau jaga kakak, Allah akan bagi kita syurga tau, kakak ni special, indra pon special juga, kalau indra jaga kakak dengan baik, satu hari dekat pintu syurga nanti, kakak tarik kita masuk.
Dia rasa diri kosong, sepanjang di membesar, kakak tak pernah nak menyapa dia, nak gurau dengan dia, sedangkan orang lain boleh, tapi kakak dia tidak, sebab dia blum faham apa yang akak lalui
Bila ada anak normal selalu kena pesan, takut dia terasa hati, kenapa kakak di lebihkan, selalu kena remind, bila dah faham dia selalu cakap “hagia have autism”.
Sekarang dah nampak dia rasa, dia ada tanggungjawab, akan pimpin kakak masuk kelas, kadang beli apa-apa mesti akan selalu ingat kakak.
Apa yang jadi pada aku ni ada banyak hikmah sebenarnya, seperti aku ckp, rezeki aku dalam bentuk masa, masa selalu jek dengan anak-anak, lagi satu, aku dh tak ada apa lagi yang aku nak kejar, so masa membesarkan anak jek la sekarang ni.
Musim perayaan ini mungkin telah banyak kita menjamah pelbagai menu berasaskan pulut, antaranya seperti lemang, ketupat palas, pulut kuning, kuih lopes dan sebagainya. Bila ini yang banyak dimakan, tentu perut juga akan terasa berangin dan sebu.
Jadi untuk meredakan rasa tidak selesa itu, elok sangat untuk diamalkan makan bawang putih.
Bagaimana caranya?
Melalui perkongsian Normah Bahari via MAHN, cara yang ditunjukkan cukup mudah. Ini katanya,”Sebelum ini saya tak boleh nak makan banyak , 2 ketul saja kepala akan rasa pening , perut dan dada rasa penuh dengan angin , tapi bila saya makan bawang putih ni , saya dah tak ada masaalah lagi , dah boleh makan sebanyak mungkin tanpa ragu-ragu.
Setiap kali sebelum atau selepas makan pulut, akan makan 1 sudu bawang putih dan minum dengan air suam.”-Normah.
Namun jika cara Puan Normah sedikit sukar untuk sesetengah antara anda menelannya, ada satu lagi perkongsian yang juga dapat merawat angin dengan bawang putih ini dan caranya cukup menyelerakan untuk dimakan.
Apakah itu?
Ini telah dikongsikan oleh Eyta Umairah via MHN dan menurutnya Crunchy Garlic ini sangat sesuai untuk yang tak boleh telan bawang putih bakar atau bawang putih letak dalam nasi. Kalau rajin boleh buat gini je ye.
Manfaat sama je, untuk buang angin, panaskan badan, lancarkan aliran darah. Ni bab buang angin ni boleh gerenti sebab saya amalkan.
Cara penyediaan :
Bawang putih dibuang kulit dan disagat halus.
2. Setelah disagat, goreng di dalam minyak yang banyak hingga garing.
3. Bila telah garing angkat dan toskan. Kemudian taburkan garam dan serbuk lada hitam.
Ekstra info : Selain untuk dimakan bersama nasi ia juga sesuai dan boleh dimakan begitu sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang wanita bergelar isteri dan ibu sanggup mengorbankan segalanya demi mengutamakan keluarga. Ada yang meletakkan kerjaya dan keinginan di tempat kedua demi melebihkan suami dan anak-anak.
Artikel yang cukup indah ini dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh dalam mendedikasikan ucapan terima kasih atas pengorbanan isterinya yang bertungkus lumus serta sanggup menanggung segala penat demi keluarga mereka.
Malam tadi, jam 12 malam puan isteri siapkan bahan-bahan untuk dia masak sahur ini. Setelah itu masuk tidur antara lena dan tidak bila anak merengek.
Jam 4:30 pagi alarm telefonnya berbunyi. Dia bangkit masuk dapur, penuh sabar menyiapkan hidangan sahur pula. Setelah semuanya siap siaga, beliau mengejutkan ahli keluarga.
Usai makan, saat ahli keluarga lain ada yang menyambung tidur, ada yang melayan telefon menantikan azan Subuh, beliau masih didapur. Mengemas dan membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga.
Kemudian beliau bergegas solat Subuh seterusnya siapkan anak untuk ke sekolah pula. Setelah itu baru dia bersiap untuk turun kerja. Tangan aku dikucup memohon keredhaan. Tanpa pernah bosan itulah rutinnya sejak 10 tahun lepas.
Hampir jam 3 petang, baru beliau pulang. Menguruskan anak-anak pula. Memandikan, tukar pakaian, bermain sekejap kemudian menidurkan anak. Beliau turut terlelap kepenatan.
Jam 4, beliau bangun siapkan juadah berbuka. Ramadan pertama, juadah mesti meriah dengan air tangannya sendiri.
Di dapur memasak siakap stim limau, siakap tiga rasa, udang berkuah, sayur, ayam goreng dan apa lagi entah.
Sambil bersilat didapur, sambil itu juga perlu melayan anak-anak yang merengek mahu ibunya.
Dan sebentar tadi, azan Maghrib berkumandang menandakan tamatnya waktu menahan lapar dan dahaga.
Beliau ambil sebiji kurma lantas dimakannya. Diminum seteguk air, sebelum mula menghadap hidangan yang menyelerakan.
Baru hendak menyuap, anak paling kecil merengek lagi. Mengantuk dan tak selesa agarnya.
Dia tinggalkan hidangan nasi yang belum bersentuh itu, lantas berkata.
“Baby tak selesa ya? Baby mengantuk ya? Jom ibu mandikan dan dodoikan.”
Dia berlalu mendukung anak masuk bilik untuk dimandikan, dipakaikan bedak dan disalin baju baru pula. Kemudian disusukan anak bongsu kami penuh kasih dan sayang sehingga anak kecil itu tertidur atas ribanya.
Setelah itu baru dia kembali ke dapur untuk makan. Setelah semua ahli keluarga selesai berbuka. Mengemas pinggan mangkuk dan periuk belanga pula setelah itu.
Aku memerhati semua kejadian dengan kekaguman.
Itulah dia wanita.
Aku yakin bukan puan isteri aku sahaja begini sikapnya. Bahkan majoriti seluruh wanita di dunia pun begini sikap mereka.
Pengorbanan ini tidak kecil. Ia sangat besar, cuma kadangkala ia tidak dihargai.
Cuba kita perhati rutin puan isteri kita. Perhati dan halusi ketekunan, kesabaran dan pengorbanan mereka untuk kita dan keluarga.
Mereka sebenarnya penat. Namun mereka tetap senyum dengan tabah dan kuat.
Itulah wanita. Itulah isteri. Itulah ibu.
Terima kasih atas pengorbanan kalian. Tidak terbalas segala budi dan jasa. Semoga syurga buat kalian semua dan kami juga.
Amin.
#MFS – Suatu kisah di Ramadan pertama –
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...