Jus Tambah Tenaga Atasi Lenguh-Lenguh Badan, Isteri Kena Selalu Amalkan Minuman Ini!

Share

Seharian bekerja ditambah pula dengan waktu malam yang terpaksa menguruskan anak dan rumahtangga buat wanita tidak dapat merehatkan tubuh dengan sebaiknya.

Waktu hujung minggu juga bukanlah waktu cuti bagi wanita kerana waktu inilah tenaga digunakan lebih banyak lagi bagi menjaga anak-anak dan menguruskan seluruh rumah tangga. Adakalanya hampir lembik dibuatnya.

Bagi ibu-ibu di luar sana, Rossa Dyla Mahmud menerusi laman facebooknya berkongsi petua yang cukup mudah dalam memastikan kesihatan terpelihara. Malah jus tenaga yang dapat mengatasi masalah lenguh badan.

Jus air rebusan ini paling elok diamalkan setiap kali selepas datang bulan. Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

2 inci halia

2 inci kunyit hidup

2 batang serai

2 helai daun pandan

Gula batu atau madu secukup rasa

3 cawan air

JIKA PERLU

1. Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
2. Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)

CARA MEMBUAT:
1. Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2. Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)

Antara Kelebihannya:
1. Membersihkan rahim selepas datang bulan.
2. Mengeluarkan angin dalam badan.
3. Anti kanser
4. Memecahkan lemak-lemak.
5. Mengurangkan masalah bau badan
6. Mengatasi masalah kemaluan berbau.

TIP EKSTRA:
1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.
2. Boleh diminum oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin.
3. Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur
4. Bagi Ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
5. Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.