Ini adalah petua orang lama dalam Kitab Perubatan Melayu Lama, bagaimana orang dulu merawat batu karang yang kecil.
Dalam pengalaman saya, petua ini sangat mujarab bagi saiz batu karang yang kecil, atau telah dihancurkan dan dilakukan bersama dengan pengambilan air yang banyak.
Dalam kitab ada menyebut amalkan satu cawan (atau gelas kecil) setiap hari selama 40 hari. Batu yang sederhana besar akan pecah dan keluar bersama air kencing.
Bagaimana membuat jus peria?
Ambil satu biji peria yang sederhana panjang. Basuh dan buang bijinya. Boleh guna peria katak sebagai ganti.
– ¼ buah limau atau lemon yang diperah
– 1-2 sudu teh minyak zaitun
– Madu atau gula kabung sesedap rasa
Kisarkan peria, lemon, minyak zaitun dan madu/gula kabung.
Minum setiap pagi bersama air kosong sepanjang hari selama 40 hari.
InsyaAllah selepas beberapa hari kita akan rasa batu karang yang telah dipecahkan keluar bersama air kencing.