
Bukan Ambil Saja-Saja, Ini Sebabnya Ibu Hamil Perlu Ambil Asid Folik!

Asid folik yang juga dikenali sebagai folat, ialah vitamin B-kompleks – vitamin B9. Vitamin ini amat penting untuk tubuh mencipta sel-sel baru, membina DNA baru serta membaiki DNA yang telah rosak.
Folat juga diketahui dan dikenali akan peranannya dalam mencegah kecacatan kelahiran, kelahiran pramatang dan banyak lagi masalah kesihatan kelahiran yang lain.
Pun begitu, fakta yang ramai individu tidak tahu adalah asid folik juga sebenarnya boleh membantu meningkatkan kesuburan.
National Institute of Health menyarankan pengambilan kira-kira 400 mikrogram folat pada setiap hari untuk kebanyakan individu dewasa. Walau bagaimanapun, jika anda sedang dalam fasa mencuba untuk hamil, anda mungkin memerlukan dua kali ganda daripada jumlah ini, atau juga mungkin lebih.
Asid folik untuk apa? Folat mempunyai banyak fungsi dalam tubuh badan manusia antaranya adalah dalam membantu pertumbuhan tisu dan sel berfungsi, bekerja dengan vitamin B12 dan vitamin C untuk membantu tubuh memecah, mengguna dan membuat protein baru, membantu membentuk sel darah merah serta membantu menghasilkan DNA.
Folat juga dapat membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti anemia, diarhea dan ulser, begitu juga kondisi yang kronik seperti strok, kanser, penyakit jantung dan gangguan neurologi.
Disebabkan asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran dan kelahiran pramatang, vitamin ini juga diketahui akan kepentingannya dalam perkembangan janin.
Ia juga penting bersama-sama dengan nutrien penting lain bagi membantu seseorang individu untuk kekal sihat.
Folat boleh didapati melalui makanan seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan sitrus dan banyak lagi makanan yang lain.
Namun begitu, disebabkan sukar untuk mendapat cukup folat melalui makanan, ramai wanita yang sedang merancang untuk hamil perlu mendapatkan vitamin ini melalui suplemen vitamin ini.
Pengambilan jumlah asid folik yang betul sebelum dan semasa hamil dapat membantu mencegah kecacatan tiub neural, termasuklah spina bifida. Ini tujuan asid folik untuk wanita.
Malahan, pengambilan dos tinggi folat sebelum kehamilan dan semasa trimester pertama juga dapat membantu mengurangkan risiko anda mengalami keguguran. Ini menjawab persoalan asid folik untuk apa.
Makanan tinggi asid folik
Paling utama, asid folik untuk wanita boleh didapati dalam sayur-sayuran hijau seperti bayam serta buah-buahan sitrus seperti oren.
Selain itu, U.S. Food and Drug Administration juga telah menyatakan dan menyarankan anda untuk mengambil makanan yang mempunyai kandungan folat yang tinggi seperti berikut:
* Bijirin
* Kekacang
* Roti
* Nasi
* Pasta
Menarik: Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sumber: Hello Doktor
Elak Anak Kerap Kecacingan, Banyakkan Jenis Makanan Ni!

Anak ada masalah cacing! Macam mana tu? Selalu kerap kita dengar anak ada masalah cacing tetapi apakah petandanya?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur. Apa nak buat? Ini tip untuk mak ayah.
Anak selalu garu bahagian belakang, macam cacing je. Bila anak makin membesar, dah mula pandai kutip sesuatu nak masukkan ke dalam mulut. Bila anak mula makan, dah pandai makan macam-macam hidangan.
Bila anak kerap ambil makan minum dari luar, dengan penjagaan kebersihan yang kita tak pasti.
Untuk anak yang kerap kecacingan, atau nak elak anak dari kecacingan, korang boleh selalu bagi anak 8 makanan ni. Semuanya makanan segar dan senang nak dapat.
Kecacingan boleh berlaku, kadang tanpa kita sedar pun kan. Tiba-tiba je anak asyik garu bahagian dubur.
Antara simptom kecacingan;
– Gatal bahagian dubur
– Anak kerap tak sihat
– Kerap muntah cirit
– Asyik kembung perut
– Tak lalu makan
– Susut berat badan
– Keluar cacing bersama najis
Korang boleh bawa anak jumpa doktor, dalam masa yang sama, perbanyakkan bagi anak makanan macam ni ok.
Dan, tak perlu takut bawak anak grounding ye. Grounding penting untuk kuatkan imun anak. Banyakkan makanan macam ni untuk anak, cacing pun fikir panjang nak dekat dengan anak kita.
1. Betik dan bijinya. Ada kandungan papain dan carpain, bersifat antiparasit. Cara mudah untuk anak makan, kisar betik dengan bijinya sekali, tambah air dan madu. Boleh minum terus, atau jadikan aiskrim.
2. Bawang putih. Ada allicin, ini ejen penting untuk bunuh parasit. Banyakkan bawang putih dalam makanan anak, buat sup paling senang.
3. Biji labu. Ada cucurbitacin dalam ni, bantu lemahkan beberapa jenis parasit. Untuk anak yang dah pandai mengunyah lebih sesuai. Bagi je diorang makan terus, atau masuk dalam yogurt pun sedap, tambah madu sikit.
4. Delima. Ada kandungan punicine, sangat beracun untuk parasit. Bagi anak makan sekali dengan bijinya. Sesuai untuk anak yang dah pandai mengunyah. Kalau baby, boleh picitkan jus je terus masuk mulut anak.
5. Kelapa, isinya, airnya, minyaknya. Semua untuk parasit. Bagi anak minyak kelapa setiap hari, bagi anak air kelapa dan isinya setiap minggu, insyaAllah anak bebas parasit sampai besar.
6. Carrot. Tinggi vitamin A, immune booster untuk anak. Masak sup boleh letak ni sekali.
7. Kunyit. Bersifat antiparasit, mampu lemahkan parasit, dan musnahkan telur parasit. Masukkan kunyit segar atau kunyit serbuk asli dalam makanan anak. Elak serbuk kunyit yang ada campuran.
8. Bunga cengkih. Herba yang bersifat antiseptik, antiparasit, antibakteria. Boleh flush kan parasit dari tubuh anak. Senang kalau anak suka sup, masukkan je setiap kali masak.
Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Dr Amalina Guna Cara Mudah Jelas Kesan Suntikan Vaksin. Take Note Semua!

Ketika ini isu vaksin menjadi topik hangat diperkatakan apabila ada segelintir yang melahirkan rasa bimbang mengenai suntikan ini.
Negara kita sendiri telah merupakan negara bertuah apabila menjadi kumpulan pertama menerima vaksin Pfizer-BioNTech.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan vaksin berkenaan.
Mengikut perancangan, fasa pertama pada 26 Februari ini, penerimanya adalah petugas barisan hadapan iaitu anggota KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan lain- lain yang ditetapkan kerajaan.
Fasa pertama program imunisasi yang bermula Februari hingga April itu akan diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Fasa ketiga pula membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.
GUNA TIK TOK JELAS KESAN VAKSIN – MUDAH INGAT!
Pelbagai saluran digunakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai vaksin ini. Dalam pada itu, menerusi aplikasi TikTok. Dr Amalina Bakri berkongsi info mengenai kesan biasa yang dialami setelah pengambilan vaksin.
Info ringkas mudah untuk diingati iaitu berasa sakit, kemerahan, bengkak di tempat suntikan, demam, penat, sakit kepala,
Kesan sampingan ini tidak kuat dan hanya sementara. ini menunjukkan tindak balas vaksin terhadap sistem imunisas di badan.
Dalam pada itu, Dr Amalina turut menjawab soalan warganet yang ingin mendapatkan kepastian mengenai vaksin.
Semoga menjadi manfaat bersama untuk kesihatan ahli keluarga berpanjangan.
Sumber: Tik Tok Dr Amalina Bakri