Dalam dunia ini, siapa sahaja yang tidak mahu kelihatan cantik dan sekali gus memiliki kulit wajah bersih dan berseri. Hakikatnya memiliki wajah yang bersih dan bebas daripada cela tentu ada usaha yang harus dilakukan dan ada rutin penjagaannya yang khusus. Itu memang tidak boleh dinafikan, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Jadi sebagai salah satu usaha yang boleh kita lakukan hari ini, adalah dengan mengamalkan petua alami ini dalam perawatan dan penjagaan kulit wajah. Usaha konsisten yang dilakukan ini akan menjadikan wajah terlihat lebih bersih dan sekali gus memudarkan bintik-bintik hitam jika ada.
Nak tahu bagaimana, ayuh baca perkongsian daripada perkongsian di fb milik Lelawati Lela yang sering dilihat gemar berkongsi pelbagai petua di media sosial. Jom semak.
HILANGKAN PARUT DAN BINTIK HITAM
Hai korang.Ingat Kekla lagi tak? Hehe pagini Kekla nak bagi korang satu petua yang senang sesangat untuk hilangkan parut dan bintik-bintik hitam kat muka. Yang pasti bahannye semulajadi dan selamat.
Lemon. Yup! Lemon je korang.
Ads
Caranya mudah sangat, korang belah 2 lemon tu kemudian amik lemon yang sebelah je perahkan untuk dapatkan jusnya.
Then, amik jus lemon tadi sapukan pada kulit muka korang yang berparut dan bintik-bintik tu.
Ads
Oh ya sebelum Kekla terlupa, buat ni selepas korang cuci muka tau! Jangan pulak muka penuh dengan mekap korang pergi sapu jus lemon tu. Sebab ade yang tanya. So Kekla kena la jawab kan.
Kemudian biarkan selama 10-15 minit lepas tu boleh bilas dengan air suam dan keringkan muka pakai tuala yang kering dan bersih.
Ads
Buatlah 3x seminggu ye tapi nak nampak kesan tu amik masa sikit almaklum bahan semulajadilah katakan.
Lemon mengandungi Asam Alpha dan Askorbat-L yang dapat membantu mengurangkan parut jerawat serta dapat membantu membersihkan liang pori. Lemon juga dikenali sebagai agen menghilangkan parut atau bintik hitam pada wajah.
Okey korang try la buat ye mudah-mudahan parut dan bintik hitam kat muka tu pudar atau hilang.
Pemahaman ramai antara kita, kalau nak cantik, kulit putih gebu dan kekal awet muda, lain tidak bukan adalah dengan mengambil suntikan vitamin C. Adakah ianya benar dan tidak membahayakan?
Jadi sebelum ibu buat sebarang keputusan yang kononnya ingin memikat suami dengan kecantikan wajah yang putih melepak, elok dengar dulu perkongsian doktor ini yang seakan geram dan kesal dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan dengan menawarkan suntikan vitamin C.
Tidak dengan itu, malah ramai pula wanita di luar sana yang tercari-cari perhidmatan tersebut dan sanggup membahayakan diri demi untuk cantik dengan mengambil suntikan vitamin C.
Oleh itu, jom fahami apa yang ingin disampaikan oleh Doktor Rusyainie Ramli ini berkenaan suntikan nak cantik di akaun fbnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk ibu-ibu lebih tahu bahaya suntikan vitamin c ini, kawal juga anak-anak gadis kita agar tidak terpedaya dengan helah cantik dengan suntikan vitamin C ini.
SUNTIKAN NAK CANTIK
Akak ni dah tak tahu macam mana nak bebel dengan nada sebaik malaikat bab yang memudaratkan macam suntikan Vitamin C ni. Akak tak sanggup tengok betapa ada makhluk yang mampu meraih pendapatan begini punya besar dek sebab adik-adik yang kemaruk nak rupa macam artis. Terkejut dot com bila akak tengok dia ada dekat 100000 pengikut di FB.
1. Suntikan Vitamin C DIHARAMKAN di negara kita. Doktor perubatan yang bertauliah dan berdaftar pun boleh ditarik lesen amalan kalau bagi suntikan Vitamin C. Tengok gambar tu, yang buat bisnes ni bukan pengamal perubatan pun. Kalau ini bukan kerja dajal, nak panggil apa?
2. Tak ada kajian klinikal yang menunjukkan suntikan Vitamin C boleh kasi kulit kita ni jadi elastik atau jadi putih melepak macam mayat. TAK ADA. Campur la Vitamin C dengan Glutathion atau Kolagen pun, tak ada bukti boleh jadi anti kedutan atau anti penuaan kulit. Akak serius tak faham. Yang adik-adik ni takut sangat jadi tua kenapa? Tu kan lumrah hidup. Cetek sangat definisi cantik adik-adik ni.
3. Adik-adik cucuk Vitamin C tu tahu ke bahan tu selamat ke tak. Dahlah diseludup masuk ke negara kita. Sepatah haram pun kita tak faham apa tertulis kat vial suntikan tu. Ada kontaminasi ke tak. Berani mati punya kerja ni adik-adik.
4. Akak nak tambah lagi. Mana adik-adik tahu, sakan nak buat suntikan Vitamin C, elok masuk saja ubat, boleh gerenti ke tak kena alahan teruk?
Ni keadaan kita panggil reaksi anafilaksis. Bermakna, dengan suntikan tu tadi, sistem immunisasi badan bertindak menghasilkan bahan-bahan kimia kompleks yang boleh buat tekanan darah turun mendadak dan saluran udara jadi sempit malah boleh tertutup terus. Habis tu macam mana nak bernafas? Bahagian badan seperti mata, mulut, lidah pun boleh bengkak dan kulit jadi merah seperti kena gegata. Ni memang kes kecemasan sebab nyawa menjadi taruhan.
Bayangkan kes macam tu terjadi kat rumah, kat hotel atau kat mana-mana yang adik buat suntikan tu. Tak ada kemudahan perubatan. Ya Allah. Seram sejuk akak bila difikirkan.
5. Masa tengah buat prosedur cucuk tu, macam mana kalau ada gelembung udara yang tak dikeluarkan betul-betul dari aparatus tiub intravena? Gelembung udara akan masuk ikut saluran darah vena yang disuntik tu, elok lah kalau kena air embolism. Tulah sebenar-benarnya masuk angin ikut saluran darah dan ini kes cari nahas. Kena pergi hospital segera ok sebab bahaya sangat.
6. Tu belum kira bab potensi jangkitan kuman yang boleh terjadi dari prosedur yang belum tentu ikut piawaian aseptik yang ditetapkan. Adik-adik, tukang cucuk ni main bedal saja sebenarnya. Sebab dia tidak pernah ada latihan formal pun kan. Kalau tengok cara dia letak plaster kat branula tu pun akak tahu dia tu ilmunya dalam perubatan kat tahap mana.
Akak dah jalankan tanggungjawab akak bila akak dah laporkan pada KKM di emel aduanproduk@moh.gov.my. Dah lah tu adik-adik, insaf la. Jangan sengaja ditempa pintu malapetaka tu. Hina sangat kot berkulit gelap sampai sanggup ambil risiko. Tak terjangkau pemikiran tahap taksub adik-adik.
Kulit wajah berjerawat, banyak terdedah pada cahaya matahari menyebabkan kulit sunburn? Apa kata ibu-ibu cuba buat face mist menggunakan timun.
Tip cantik ini dikongsikan oleh Tengku Wdec yang dikatakan dapat membantu mengatasi masalah kulit wajah. Jom cuba!
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag. Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat. Jangan lupe share ok👌💗
Cara membuat:
1)Bahan: timun sebatang.
Potong-potong. Rebuskan dgn air sikit. Jangan lama sangat. Sbb timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitamin die hilang. Agak lembut sikit blh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2) Blend timun tadi dgn sedikit air rebusan. Agak2 je. Jangan banyak sgt.
3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkan dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.
“Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.”
Tip Cantik:
Selain membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit, face mist digunakan sebelum dan sesudah makeup bagi menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama.
Jika wajah mempunyai jerawat kemerahan atau sensitif, ianya dapat meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.