Buat yang suka jamu home made ni boleh cuba cara ini. Nama je jamu jangan takut pula. Semua bahan dalam ni hanya guna bahan yang kita pakai dalam masakan je
Jadi lawas nak membuang.
Angin perut pun mudah keluar. Asyik kentut sedawa ja. Badan pun rasa ringan kalau rajin amal. Rasapun sedap. Ada masam, manis dan kelat herba je sikit. Tak pahit ya. Langsung tak.
Tak perlu percaya. Buat saja. Sebab manfaat antara herba ni dah dirakam dalam Journal of Life Sciences. Cuma tok nenek kita dah awal-awal lagi praktis sebelum mereka
Kalau nak mantap kene amal sokmolah. Kene rajin.
Antara bahannya,
Serai, Halia, Kunyit hidup, Manjakani, Cengkih, Halba, Lada hitam, Habatusauda, Saffron, Asam keping/ asam jawa, Guka melaka dan Madu
Minum sejuk atau suam. Mana mana pun boleh. Kalau ikut petua orang lama jangan minum sejuk. Katanya kembang urat. Tapi kalau fikir logik dan Doktor sendiri pun ah bahas tak ada masalah nak minum sejuk sebab air yang kita minum tu bila dah masuk dalam perut dia akan mengikut suhu badan kita. Tengok bila kita kencing je lah. Mana ada kencing kita sejuk.
Cara penyediaan ikut gambar step by step.
Serai dia halang pembentukan gas angin dalam badan, legakan senggugut.
Halia cegah demam, selsema, radang. bagus untuk antibodi lar sekali.
Kunyit, awet muda, halang pembentukan lemak.
Manjakani, perubatan Cina guna untuk masalah buasir dan ulset. Jugak bagus untuk kembalikan keanjalan rahim perempuan lepas bersalin.
Lain lain korang gugel je lah ya. Banyak mana sukatan tu korang boleh tengok dalam pinggan tu. Pandailah agak agak.
Ads
Campurkan kesemua bahan
Masukkan air dan renehkan
Renehkan sehingga air dia tinggal sesuku periuk. Dah siap tu suamkan sekejap tapis ambil air saja.
Sisa dan hampas rebusan tadi jangan buang ya. Ambil dan blend semua pastu masak balik sampai jadi macam ni.
Ads
Boleh gentel kecil-kecil macam ni makan satu kali sehari ke. Sayang kalau buang sebab hampas dia tu masih banyak khasiat. Kakdell suka gaul dalam nasi je. Boleh juga campur dalam telur masak separuh jadi telur power.
Atau boleh dijadikan lulur @ scrub untuk tanggalkan daki dalam masa sama dia bagi macam2 khasiat dan vitamin pada kulit kita
Kakdell syorkan pakai badan saja sebab kalau untuk kulit muka ni.. Yerlah kulit muka kan lebih sensitif. Tapi kak ada Okey je boh muka. Dalam 15 minit bilas.
Ads
Boleh minum suam-suam . Yang tak habis tu boleh simpan dalam botol letak dalam peti ais. Kakdell suka minum sejuk.
Segelas yang penuh manfaat. 3 kali seminggu ok dah kalau nak amal
Dah cuba pelbagai cara untuk turunkan kolestrol tetap tak menjadi, tentu risau dibuatnya.
Ada pelbagai cara dan petua untuk pastikan tahap kolestrol boleh dikawal.
Salah satu petua yang boleh diamalkan adalah minum jus lemon. Tapi nak buat tentu kadang malas. Apa kata ikuti cara mudah ini. Boleh buat stok berbulan-bulan.
Lemon madu.. buat stok.. lagi lama simpan lagi sedap… boleh mkn dgn buahnya sekali.. 😄 pahit? TIDAK sama sekali..
Yg ni betul2 pati ya… Nak mkn/minum kena tambah air!!.
nak buat utk ubat batuk pon boleh atau pon campur dlm teh, jadi teh lemon..
#6bj lemon rendam kejap dgn air garam dlm 10mnit, kmudian bilas dan basuh bersih dan ptong nipis, buang biji. Tambah halia, kalau tak suka halia tak payah taruk. Tapi halia bagus.. #Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli, secubit garam.. jangan tambah air… Gaul smpai sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar sudah cukup, dah sebati boleh la masuk dlm bekas dan simpan dlm peti sejuk, esok boleh guna..
saya minum sehari sekali sblum tido utk kurangkan kolestrol…
Resipi
Resepi Pati Lemon Madu
Bahan-bahan:
6 biji lemon
Garam
Halia
1 senduk gula perang
300ml madu asli
Secubit garam
Cara-cara:
1. Rendam lemon sekejap dengan air garam dalam 10 minit.
2. Kemudian bilas dan basuh bersih. Potong nipis, buang biji. Tambahkan halia, kalau tak suka tak perlu letak.
3. Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli dan secubit garam. Tak perlu tambah air. Gaul sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar.
4. Bila dah sebati, masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Selepas sehari dah boleh guna.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelbagai inisiatif kerajaan dalam memudahkan proses pengambilan vaksin untuk memastikan setiap rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak maut Covid-19.
Malah, ia takkan berjaya andai tiada sokongan daripada rakyat. Rata-rata kini rakyat Malaysia sedang menanti giliran untuk menerima suntikan vaksin yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.
Bukan hanya orang biasa, selebriti juga tidak ketinggalan mengambil vaksin. Bagi yang sudah mengambil, mereka sempat berkongsi pengalaman mereka. Ada yang mengalami simptom berat, tak kurang yang biasa-biasa sahaja.
Terbaru, Awal Ashaari berkongsi cerita bapanya yang telah menerima suntikan vaksin Pfizer bagi dos pertama. Dan kini selesai untuk dos kedua.
Untunglaaa ada orang tu dah complete vaksin dia.. nak pi mana tu? pi Mekah ke pi Europe? hahah
Thanks @kkm and @officialmosti ! Alhamdulillah.
So far Abah kata dia rasa “Kuat” lepas 1st vaksin Pfizer haritu.. 😂 no side effect, no complications..
Dalam masa yang sama, Awal gembira dalam usia ayahnya kini 82 tahun, suntikan vaksin yang diterima itu merupakan hadiah hari lahir istimewa daripada pihak kerajaan buat ayahnya.
Alhamdulillah.. He is turning 82 next month! ni kira hadiah harijadi yang paling best untuk Abah dari Kerajaan Malaysia.
So buat yang ragu2 nak kasi parents diorang ambik Vaksin tu, Awal cadangkan cuba consult Doctor atau yang pakar, jangan baca whatsapp group atau tengok video video yang orang dok forward kat group tu semua. ntah betul ke tak pun kita tak tau.
Awakl juga memohon doa orang ramai supaya dipermudahkan urusan ayahnya selepas menerima dos kedua.
Saya ada kawan yang hilang mak bapak sebab Covid, sebab belum vaksin. So, either way pun ada risikonya..
Doakan Hj Ashaari ok je lepas 2nd dose dia hari ni.. Inshallah.
Gara-gara membuat kesilapan sewaktu mendarat ketika pergerakan akrobatik sewaktu menjayakan persembahan di The Hardest Singing Show (THSS) pada minggu lalu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui kawasan jahitan pembedahannya mengalami kesakitan.
Semuanya kerana kesilapannya sewaktu mendarat hingga memberikan kesan pada bahagian perutnya yang kini masih dalam proses pemulihan selepas bersalin secara pembedahan (czer) pada Disember lalu.
Hal itu dikongsikan Ayda menerusi satu hantarannya di media sosial miliknya semalam.
Pun begitu tambah Ayda dia tidak berputus asa sebaliknya mencuba dan berlatih lagi sehingga membuat aksi lompatan itu sempurna.
“Percubaan pertama mendarat ke depan. Berdenyut tempat czer. Satu malam tak buat dah.
“Esok cuba lagi. Terbang berpusing dan mendarat ke belakang. Alhamdulillah. Berlatih sampai sempurna,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kerisauan malah menasihati penyanyi kesayangan ramai itu untuk tidak terlalu extreme dalam membuat persembahan demi menjaga kesihatan dirinya yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Disember lalu.
Mereka juga menasihati Ayda untuk beristirehat dan melakukan pemeriksaan pada bahagian perut lebih-lebih lagi penyanyi berusia 32 tahun itu belum pulih sepenuhnya.
Sepanjang menjayakan persembahan di The Hardest Singing Show yang bersiaran di Astro itu, Ayda dilihat sentiasa mempamerkan persembahan cemerlang dan terbaik setiap minggu.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.