
Bukan hanya golongan berusia, golongan muda juga semakin cenderung untuk terkena serangan darah tinggi dengan mudah.
Faktor kerja dan tekanan disekeliling antara penyebab semakin ramai golongan muda mengalami masalah ini.
Jika melepasi bacaan, doktor selalunya memberikan ubat darah tinggi yang wajib diambil setiap hari bagi mengawal kenaikan darah ini. Jadi jangan abaikan makan ubat kerana kesannya amatlah bahaya.
Jika anda sering mengalami masalah ini sebaiknya berjumpalah dengan doktor dan dapatkan khidmat nasihat yang terbaik daripada pakar selayaknya.
Disamping bekalan ubat daripada doktor, tidak salah jika anda ingin mengamalkan petua tradisional bagi menurunkan masalah darah tinggi.
Bagi Nur Hidayah Dayah yang berkongsi petua menggunakan timun patut juga kita amalkan sebagai salah satu usaha mengawal masalah ini.
Menariknya dia hanya mengamalkan jus timun sahaja setiap hari. Jom kita ikuti petua yang dikongsikan olehnya.
Makan-makan jugak. Saya nak kongsi petua untuk darah tinggi. Dulu darah tinggi saya bacaannya 190 tapi sekarang dah turun 120 sahaja. Alhamdulilah, saya hanya amalkan minum jus epal dan timun sahaja.
Saya tak amalkan makan ubat, hanya minum ni saja.Siap ajarkan pada mak mentua lagi. Dan alhamdulillah mak mentua cakap bacaan darah turun sikit. Akak-akak boleh lah cuba ya.
Jus 2 Bahan
Bahan-bahan:
2 biji epal
1 biji timun
Caranya:
1. Potong buah epal dan timun kecil.
2. Kisarkan bersama air secukupnya.
3. Amalkan jus ini setiap hari.
Kredit: Nur Hidayah Dayah
“Takut, Susah Nak Jaga Ke Tolak Tepi. Yang Penting Niat…” Anak Berkelakuan Baik Di Mekah, Puteri Sarah Luah Rasa Syukur!

Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman ketika tiba di Mekah.
Dia bersyukur kerana dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik sepanjang mereka menunaikan ibadah umrah.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Awalnya dia mengakui takut dan bimbang untuk membawa dua permata hatinya itu pergi ke tanah suci Mekah.
Bagaimanapun, menurut Puteri Sarah segala urusan mereka anak beranak berjalan lancar dan dipermudahkan.
“#bismillahimasyaallah Imma proud mama of these 2 kids. Moga jadi anak yang soleh dan solehah.
“At first, i was really scared macam2 fikir alamak nak bawak 2 active kids travel jauh. Boleh jaga ke ni ? Kids nanti behave tak?
“Alhamdulillah, i said to myself takpe pegi je Sarah. Allah akan permudahkan urusan u nanti. Takut ke, susah nak jaga ke,tolak tepi yang penting niat nak pergi beribadah sangat2.
“Syukur… Syaikhul & Sumayyah behave, anak2 yg dengar cakap tak banyak songeh. Syaikhul pun ada gang kat sini, mutawif @insafftraveltours
“Ustaz Wajdi yang bawak dia ziarah banyak tempat, pegi solat sama2. M so grateful and thankfu
“Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Sarah dan anak2 disini.p/s : mama nak both of u jadi doctor ok Excel in Dunia also excel in Akhirah,” tulisnya dikapsyen.
Untuk rekod, Sarah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia 3 tahun.
Sumber: puterisarahliyana
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Roti Sourdough Bukan Roti ‘Biasa-biasa,’ Banyak Manfaat Untuk Kesihatan

Isi Kandungan
ToggleRoti sourdough bukan roti ‘biasa-biasa. Ia adalah alternatif yang lebih sihat berbanding roti putih. Banyak manfaat kesihatan daripada roti sourdough. Roti sourdough kaya dengan probiotik, prebiotik dan protein. Ia membantu tingkatkan penghasilan bakteria baik dalam usus.
Roti sourdough adalah alternatif yang lebih sihat berbanding roti putih. Ia dibuat dari tepung yang telah difermentasi dengan lactobacilli dan ragi. Ini membuatkan roti akan mengembang dan menyebabkan rasa yang khas.
Roti sourdough mempunyai nilai GI rendah iaitu bawah 55. Proses fermentasinya telah ubah struktur molekul karbohidratnya. Perut tidak kembung. Sembelit boleh dielakkan. Irritable bowel syndrome (IBS) boleh dicegah.

Manfaat Roti Sourdough
Kandungan probiotik dalam roti sourdough ini menyebabkan roti ini lebih sihat dimakan terutama untuk kesihatan perut dan usus. Bahan yang digunakan dalam pembuatan roti ini menggunakan tepung, ragi dan sedikit gula.
Roti Sourdough Bukan Roti ‘Biasa-biasa
Tiada pengawet dan pewarna digunakan. Jadi ia lebih baik. Meskipun roti sourdough sering dibuat dari tepung yang sama dengan jenis roti lainnya, tetapi proses fermentasi telah meningkatkan nutrisinya.

ANTARA MANFAAT ROTI SOURDOUGH INI IALAH:
1. Kaya dengan protein
Sepotong roti sourdough memiliki lebih banyak protein dari roti putih biasa.
2. Mudah dicernakan
Ini kerana ia mengandungi prebiotik dan probiotik.
Prebiotik adalah serat yang tidak dapat dicerna dan memberi makan bakteria baik dalam usus, sedangkan probiotik adalah bakteria baik yang berada dalam usus.
3. Rendah gluten
Proses fermentasi membuat roti sourdough menjadi lebih rendah gluten. Gluten adalah sejenis protein yang ditemukan dalam biji-bijian tertentu yang menyebabkan masalah pencernaan pada orang yang sensitif atau alergi terhadapnya.

Banyak Manfaat Untuk Kesihatan
4. Mengawal gula darah lebih baik
Proses fermentasi juga telah mengubah struktur molekul karbohidrat menyebabkannya rendah indeks glikemik.
5. Membantu penurunan berat badan
Kehadiran probiotik dan proses fermentasi sendiri membantu menghasilkan sebatian yang disebut sebagai asid lemak rantai pendek seperti butirat, propionat, dan asetat yang meningkatkan penghasilan tenaga dan mengurangkan selera makan.
6. Sihat untuk penghadaman
Probiotik dalam sourdough membantu menjaga keseimbangan bakteria dalam usus. Probiotik ini juga membantu masalah sindrom iritasi usus besar (IBS), mengurangi gas dan kekembungan dan sembelit. Ia membantu melawan infeksi Helicobacter pylori yang merupakan salah satu penyebab utama masalah gastritis.
Roti sourdough sangat disarankan sebagai pilihan yang lebih sihat. Boleh cuba tukar roti putih dalam diet haria anda sekeluarga.
Sumber: FB Klinik Dr Zubaidi
Kredit foto top image: Pexels
“Beratap Nipah, Berdinding Plywood. Di Sini Dapur, Di Sinilah Ruang Tamu.” Keluarga Ni Mohon Bantuan RM7K!

Setiap ujian yang diterima seseorang pasti ada hikmahnya. Jika kita diuji, usah mengeluh pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya. Kita adalah insan terpilih yang mendapat perhatian Dia.
Demikian juga dengan keluarga ini yang hidup dalam kedaaan kekurangan. Namun kerajinan ketua keluarga wajar dipuji kerana biarpun serba kekurangan, namun masih tetap berusaha mencari rezeki buat mereka sekeluarga.
Inilah kisah hidup seorang penoreh getah dan keluarganya mendapat perhatian kerana memerlukan sumbangan sebanyak RM 7,000 untuk menyiapkan rumah yang terbengkalai yang pernah dibinanya.
Kesusahan keluarga ini mendapat perhatian Puan Natipah Abu yang merupakan seorang sukarelawan yang memberi bantuan dan banyak membantu mereka yang memerlukan.
Justeru, puan Natipah Abu mengajak orang ramai untuk menyalurkan sumbangan buat keluarga ini.
Kalau nak jumpa Mat tu .. kena mai musim hujan ! Kalau dak, jangan harap boleh jumpa dia .. motong tak berenti dia tu ! “
Itulah gambaran orang kampung tentang betapa rajinnya Hamba Allah ini. Dengan motosikal cabuknya, dia berulang-alik selama 40 minit sehari satu hala untuk menoreh di sebuah ladang getah.
Sungguhpun dia seorang yang rajin, tetapi buat masa ini … hasil tulang empat keratnya itu belum mampu untuk memberikan keselesaan kepada keluarganya.
Dia hanya dibayar RM1 untuk sekilo getah yang dijual kepada pihak majikan. Tetapi apakan daya, itulah satu-satunya ikhtiar yang dia mampu untuk mencari rezeki yang halal bagi membesarkan ketiga-tiga orang anaknya.
Tinggal nun jauh di pedalaman , rata- rata penghuni kampung itu tinggal di atas tanah yang bukan hak milik sendiri. Atas sebab itulah pihak berwajib tidak dapat menyalurkan bantuan.
Semua barangan di dalam pondok buruknya yang berbumbungkan atap nipah dan rimbunan pohon markisa itu, merupakan barangan terpakai sumbangan orang. Bahkan … pakaian mereka juga, terpakai belaka.
Empat tahun yang lalu … sebaik lahirnya anak sulung Mat, dia mula membina sebuah rumah yang seadanya untuk mereka sekeluarga dengan cara mengumpul wang sedikit demi sedikit.
Namun masa berlalu .. anak semakin bertambah, Mat sudah tidak mampu lagi untuk mengumpul wang dan impian Mat untuk menyiapkan rumah itu sebagai tanda kasih kepada permaisuri hatinya pun terhenti di situ.
Alhamdulillah … bahan binaan utk ibu rumah, akan disumbangkan oleh seorang Hamba Allah manakala selebihnya, akan diselesaikan dengan sumbangan dari kita.
Yang menjadi tanggung jawab kita ialah menyiapkan dapur, bilik air , pendawaian elektrik dan menyediakan perabut asas seadanya utk keluarga ini.
Untuk kos upah pula .. Mat boleh bertukang cuma bahagian-bahagian tertentu saja yang akan diupah.
Sungguh pun Mat hanya seorang penoreh getah, namun keperluan anak-anak yang berusia 4 tahun, 2 tahun dan 5 bulan itu, tetap menjadi keutamaannya. Tidak pernah sekali-kali dia membiarkan insan di bawah tanggungannya kelaparan.
Jumaat yang barakah, kita niatkan Sedekah Jumaat ini untuk membantu saudara kita, Muhammad Shuid Bin Che Ahmad ( 36 tahun ) menyiapkan rumah barunya yang terbengkalai.
Semoga Allah murahkan rezeki keluarga ini dan hasil sedekah kita beramai-beramai sorang sedikit ini akan membolehkan mereka hidup dalam keadaan yang lebih sempurna berbanding hari ini di rumah baru kelak.
Sesungguhnya, di saat kita nyenyak tidur diulit mimpi indah di atas tilam yang empuk di dalam bilik yang indah … ada saudara kita di luar sana yang tidurnya hanya berselimutkan dingin malam.
Satu kita beri , sepuluh Allah ganti InsyaAllah ! .
Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521 atau boleh berhubung terus dengan puan Natipah Abu menerusi laman facebooknya.