Seorang lelaki maut setelah terjatuh ketika melakukan kerja penyelanggaran pada ketinggian 40 meter. Lebih menyentuh hati, arwah baru sahaja tiga bekerja di syarikat berkenaan.
Ajal, maut dan rezeki segalanya di tangan tuhan, tiada siapa dapat menghalangnya jika Allah telah mentakdirkan sesuatu perkara itu berlaku.
Memetik laporan Sinar Harian, mangsa merupakan eorang juruteknik yang terjatuh semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Eagle’s Nest Skywalk di Matchinchang, dekat sini meninggal dunia pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa, Khairul Nizam Jaafar, 41, dipercayai terjatuh dari besi penahan dek kaca pada ketinggian lebih kurang 40 meter ke tebing gunung.
Menurutnya, anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah telah bergegas ke lokasi bagi memulakan operasi menyelamat yang turut disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam.
Katanya lagi, mangsa yang baru bekerja tiga bulan berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 5.11 petang.
“Mangsa yang baru sahaja bekerja tiga bulan di tempat tersebut berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 5.11 petang.
“Mangsa kemudian dibawa naik ke stesen tengah oleh bomba dan pemeriksaan serta pengesahan kematian dibuat oleh pihak hospital.”
Jelas Shariman, mayat mangsa kemudian dibawa turun menggunakan kereta kabel sebelum dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat.
Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Sinar Harian