Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Namun, resepi kali ini adalah gandingan puding karamel dengan kek coklat. Rasa ideal puding yang berlemak dan kek yang gebu membuatkan, penggemarkan akan makan berulang kali.
Perkongsian oleh Shafiqah Muhamad menarik perhatian ramai dengan resepinya. Apa lagi, boleh cuba resepi viral legend ini.
Resepinya mudah sahaja untuk puding gula hangus guna loyang saiz 7×7.
Ads
CARA PENYEDIAAN
cairkan hanguskan gula 4sdb. Kemudian biar sejuk. Kacau sebati 4 biji telur, satu cawan susu cair satu cwn susu pekat , 1sdt esen vanila.
Selepas itu, masuk dalam loyang gula hangus tadi. Kukus selama 30 minit. Masuk adunan kek coklat macam biasa.
Kemudian ayak 1cwn tpg gandum, 1sdt baking powder, 1/2sdt baking soda dan pukul 3biji telur, esen vanila.
Campur sikit-sikit ketiga-tiga bahan smpai sebati. Baru masuk dalam loyang puding. Kukus 35 minit smpai masak terbalik sejukkan. Sedapnya menjamu selera dengan keluarga.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak cuba resipi baru? Tapi buntu apa lagi yang boleh memikat selera seisi keluarga kan. Jom admin kongsikan menu yang simple tapi keluarga pasti suka. Nak nak lagi waktu PKP ni kan, ibu-ibu punya banyak masa untuk mencuba resipi kan.
Idea minum petang hari ini. Puding Pisang Bersos Kastard. Serius senang je dan tak banyak bahan! Jom tengok perkongsian dari puan Linda Zaid.
Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
Pisang nangka di goreng dgn sedikit Planta.
sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
sehelai daun pandan disimpul
Cara-cara:
– masak semua bahan sehingga pekat.
– dh suam masukkan ke dlm peti ais.
– letakkan pisang yg digoreng tadi kedlm piring, tuang kn sos kastard tdi dan – taburkan sedikit kismis.
Selain ayam masak sambal atau goreng, keluarga pasti akan kagum apabila anda dapat memasak pelbagai resepi berasaskan ayam ini.
Apa kata cuba aneka resipi ayam masak kukus atau stem.
Ayam stim halia versi bujang.
Resepi :
Ayam dipotong kecil
Bawang putih dicincang
Halia dihiris nipis
Minyak bijan
Kicap cair
Sedikit garam
Lada sulah
Semua bahan diats utk perap yer…
Sukatan terpulang pd byk mana ayam yg ingin anda stim.. (klau mcm sy buat ni, bwg putih 4ulas,halia 3inci,minyak bijan 2sudu mkn, kicap cair 2sudu mkn garam sikit sbb kicap tu dh masin)
Perap dlm 15min kemudian stim..
Bila dh msak taburkan daun bawang.
Yeayyyyy siap.
Kredit Resepi : Dia Amyra Yusuf
Siapa suka makan ayam Stim macam ni? kalau nak resepi,boleh follow dulu ya👆🏻 smoga melihat status ni dimurahkan rezeki sllu. ini resipinya ya.
Ayam stim
Untuk Ayam 1 ekor ayam jangan dipotong 2″ halia dihiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
5-7 akar daun bawang ambil pangkal akar shj
3ketul Gula batu
1 besin ais batuCara Menyediakanya
1.Masak air dalam periuk secukupnya sehingga boleh menutupi ayam
2.Masukkan semua bahan dan rebus ayam sehingga empuk
3.Angkat dan rendamkan ayam ke dalam air batu seketika
4.Angkat dan keringkan ayam lepastu gantung.
Untuk kicap
2sudu kecil minyak bijan
3sudu besar kicap cair soya
1sendok air rebusan ayam
1inci halia diketuk
Cara penyediaan.
potong dulu ayam,
campurkan semua bahan tuang atas ayam.
Kredit Resepi : Jenny Mesya
Ayam Stim Halia Chinese Style…bila anak tak sihat menu2 cmni sngt la sesuai berselera sikit dia mkn..moga princess ummi cpt sembuh..pd yg nk try kt bwh ni sy sertakn resepi ye
Ayam Stim Halia Chinese Style menu diet
aym – 1/2 ekor ptg sederhana kecil
bwg putih – 5 ulas (ltk lebih sbb anak x sihat)
halia – 2 inci (hiris nipis besar2)
minyak bijan – 3 sudu besar
kicap cair – 2 sudu besar
sos tiram – 1 sudu besar
lada hitam – 1 sudu kecil (tumbuk halus)
serai – 1 btg (bebak)
kiub pati ayam – 1/2 kiub je
semua bahan ni campak2 je dlm loyang pastu trus kukus smpai ayam masak..dh siap ley tabur daun ketumbar n bwg goreng sikit. Saya izinkan share n mohon semua doakan anak sy cpt sembuh dri demam selsema n batuk..
Kredit Resepi : Nurul Jannah
Steam ayam sos tiram
Siapa yang suami beli daun ketumbar stok 5 tahun tu, boleh lah try buat steam ayam ni. Letak daun ketumbar tu banyak-banyak
Resepi dia mudah je Ayam Sos tiram sos blackpepper (kalau takde pakai je blackpepper serbuk tu) Minyak bijan Bawang putih cincang Daun ketumbar (bahagian akar tu saya basuh bersih-bersih letak sekali. Kuantiti ikut banyak mana ayam tu.
Gaul sebati semua, perap jap, lagi lama perap lagi sedap, then kukus sampai masak
Kredit Resepi : Siti Nur Syuhada Jamailludin
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahajalah menu apa sekali pun jika berasaskan ikan bilis memang sedap. Meskipun ringkas penyediaannya.
Ikan bilis yang digoreng garing memang enak dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Malah jika dijadikan sambal goreng ikan bilis pun tidak pernah menghampakan.
Tapi tahukah anda, ada cara untuk mendapatkan rasa ikan bilis goreng yang enak dan kerangupannya dapat tahan lama? Cuba petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Cuka makan
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan, Ismail A Samad, kira-kira jam 11 pagi hari ini.