Jumpa Doktor Bila Rasa Muka Senget Sebelah. Ikuti Penjelasan Tentang Bell’s Palsy Ini.

Share

Pernah dengar tak Bell’s palsy? Bagi yang tak tahu ia adalah suatu keadaan apabila wajah menjadi senget sebelah secara tiba-tiba.

Menurut Dr Ezairy, ramai pesakitnya bertanya mengenai hal ini apabila melihat muka tiba-tiba sahaja menjadi senget sebelah.

Ikuti perkongsiannya.

Kes seperti ini bukanlah jarang untuk ditemui di klinik ENT.

Bell’s Palsy adalah satu keadaan kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Urat saraf kranial nombor tujuh.

Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh beberapa minggu ke 2-3 bulan.

Sesiapa sahaja boleh mendapat Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

Apa rawatannya?

✅ Kebiasaannya, pesakit bell’s palsy akan sembuh dengan bantuan fisioterapi pada kawasan muka.

✅ Apabila pesakit dirujuk kepada saya, saya akan segera memberikan ubat sesuai kepada pesakit.

✅ Pada masa sama, rujukan kepada fisioterapi perlu dilakukan juga.

✅ Latihan ini bukan sahaja dilakukan semasa di hospital, bahkan juga ketika di rumah.

✅ Kaedah urutan muka seperti yang disaran oleh doktor dan fisioterapi boleh juga dilakukan.

✅ Selain itu, pesakit juga akan dinasihat untuk menutup bahagian mata dengan kain ketika tidur bagi mengelakkan komplikasi lebih buruk pada mata.

TAK ADA KAITAN DENGAN STROK

Strok ialah masalah pada salur darah di bahagian kepala. Sebelah anggota biasanya mengalami kelemahan termasuk kaki atau tangan. Bell palsy adalah hanya pada saraf nombor tujuh sahaja di kawasan muka. Doktor yang merawat akan berjaya kenalpasti.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Klinik Hidung, Telinga & Tekak (ENT)