Memiliki anak kecil dan menguruskannya sendiri tiada pembantu adakalnya menbuatkan si ibu tak menang tangan. Lebih-lebih lagi jika suami tiada di rumah. Kadang-kadang nak mandi atau ke bilik air pun susah.
Namun, bagi pelakon Eyra Hazali. kehadiran si kecil tidak membataskan dia untuk melakukan kerja-kerja rumah. Lebih- lebih lagi untuk menunaikan solat bila tiba waktunya.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Eyra memuat naik satu video pendek menunjukkan dia sedang solat sambil memegang anak sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish.
Ads
Solat itu wajib,tak kira dalam keadaan apa pun,pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu,if Hayder cranky,dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai eyra terfikir,takkan takda cara ?
Menurut Eyra, sebelum ini dia buntu untuk mencari penyelesaian ketika anaknya itu menangis sewaktu dirinya sedang solat.
Namun kini Eyra sudah menjumpai penyelesaian tersebut dan mengambil keputusan untuk mengendong Hyder bersama-sama sewaktu sedang solat.
Ads
Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja. Alhamdulillah,eyra jumpa cara and sangat2 mudah. Dukung,if dia still nangis,tenangkan saja,tak batal pun,janji kusyuk and aurat terjaga.
Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim iaitu Muhammad Haziq Nadzli pada tahun 2019 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Muhammad Hayder Qhalish.
Bengang juga rasanya jika deretan tanaman kecil-kecilan kita di belakang rumah disinggahi si ulat daun. Habis daun-daun jadi makin tidak sihat dek serangan si kecil ini.
Daun pokok kita yang segar bugar habis dibotakkan si ulat kecil ni. Geram juga melihatnya. Sebenarnya ada cara untuk hasilkan racun buatan sendiri bagi mengelakkan ulat-ulat ini dari terus berleluasa di pokok kesayangan kita. Bagaimana?
Jom ikut langkah yang dikongsikan oleh blog kasehku-hidupku.blogspot.my ini. Memang menjadi! Hasilkan semua ulat lari dan tak lagi mengganggu tanaman kita. Jom cuba.
Makcik ni ada la tanam pokok-pokok dalam pasu seperti pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan lain-lain. Tapi musuh utama dalam industri adalah ulat.
Bila melawat pokok je, daun-daun semua dah botak. Bawah pokok berterabur benda bulat-bulat macam biji sawi yang merupakan najis En Ulat. So bagi mengelak dari pencabulan ke atas pokok kesayanganku itu, bolehlah dibunuh dengan racun buatan sendiri.
Bahan-bahan:
Bawang Putih
Cili
Sabun Basuh Pinggan
Cara:
1. Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama-sama.
2. Tumbuk dengan kulit dan tangkai pun boleh. Sukatan pun ikut suka hati, sesedap rasa.
3. Dah lumat, masukkan dalam bekas.
4. Lepas tu, campurkan sedikit air. Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.
5. Tapis dan masukkan dalam bekas yang kita nak gunakan untuk spray.
6. Masukkan 1 sudu besar sabun basuh pinggan dan goncang.
Boleh la di spraykan ke pokok-pokok kita. Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan. Berkesan dan paling penting jimat!
Lebihan bahan tumbuk sambal belacan bolehlah dibancuh sedikit dengan sabun basuh pinggan kita. Dah jadi seperti petua yang diajarkan oleh saudari kita ni.
Paling penting sekali JIMAT! Jadi jom kita cuba.
Lok Mee Wan, anak pengawal keselamatan penerima Anugerah Diraja PTSS, mahu ubah nasib keluarga. Mahu mengubah nasib keluarga menjadi antara pendorong kepada anak pengawal keselamatan, Lok Mee Wan berjaya menerima Anugerah Diraja pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Arau, Perlis.
Lok Mee Wan, Anak Pengawal Keselamatan Penerima Anugerah Diraja PTSS, Mahu Ubah Nasib Keluarga
Mee Wan, 22, graduan Diploma Pengurusan Pelancongan yang berasal dari Kamunting, Perak itu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum serta Anugerah Pengarah pada majlis konvokesyen yang dihadiri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Beliau berkata bapanya Lok Tart Chon, 59, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di Kamunting dan ibunya S. Kanagawaly, 64, menjadi pembakar semangat kepadanya untuk komited belajar bagi mencapai kejayaan.
“Pengajiandalam bidang ini ada enam semester dan semua semester saya dapat keputusan pointer dekan. Saya juga mempunyai tekad sendiri untuk berjaya dalam hidup,” katanya.
Anak kedua daripada dua beradik dan fasih berbahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris itu berkata beliau mempunyai minat dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi dengan menaruh impian untuk bergelar wartawan penyiaran mahupun penyampai berita pada masa depan.
“Walaupun saya belajar dalam bidang pelancongan di PTSS tetapi di PTSS tiada had atau tak menghalang pelajar menceburkan diri dalam bidang lain yang mana saya pernah menjadi Penerbit Berita bagi Kelab Berita Poli TV News di PTSS selama tiga semester,” katanya.
Mee Wan yang kini bekerja sebagai Guest Service Experience, Front Office di sebuah hotel mewah di Langkawi berkata, pencapaian tertinggi beliau dalam bidang media dan komunikasi ialah meraih gelaran juara untuk pertandingan English Newscasting Online menerusi BudiDarma English Festival 2021 (BUDAEFEST) anjuran Universitas Budi Darma di Medan, Indonesia pada 2021.
“Pertandingan ini disertai Malaysia, Indonesia dan Thailand. Saya memang minat menonton berita dan membaca surat khabar sejak kecil lagi. Saya juga mendapat tempat kedua dalam Ikon Siarawan bagi dua tahun berturut-turut pada 2021 dan 2022,” katanya.
Mee Wan yang pada masa ini turut membuat perniagaan kecil-kecilan mengait benang itu berkata, dia optimis dengan keupayaan menguasai kemahiran dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi memberikannya kelebihan untuk mengharungi cabaran masa depan.
Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat ke majlis konvokesyen itu bagi mewakili Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis konvokesyen yang berlangsung sebanyak tiga sidang itu bermula meraikan 1,155 graduan lulusan diploma, asasi dan sijil dalam pelbagai jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang tamat pengajian bagi tahun lepas dan tahun ini.
Dah menjadi satu trend bila mana pempengaruh dan selebriti tidak kira dalam mahupun luar negara berkongsi house tour kepada peminat mereka di sosial media.
Tidak terkecuali, penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita turut berkongsi suasana rumahnya yang dikongsikan dalam saluran Youtube miliknya.
Meletakkan sepenuhnya kepercayaan pada pereka dalaman, ruangan ruang tamu Wany tampak luas dengan penambahan cermin penuh dinding di tengah kawasan dinding yang dicat dengan warna olive.
Paling menarik, sebelum ini jika tetamu yang datang duduk di ruang tamu pasti akan nampak kawasan dapur rumahnya, tetapi kini tidak lagi setelah diletakkan ‘hidden door’ di kawasan dapur dan juga bilik bawah. Bijak kan?!
Untuk dekorasi ruang tamu, menjadi kesukaan buat Wany di bahagian kabinet televisyen rumahnya di mana tiada istilah ‘sakit mata’ melihat keserabutan wayar-wayar kerana kabinet jenis build in dan tertutup digunakan berbanding sebelum ini dia hanya menggunakan kabinet biasa untuk bahagian itu.
Untuk bahagian bilik pula, sekali lagi Wany meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pereka dalamannya dengan memilih konsep bali untuk tema biliknya. Sekali lagi, ada pintu tersembunyi yang menghubungkan ruangan pakaian dan bilik air. Jadi, ruangan tersebut sangat strategik untuk elakkan dari terdedah aurat pada orang luar.
Untuk ruangan luar rumah, di tanah yang sedia ada Wany menggunakan konsep ala-ala taman mini. Amacam cantik tak? Boleh la jadikan inspirasi untuk konsep rumah sendiri lepas ni!
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...